Membesarkan dua anak bersendirian bukan tugas yang mudah buat Fasha Sandha. Tambah lagi dengan anak-anak yang sedang membesar dan mempunyai perangai masing-masing.
Bagaimanapun, Fasha mengakui dia sedang cuba mengajar dua orang anaknya, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima menjalani kehidupan yang lebih bersederhana dan gemar menggunakan cara lama untuk mendidik anak-anaknya.
“Saya sedang sedaya upaya untuk mengajar anak-anak menjadi sederhana sebab mereka buka mata sahaja sudah berada dalam kehidupan yang selesa.
“Tetapi saya selalu ajar mereka macam mana untuk jalani kehidupan seperti orang biasa. Kadang-kadang saya bawa mereka naik kemudahan awam seperti LRT.
“Tujuan saya nak bagi mereka rasai kehidupan sebenar kerana saya juga dari latar belakang orang biasa-biasa sahaja sebelum ini,” katanya.
Banyak Komunikasi, Hadkan Gajet
Ads
Bukan setakat menjalani kehidupan bersederhana, Fasha juga sentiasa berkomunikasi dengan anaknya.
Malah, dia hanya memberikan Rayfal dan Raysha menggunakan gajet dalam seminggu dua kali sahaja.
“Saya sentiasa lebihkan komunikasi dengan mereka seperti membaca buku cerita sebelum tidur.
“Selain itu, saya hadkan penggunaan gajet. Seminggu dua kali dan tak akan biarkan mereka guna sepanjang hari. Sehari dalam satu jam sahaja,” katanya.
Sebelum ini Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
Ads
Sumber: Mstar & Ig Fasha Sandha
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau ditanya pada kaum ibu terutama yang bekerja pasti mereka tak menafikan penat. Tapi apakan daya tanggungjawab sebagai ibu dan isteri harus juga diambil kira.
Mungkin bagi sesetengah ibu, seawal 4 pagi perlu bangun untuk menyiapkan apa yang patut dan selepas selesai keperluan keluarga perlu bergegas ke tempat kerja pula.
Tapi awas ya, bila rasa penat dan mengalami ciri-ciri di bawah silalah bawa berehat. Ini tanda sebenarnya sudah mengalami tahap kepenatan melampau dan perlu berehat segera agar tidak menjejaskan kesihatan.
Paling utama cik suami perlu memerhati tanda-tanda ini sebab orang perempuan akan tetap melakukan kerja selagi terdaya walaupun sebenarnya keletihan. Suamilah yang perlu prihatin dan beri peluang isteri berehat.
Mudah lupa
Wanita biasanya punya daya ingatan yang kuat jadi bila sudah lupa mana letak kunci kereta, dompet atau cermin mata yang biasa dipakai maka sebaiknya bawa berehat.
Tak peduli
Isteri biasanya cerewet dalam banyak perkara terutama urusan rumah tangga. Tapi kalau dia sudah tak peduli dengan baju yang kotor, pinggan berselerak atas meja dan hanya ingin tidur harap encik suami faham bahawa dia sedang keletihan.
Tidur tak lena
Tidur malam sekejap-sekejap terjaga. Ia merupakan tanda stres yang puncanya boleh jadi kepenatan fizikal yang tak berkesudahan.
Mudah marah
Biasanya ibu akan senang melayan kerenah anak tapi bila ada hari dia marah-marah malah meminta anak bermain jauh, sebaiknya suami cepat-cepat tawarkan bantuan. Sama ada bantu buat kerja rumah atau bawa anak keluar supaya ibu ada masa berehat seketika.
Hilang keseimbangan
Terasa pening malah seperti mahu jatuh ini tanda yang serius kerana boleh mencederakan. Ada kemungkinan otot-otot di tubuh isteri keletihan sehingga dia hilang keseimbangan.
Mengeluh wajah kusam
Kalau dah terlalu sibuk buat kerja rumah, wanita biasanya lupa merawat diri. Tak sempat lagi mengenakan krim apatah lagi masker atau solekan. Inilah yang menyebabkan wajah kusam.
Tak fokus
Suami perasan tak, bila tengah berbual isteri tak fokus. Malah ada juga yang malas bersembang, hanya mahu berbaring. Ini tanda dia letih yang amat sangat.
Mudah tertidur
Biasa boleh berjaga malam untuk menonton tv tapi awal-awal lagi sudah terlentuk di depan tv malah di dapur pun maka mintalah isteri berehat untuk mengembalikan kecergasannya.
Sumber: ragamanak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sahaja sebut tepung gandum, kita rasanya semua tepung sama sahaja. Walhal tepung gandum sendiri ada pengkhukusannya dalam jenis makanan-makanan tertentu. Jadi jangan keliru.
Paling penting janganlah tersalah beli dan bila tak menjadi, resipi pula yang dipersalahkan.
Bagi anda yang paling gemar buat kuih atau sesekali hendak mencuba buat mi atau roti sendiri, dua jenis tepung ini anda perlu tahu.
Barang dapur jenis tepung ni memang sama sama tepung gandum. Tetapi ada perbezaannya.
Yang hijau tu all purpose flour sesuai untuk buat mee, roti, pasta, pancake (kadar protein sedang) ada campuran bahan lain.
Yang biru itu ( wheat flour) gandum tanpa campuran lain. Sesuai untuk buat kuih muih. Kalau guna yang hijau untuk beberapa jenis kuih, akan lembik dan melekat.
Dan kalau guna yang biru untuk buat roti pulak, nanti roti kita tak lembut, sebab tak ada campuran gluten dalam tepung biru tu.
Yang biru tu subsidi kerajaan (tak eksport ke luar, harga dia di bawah kawalan kerajaan). Sebab tu harga yang hijau lebih mahal.
Cara buat sendiri tepung naik sendiri.
Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum.
7 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus.
Semua bahan-bahan di atas ayak 3 kali supaya ringan.
Siap boleh simpan dalam bekas bertutup, tak payah beli tepung naik sendiri dah.
Bila nak guna tepung naik sendiri guna aje yang dah buat tu.
Kita percaya tak pada rezeki? Setiap orang ada anak. Tapi tidak semua anak itu diuruskan dengan cara yang sama. Setiap ibu ayah ada cara tersendiri. Tapi matlamatnya adalah sama, iaitu supaya anak kita menjadi manusia yang berguna untuk agama dan bangsa. Supaya anak kita jadi anak yang soleh solehah yang akan mendoakan kita kelak.
Ada yang menulis..
“Saya pun ada anak 4 tapi tak adalah bersepah macam tu. Elok je saya didik ikut peraturan kat rumah. Budak-budak ni dari kecik kena didik. Baru dia orang tak sepahkan rumah. Mana peranan ibu ayah? Anak saya tak pernah buat sepah macam tu” “Ibu ayah tak ajar anak-anak tentang adab ke? kan pergi rumah orang duk sepahkan rumah orang pulak” “Tak ada family planning ke beranak ramai?”
Begitulah. Saya senyum sahaja. Seolah-olah mereka tidak percaya kepada rezeki. Ada yang dapat rezeki anak tak sepah rumah, ada yang dapat rezeki anak diam je tak lincah, ada yang dapat rezeki anak tak reti nak manjat lepas tu dengar cakap ibu ayah ikut je peraturan rumah dan sebagainya.
Tapi rezeki saya alhamdulillah dapat anak yang bergabung tenaga sehingga ramai yang meluahkan rasa surrender. Tapi, setiap anak ada kelebihan dan kekurangan.
Walaupun keempat-empat anak saya suka buat rumah macam kapal pecah sehingga menyebabkan saya menggunakan pelbagai cara supaya mereka dalam tempoh bertenang. Tapi saya tidak bagi mereka main gajet.
Rumah saya tak ada Astro. Hanya ada Njoi sahaja tiada kartun. Oleh itu mereka banyak jadikan rumah tempat mereka bermain kerana tiada hiburan lain.
Walaupun mereka selalu sepahkan rumah, tetapi mereka sangat rajin membantu saya di rumah atas faktor saya menjalankan perniagaan lain dan saya agak sibuk sedikit. Mereka sangat berdikari, tolong saya mop lantai, vakum rumah. Bila mesin basuh rosak, mereka tolong saya cuci pakaian guna tangan, basuh pinggan, sapu lantai, jemur kain, kemas bilik, yang sulong ajar adik adik mengaji, ajak adik adik solat, suapkan adik-adik makan bila saya sibuk.
Dalam satu kekurangan itu, saya memandang begitu banyak kelebihan mereka walaupun usia mereka 6 tahun, 5 tahun, 4 tahun dan 2 tahun. Terima kasih yang mendoakan baik baik untuk mereka.
Perkongsian ini bukan untuk membanggakan diri tetapi sekadar untuk memberi semangat pada semua ibu bapa yang ada anak ramai untuk latih anak buat kerja rumah dari awal. Buang aura negatif, simpan aura positif je dalam rumah tangga kita.
Sebenarnya ini apa yang mereka belajar dari ayahnya. Sebab ayahnya juga memang membantu saya buat kerja rumah. Walaupun mereka lelaki, bila mereka nampak ayahnya buat kerja rumah, jadi mereka pun tahu mereka anak lelaki pun boleh buat juga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.