Bersempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia, Majalah Pa&Ma tidak terkecuali menyokong kempen ini. Namun istimewanya, minggu hebat ini yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 7 Ogos ini diraikan Pa&Ma dengan penuh gilang gemilang bersempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019.
Seminar Penyusuan- Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu yang julung-julung kali diadakan ini turut mendapat sokongan pada tiga panel tersohor iaitu Dato’ Dr Hamid Arshat, Dr Maiza Tusimin daripada Hospital UPM, Sri Kembangan dan juga Dr Roliza Ibrahim daripada Avisena Women & Children Specialist Hospital, Shah Alam.
Seminar yang diadakan pada 2 Ogos, bertempat di SACC, Shah Alam ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 50 orang peserta.
Ads
Acara dimulai dengan perkongsian Resipi Kejayaan Penyusuan Ibu oleh Dr Maiza Tusimin dan kemudiannya diikuti dengan panduan hebat yang dikongsikan oleh pakar sakit puan tersohor, Dato’ Dr Hamid Arshat dengan tajuk “Pastikan Ia Berjaya. Hasilnya Anak Hebat”.
Peserta kemudiannya berpeluang menambah ilmu dengan panduan dan teknik yang dikongsikan oleh Dr Roliza Ibrahim pula dengan topik Teknik Penyusuan.
Ads
Paling menarik, bukan hanya bersoal jawab mengenai penyusuan, bahkan peserta tidak pulang dengan tangan kosong bila mana turut membawa pulang cenderahati hebat dan cabutan bertuah daripada beberapa jenama produk penyusuan.
Ads
Antara produk terlibat adalah Haenim Malaysia, Tateh, Holabebe dan juga Avisena Women & Children Specialist Hospital.
Malah produk Haenim Malaysia turut sama mengadakan demonstrasi menggunakan pam susu miliknya di booth Pa&Ma. Peserta juga berpeluang membawa tiga hadiah cabutan bertuah yang berupa pam susu, pengecas pam dan juga aksesori penyusuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Kalau sudah namanya penyanyi dengan vokal yang hebat, anak pasti akan turut serta mengikut langkah.
Itulah yang diperkatakan oleh wargamaya bila mana penyanyi Syamel memuat naik videonya bersama anaknya, Nur Khawla Soleha di Instagram.
Mana tidaknya, aksi Syamel yang mengajar Khawla bertepuk tangan dengan mengikut tempo buat ramai yang terhibur.
“Amaran! Jangan sesekali pressure anak kita buat benda yang kita suka?,” katanya berseloroh.
Apa yang menarik perhatian pastinya gelagat Khawla yang begitu pandai mengikut tempo ayahnya biarpun sesekali terbabas dan lari dari tempo.
Malah Khawla yang kini berusia 1 tahun lima bulan itu semakin lincah bertepuk tangan dengan ayahnya sambil menggoyangkan badannya. Memang comel.
Meninjau diruangan komen, wargamaya meninggalkan pelbagai reaksi malah terhibur dengan Syamel yang berjaya membuat Khawla bertepuk tangan dengan tempo yang betul.
Terdahulu, Nur Khawla Soleha dilahirkan pada 22 Februari 2022. Khawla kini sudah pun berusia satu tahun lima bulan.
Pada 29 Jun 2019, Pa&Ma telah mengadakan Pa&Ma Mom To Be Hospital Tour dengan kerjasama Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital kepada bakal ibu daripada Pa&Ma Mom To Be Community.
Hospital Tour yang bermula sedari jam 9.00 pagi hingga 12.30 hari itu padat dengan perkongsian dan lawatan di sekitar Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital serta aktiviti menarik yang melibatkan seramai 20 pasangan daripada Pa&Ma Mom To Be Community.
Tujuan program ini diadakan untuk mendedahkan kepada bakal ibu yang bakal bersalin untuk melihat keadaan sebenar bagaimana proses bersalin di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital.
Selepas sesi pendaftaran dan sarapan pagi, program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Editor Majalah Pa&Ma iaitu Puan Hasnita Sawal yang menerangkan objektif program pada hari tersebut. Selepas itu majlis diserahkan kepada wakil Avisena iaitu Pengarah Kanan Pemasaran & Komunikasi Korporat, Puan Nor Hafidah Mustapha yang menerangkan di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital mereka lebih mengutamakan golongan wanita dan kanak-kanak.
Menurut Puan Hafidah, apa yang istimewanya di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, setiap bilik pesakit di sediakan ruang menunggu untuk peneman pesakit dan kelengkapan seperti bantal dan selimut. Selain itu di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital mereka lebih menekankan konsep seperti berada di hotel bertaraf lima bintang dengan pakej yang berpatutan.
Selepas selesai perkongsian daripada wakil Avisena, peserta dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan diiringi oleh seorang wakil Avisena dan seorang wakil daripada Pa&Ma untuk menjelajah disekitar Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital seperti wad bersalin, bilik pesakit dan juga tempat jagaan bayi.
Sejurus kaki melangkah masuk ke delivery suite, peserta diterangkan dengan kemudahan yang ada di bilik bersalin. “Bilik-bilik kami direka untuk memastikan penginapan anda dengan kami semudah mungkin. Hospital kita berkonsepkan rumah. Sebagai hospital pertama di Malaysia untuk menerima pakai ‘Miami Valley Hospital Concept’ untuk reka bentuk, susunan ruang unik kami mencapai keselesaan dan keselamatan yang lebih besar untuk pesakit. Tingkap besar di setiap bilik membolehkan cahaya lebih semula jadi untuk meningkatkan rasa kesejahteraan keseluruhan pesakit.”
Ciri-ciri standard yang terdapat di semua jenis bilik termasuk kemudahan penting seperti katil siang, bilik mandi bersambung, televisyen dengan pelbagai saluran, peti sejuk mini dan set peralatan mandian.
Hospital Tour diteruskan ke O&G ward, yang dinamakan Floral. Tema Flora memang khusus untuk kes O&G sahaja. Setiap tingkat juga mempunyai tema yang berbeza untuk kelainan. Konsep bunga rose di siling menandakan tempat tersebut adalah O&G ward.
Seterusnya peserta dibawa melawat ke single room. Bilik Single dan Double boleh didapati dalam tema Jungle, Carnival, Ocean and Floral. Menurut wakil Avisena, pesakit boleh memilih tema yang disukai untuk bilik mereka mengikut kekosongan bilik yang ada.
Melangkah sahaja masuk ke Executive ward, anda akan terasa seperti berada di bilik hotel lima bintang. Ruang menunggu yang besar lengkap dengan fasiliti-fasiliti menarik dan juga penemanan pesakit disediakan bilik khas yang lengkap seperti katil, selimut dan bantal.
Selesai sahaja aktiviti menjelajah di sekitar Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, program diteruskan dengan sesi soal jawab bersama wakil Avisena iaitu Pengarah Kanan Pemasaran & Komunikasi Korporat, Puan Nor Hafidah Mustapha. Antara soalan yang menarik daripada peserta adalah kelas antenatal yang disediakan di Avisena. Menurut Puan Nor Hafidah, Kelas Antenatal yang disediakan berharga RM150 bagi satu pasangan dan penyertaan terbuka kepada semua bukan sahaja ibu yang bakal bersalin di Avisena.
Tibalah kemuncak program iaitu aktiviti cabutan bertuah. Seramai enam orang ibu hamil yang bertuah memenangi tiket percutian di Glory Beach Resort Port Dickson dan juga The Lost World Of Tambun, Perak. Kesemua peserta kemudian mendapat cenderahati daripada Pa&Ma dan Avisena dan akhir sekali sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.