Tanyalah mana-mana ibu bapa pun jawapan yang pasti akan keluar dari mulut mereka adalah nak anak jadi pandai dan bijak. Inilah impian sejak dari anak lahir. Tapi adakah kita faham emosi anak boleh terganggu disebabkan terlalu memaksa mereka.

Keadaan ini yang sering ibu bapa terlepas pandang hinggakan sampai satu tahap anak jadi tertekan.

Perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Puan Aabidah Abd Ghani sangat tepat dengan cara ibu bapa sekarang yang suka membuat perbandingan dan dalam masa sama nak anak jadi pandai dengan pendekatan yang dianggap mendera mental anak.

Semata-Mata Nak Pandai, Mak Ayah Sanggup Dera Mental Anak. Sebetulnya Biarlah Belajar Berperingkat

Tak Perlu Paksa Jika Belum Bersedia

Jangan dera mental anak dengan pelbagai usaha ‘memandaikan’ mereka tetapi dengan cara yang SALAH. Kita suka sangat;

IKLAN
  1. Sibuk tanya anak jiran dapat berapa A
    2. Murka bila anak tak dpt score A
    3. Matapelajaran sains dipandang tinggi, matapelajaran sastera dipandang rendah
    4. Malu balik kampung bila anak belum boleh membaca
    5. “Ish… Kenapa tak hantar tuition ni”
    6. Bermain adalah kesalahan besar dalam rumah
    7. “Nak apa, mama beli, yang penting, belajar pandai2”

Dan baaanyak lagi situasi yang mengerikan dalam kehidupan seorang anak.

Nak anak cepat membaca? Tak salah, tak dosa aih…. Prepare the child before she starts to learn reading. Ni, prepare idak, 4 tahun kat rumah tak buat apa, makan minum pun masih mak yang suap, lepas tu expect 5 tahun dah boleh membaca.

Nak anak dapat A? Bagus tu. But do u ever try to sit and do revision with your child? Kalau tak, buat tu dulu. Baru hang paham kenapa anak stress nak jawab exam.

IKLAN

Nak anak membesar dan berkembang mindanya seperti anak-anak lain yang hebat-hebat.? Semua parents pun nak. But do u really study how to make that happen?

JANGAN PAKSA ANAK ANDA menjadi sesuatu yang mereka belum bersedia. Siap sediakan mereka untuk apa yang kita mahu mereka lalui. Kasihan anak.

Jika saban hari menerima mesej ‘aku tak dapat macam mak aku nak’, ‘aku gagal lagi’, ‘aku buat salah lagi’, lama-lama, kita membunuh jiwa mereka. Kerana itu mereka berjalan atas muka bumi tanpa hala tuju, tanpa prinsip, tanpa panduan.

Bagaimana kita nak mereka jadi aset kita ke syurga kalau itulah situasi yang kita beri…

IKLAN

Semata-Mata Nak Pandai, Mak Ayah Sanggup Dera Mental Anak. Sebetulnya Biarlah Belajar Berperingkat

Jom ubah mentaliti;

1. Takpa tak dapat A, yang penting jangan putus asa
2. Setiap anak ada bakat tersendiri. Jika bakatnya, minatnya pada fashion, galakkan dia mencipta fashion yang memudahkan muslimah. Tak semua nak jadi doktor.. Doktor pun kalau boleh taknak jadi doktor
3. Pembelajaran bukan sekadar di sekolah. Mencari ulam di pasar basah juga sebuah pembelajaran
4. Respect SEMUA ORANG… itu nilai paling utama perlu ditanam dalam diri anak kita

#Dari mak yang pening dengan ragam baru anaknya…. Manipulative…… Secara bijak dan tanpa disedari.…

Sumber: Aabidah Abd Ghani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI