Seorang bayi perempuan selamat dibedah keluar dari rahim ibunya yang terbunuh bersama suami dan anak yang lain akibat serangan Israel di bandar Rafah di Gaza yang turut mengorban 19 lagi nyawa orang awam, kata pegawai kesihatan Palestin.
Sumber foto: REUTERS
Menurut pegawai berkenaan, ibu bayi itu maut akibat serangan oleh tentera Israel di dua buah rumah termasuk 13 kanak-kanak daripada sebuah keluarga yang terbunuh di salah sebuah rumah berkenaan.
Doktor yang merawat bayi berkenaan, Mohammed Salama berkata, bayi perempuan seberat 1.4 kilogram itu dilahirkan melalui proses pembedahan C-section dan berada dalam keadaan stabil serta beransur pulih.
Ibu bayi perempuan itu, Sabreen Al-Sakani, telah hamil selama 30 minggu.
Bayi berkenaan kemudiannya diletakkan di dalam inkubator di sebuah hospital di Rafah bersama bayi lain, dengan perkataan ‘Bayi syahid Sabreen Al-Sakani’ ditulis pada pita di dadanya.
Anak perempuan kepada wanita yang terkorban dalam serangan berkenaan, Malak, mahu menamakan adiknya itu sebagai Rouh, yang bermaksud roh dalam bahasa Arab, kata bapa saudaranya, Rami Al-Sheikh.
Sumber foto: ASTRO AWANI
“Gadis kecil bernama Malak gembira kerana adik perempuannya lahir ke dunia, namun dia turut terkorban dalam serangan Israel,” katanya.
Ads
Menurut Muhammed Salama, bayi perempuan itu juga dijangka tinggal selama tiga hingga empat minggu di hospital berkenaan.
“Selepas itu, kita akan mempertimbangkan siapa ahli keluarga yang akan menjaganya, sama ada ibu saudara, bapa saudara atau datuk serta neneknya.
“Ini adalah tragedi yang amat mengerikan di Rafah, yang bukan lagi asing kepada kekejaman. Walaupun anak ini terselamat, dia dilahirkan sebagai anak yatim,” katanya.
Ads
Menurut pegawai kesihatan Palestin, 13 kanak-kanak daripada satu keluarga yang terbunuh itu berada di rumah kedua yang musnah dalam serangan Israel iaitu rumah milik keluarga Abdel Aal.
Saqr Abdel Aal menyuarakan kesedihannya kerana semua ahli keluarganya meninggal dunia akibat serangan berkenaan.
“Semuanya adalah wanita dan kanak-kanak. Seluruh identiti saya telah dihapuskan, bersama isteri, anak-anak dan semua orang,” katanya.
Sementara itu, Mohammad al-Behairi berkata, anak perempuan dan cucunya masih tertimbus di bawah runtuhan.
Ads
“Saya berasa sedih dan tertekan. Saya tidak mempunyai apa-apa lagi dalam hidup ini untuk ditangisi.
“Apakah perasaan yang akan kita miliki? Apabila anda kehilangan anak, orang tersayang, bagaimana perasaan anda?” soalnya. – Awani
Sama-sama kita doakan agar semua rakyat Palestin terus kuat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Sesungguhnya serangan kejam ini bukan saja meruntun hati rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka semua.
Selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 27 November yang lalu, kini selepas berusia sebulan, Sheryl Shazwanie dan Azzam Sham tampil berkongsi wajah bayi kesayangan mereka.
Menerusi perkongsian di laman Instagram mereka, keduanya tampil segak mengabadikan kenangan bersama puteri sulung mereka yang kini genap usianya sebulan.
Wajah si comel Azzalea Safiyya dipotretkan dalam satu sesi fotografi khas dengan busana warna merah jambu. Paling comel pastinya gaya Azzalea yang menaiki buaian comel sambil dikelilingi bunga-bunga indah.
“Our beautiful Azzalea,
May you grow up to be righteous, May you grow up to be true, May you always know the truth and see the lights surrounding you, May you always be courageous, stand upright and be strong
Dalam pada itu, keduanya juga tampil dengan persalinan warna biru bersama buah hati tersayang. Tampak manis keduanya yang kini sudah pun menempuh dunia baru bergelar ibu dan ayah.
Kongsi detik kelahiran Azzalea
Dalam pada itu, Sheryl juga turut memuat naik video momen indah ketika detik kelahiran bayinya itu menerusi video yang dikongsikan di Instagram.
Penuh kepayahan namun berbaloi selepas melihat buah hati tersayang di depan mata.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan Azzalea Safiyya malah mendoakan agar anak kecil itu sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak solehah kepada kedua ibu bapanya.
Terdahulu, Azzam dan Sheryl selamat bernikah pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor selepas bertunang pada 30 September tahun lalu.
Tangan Rodi berbekas dicengkam isteri semasa proses kelahiran anak sulung mereka. Kontraksi memang menyakitkan dan kehadiran suami memberikan sokongan amat membantu. Ia tentunya momen terindah buat Rodi dan isteri yang pertama kali bergelar ibu ayah.
Perkara itu dikhabarkan oleh isteri Rodi, Niena Azman penjaga gol pasukan futsal kebangsaan ketika Rodi menemani Niena dalam proses bersalin.
niena_azmannThe mind replays what the heart can’t delete ? Nasib En.Mi tabah disisi, sory ya abis tangan die berbekas kene penangan gengaman goalkeeper. Thanks pada semua yg wish dan mendoakan niena + baby Adith, tak dpt nak reply satu-satu.
Bru hri ni dpt nk upload gambar,baby Adith nakal.. semalam die dah ‘kencingkan’ daddy die. tq sb sudi sama-sama tukar pampers Adith pukul 5am.
Rodi juga turut mengumumkan kelahiran anak sulungnya yang dinamakan Adithya Jabbar bin Muhamad Rodi yang dilahirkan pada 19 Januari lalu. Harapannya supaya anak lelakinya itu menjadi anak yang hormat orang tua dan anak yang soleh. Rodi tidak lupa merakamkan ucapan tahniah buat Niena.
rodykristal Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi.. setelah 9 bulan menanti.. tanggal 14 January 19,lahir lah kamu ke dunia ini anakku! Adithya Jabbar bin Muhamad Rodi.. Moga jadi anak yg menghormati org tua.. dan soleh yaa.. ?? .. tahniah isteriku @niena_azmann yg byk bersabar selama mengendongkan anak kite.. love u! Thanks to @tqafadzil utk video yg comel ni..
Selepas menghitung hari untuk bersalin anak kedua, Jihan Muse telah selamat melahirkan bayi keduanya di salah sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
Setakat ini, isteri kepada Ungku Hariz belum lagi berkongsi secara rasmi perkembangan terkini kelahiran dan jantina cahaya matanya kepada umum tetapi beberapa rakan terdekat telah mengucapkan tahniah.
Isteri kepada pelawak popular Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman mengucapkan tahniah buat rakan artis, Jihan Muse yang telah pun selamat melahirkan anak keduanya.
Ucapan tahniah tersebut dikongsikannya menerusi insta stories, pada Selasa.
“Tahniah kak @jihanmuse finally Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang,” tulisnya yang berlatar belakang foto mereka berdua.
Sementara itu, Jihan menerusi platform sama turut repost status Insta Stories daripada pihak Avisena yang turut menitipkan dedikasi.
Terdahulu, Jihan memuat naik beberapa keping foto kandidnya sekeluarga di instagram beberapa hari lalu, sekaligus berkongsi perkembangan kehamilannya kepada peminat.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.