Pemilik suara merdu (ketika mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran), Muzammil Hasballah telah memuat naik sekeping foto yang memberitahu tentang kelahiran anak keduanya semalam. Bayi perempuan tersebut yang dilahirkan pada jam 8.36 pagi telah diberikan nama yang cukup indah iaitu Ruhi Ghumaisha.
Dilahirkan secara normal dengan berat 3.45kg, ternyata Muzammil Hasballah sekeluarga amat gembira dengan kedatangan ahli baru dalam keluarga kecil mereka. Di dalam postingnya itu, Muzammil Hasballah sempat melahirkan rasa terima kasih kepada isterinya, Sonia Ristanti, kerana melahirkan zuriat mereka.
Pun begitu, hari ini netizen dikejutkan dengan perkongsian tahfiz muda ini yang memberitahu bahawa anak eduanya itu telah meninggal dunia selepas sehari dilahirkan. Sedih memang sedih, tetapi kapsyen yang mengiringi foto anaknya itu cukup menunjukkan Muzammil Hasballah redha dengan ketentuan Allah SWT ini.
Tiada sebarang kenyataan tentang punca kematian dibuat, tetapi ruangan komen di laman Instagram Muzammil Hasballah ini dipenuhi dengan ucapan takziah serta doa.
Detik cemas bukan sesuatu yang asing dalam dunia keibubapaan, namun kejadian yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ini benar-benar menguji ketenangan sebuah keluarga. Tanpa disangka, objek harian seperti tong gas yang dianggap biasa di rumah atau di dalam kereta boleh menjadi ‘perangkap’ berbahaya kepada si kecil yang aktif dan penuh rasa ingin tahu.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian pada jam 3 petang, 7 Disember lalu ini bukan sahaja mencemaskan keluarga, malah mengundang perhatian ramai selepas video insiden tersebut tular di media sosial.
Menurut ibu mangsa, ketika kejadian mereka sekeluarga berada di dalam kereta. Tong gas yang sudah kosong diletakkan di bahagian tempat duduk belakang bersama anak-anak. Seperti kebiasaan, anak kecil yang baru berusia tiga tahun itu bermain sambil duduk di belakang bersama kakaknya.
Tiba-tiba si kecil mengadu sakit. Apabila si ibu menoleh, jantungnya hampir gugur melihat anaknya sudah ‘terlekat’ di celah tong gas hingga tidak mampu bergerak.
“Saya cuba tarik perlahan-lahan tetapi dia mengeraskan badan. Tong itu pula tersangkut pada tulang pinggulnya. Saya takut patahkan kaki dia,” katanya.
Selama hampir 10 minit keluarga cuba mengeluarkannya, namun gagal. Bimbang keadaan semakin teruk, mereka nekad membawa anak kecil itu bersama tong gas terus ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang.
Jurucakap JBPM Johor memaklumkan bahawa proses mengeluarkan kanak-kanak itu sebenarnya tidak rumit. Namun apa yang menyukarkannya ialah apabila si kecil mengeraskan kaki kerana takut.
“Apabila anggota bomba memujuknya untuk relaks dan melembutkan badan, barulah kami dapat mengeluarkannya dengan mudah,” katanya.
Setelah berjaya dibebaskan dalam keadaan selamat, kanak-kanak itu dibawa pulang keluarga tanpa sebarang kecederaan serius. Syukur, semuanya dipermudahkan.
Sebagai ibu bapa, kadangkala kita tidak menyangka barang yang dilihat biasa boleh menjadi punca kecederaan jika si manja bermain tanpa pengawasan rapat. Keselamatan anak dalam kereta bukan sekadar soal tali pinggang atau car seat, tetapi juga persekitaran sekeliling mereka.
Beberapa perkara yang boleh kita jadikan panduan:
Keluarga berkenaan turut mengucapkan penghargaan kepada pasukan bomba atas tindakan pantas dan layanan penuh empati mereka.
Kejadian ini mungkin menjadi gurauan apabila difikirkan kembali, namun sebagai ibu ayah, debarannya cukup membuatkan kita insaf betapa cepatnya sesuatu boleh berlaku. Keselamatan anak dalam kereta sentiasa perlu diutamakan, walaupun dalam situasi yang kelihatan biasa.
Semoga kisah ini menjadi peringatan untuk kita semua agar lebih berhati-hati, kerana keselamatan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Status pelakon dan pengacara, Irma Hasmie menjadi tanda tanya peminat selepas suaminya, Redza Shah Azmeer memuat naik foto perkahwinan bersama seorang wanita di media sosial, baru-baru ini.
Ramai yang tertanya-tanya malah prihatin dengan ibu kepada dua cahaya mata comel, Redza Syed Irfhan dan Irma Nur Naylie.
Tidak berdiam diri, rakan karib kepada Irma iaitu Reen Emran tampil memberikan kenyataan bahawa Irma telah bercerai dengan bekas suaminya sejak enam bulan yang lalu.
“Assalamualaikum. Untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.
“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri). Untuk pengetahuan, mereka sudah sah bercerai 6 bulan lepas.
“Dengan persoalan yang dah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya. Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja,” tulisnya menerusi Insta Story.
Bahkan katanya lagi, kesedihan yang dilalui oleh rakan baiknya itu digantikan Allah SWT dengan sesuatu yang teramat indah. Rupanya ibu kepada Naylie dan Irfhan ini bakal mengerjakan hati tahun ini.
“Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah. InsyaAllah dia akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik-baik buat sahabat saya. Terima kasih semua.” kongsinya lagi.
Sekadar info, Irma Hasmie mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah Azmeer pada 2012. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Redza Syed Irfhan dan Irma Nur Naylie.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Suami Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk K sering terlihat sisi suami yang tegas dengan isteri dan anak-anak.
Di sebalik wajahnya yang begitu serius dan garang, namun Datuk Khalid Mohamad Jiwa cukup lemah-lembut dan penyayang orangnya. Tak hairanlah anak sulung Datuk Siti, Aafiyah begitu manja sekali dengan ayahnya.
Terbaharu, video perkongsian Datuk Siti yang memperlihatkan suaminya, Datuk K sedang memotong rambut anak lelaki mereka, Muhammad Afwa dipuji ramai.
Apa yang menarik perhatian pastinya gaya bersahaja Datuk K yang tidak kekok malah melayani karenah anak kecilnya itu.
Paling membanggakan, Datuk K juga berjaya membuatkan anak kecil itu dengar kata malah duduk diam sehingga sesi gunting rambut itu selesai. Tak hairanlah Datuk K dipuji pandai mengawal situasi.
Sambil itu, Datuk Siti pula turut memberitahu yang beliau hanya boleh menjenguk dari jauh kerana bimbang Afwa menangis apabila melihat kehadirannya.
Bahkan melalui kapsyen dalam video tersebut mengatakan adik kesayangan Siti Aafiyah itu tidak suka orang lain menyentuh rambutnya melainkan Datuk K sahaja. Comel!
Wargamaya tidak kurang meninggalkan pelbagai reaksi. Malah menyifatkan gaya Datuk K sebagai gaya bapak-bapak yang cukup berpengalaman.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/