Melihat wajah comel Khayla Adha Mirza Imran, 6, hati jadi sedih. Sejak lahir sehingga usianya sekarang hanya mampu terlantar dan tak boleh berjalan seperti kanak-kanak lain.
Kini ibunya, Khairol Niza Zaffarullah Khan, 42, buntu memikirkan kos bagi pembedahan anak bongsunya yang disahkan mengalami Osteogenesis Imperfecta (OI) atau tulang rapuh sejak dalam kandungan, kerana masih belum mencukupi.
Jangka buat pembedahan selepas raya
Menurut Khairol Niza mereka masih memerlukan sekitar RM50,000 lagi bagi mencukupkan keseluruhan kos pembedahan sebanyak RM80,000.
“Jika cukup kosnya, doktor pakar menjangkakan pembedahan itu akan berlangsung selepas Aidilfitri di sebuah hospital swasta.
“Keadaan terkini Khayla membimbangkan berikutan mengalami patah pada tangan, paha dan kaki secara tiba-tiba ketika bangun daripada tidur minggu lalu,” katanya.
Sebelum ini Pa&Ma pernah menyiarkan kisah adik Khayla yang memerlukan kos RM150,000, untuk memasukkan empat besi.
ARTIKEL BERKAITAN [Khayla Perlu RM150k Biayai Pembedahan! Hidap Masalah Tulang Rapuh Sejak Bayi]
Disebabkan penyakit tulang rapuhnya itu, Khayla hanya mampu duduk dan baring serta pergerakannya juga agak terbatas. Jika nak uruskannya pun perlu sentiasa berhati-hati kerana sangat sensitif.
Doktor rancang buat pembedahan di betis dan paha
Oleh kerana keadaannya memerlukan pembedahan segera, doktor mencadangkn buat dulu pembedahan di bahagian betis dan paha dan selebihnya buat berperingkat di bahagian lain pula.
Sebagai ibu, Khairol Niza berharap pembedahan tersebut dapat dibuat secepat mungkin kerana Khayla bakal masuk Tahun Satu, pada tahun depan.
“Kami sekeluarga berharap pembedahan ini akan memudahkan pergerakan Khayla dan dia ada peluang untuk bermain bersama rakan sebaya. Walaupun tak dapat pulih sepenuhnya, sekurangnya dapat melihat Khayla berdiri dan ke sekolah pun dah bersyukur.
Sekiranya anda ingin membantu memberi sumbangan bagi pembiayaan kos pembedahan Khayla boleh hubungi Khairol Niza di talian 011-3712 7515.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)