Dah seminggu demam dan suhu badan mencecah hingga 40 darjah celcius, penyampai radio Fizi Ali bersyukur dan mengesahkan anak perempuannya, Ameena Sofia tidak dijangkiti Influenza A atau denggi.

Walaubagaimanapun, menurut Fizi, Ameena masih ditahan di hospital kerana akan demam pada waktu malam.

“Sebenarnya dah seminggu Ameena asyik demam malam. Dalam pukul 2 pagi hari tu, tiba-tiba seluruh badan dia naik bintik-bintik dengan suhu badan yang tinggi, 40 darjah celcius.

“Kami jadi panik dan kelam kabut, itu yang terus bawa dia ke hospital. Selepas melakukan pemeriksaan dan ujian darah diambil, Alhamdulillah Ameena tidak dijangkiti Infleunza A ataupun denggi.

IKLAN

“Namun, Ameena masih perlu ditahan kerana ada beberapa pemeriksaan lanjut akan dibuat.

“Saya harap semua orang akan terus mendoakan semoga Ameena cepat sembuh seperti biasa,” katanya.

Seminggu Demam Malam Hingga Suhu Cecah 40, Doktor Sahkan Bukan Influenza A

IKLAN

Tambah suami kepada aktres Shakilla Khoriri ini, dia akui tidak dapat menahan perasaan sedih apabila melihat keadaan puteri tunggalnya yang jatuh sakit.

“Saya memang berasa sedih melihat keadaan Ameena yang terlantar sakit. Sama juga dengan apa yang dirasai Shakilla.

IKLAN

“Kalau boleh biarlah sakit tu pergi dekat kami ja. Janganlah anak kami yang sakit,” katanya lagi.

Terdahulu, Shakilla mendedahkan Ameena dimasukkan ke hospital akibat demam panas.

Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang bayi perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia 10 bulan.

Sumber: Gempak & ig Shakilla Khoriri; Ameena Sofia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI