Membesarkan dua anak bersendirian bukan tugas yang mudah buat Fasha Sandha. Tambah lagi dengan anak-anak yang sedang membesar dan mempunyai perangai masing-masing.

Bagaimanapun, Fasha mengakui dia sedang cuba mengajar dua orang anaknya, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima menjalani kehidupan yang lebih bersederhana dan gemar menggunakan cara lama untuk mendidik anak-anaknya.

“Seminggu Dua Kali Sahaja Tengok Gajet”. Fasha Akui Dari Awal Disiplinkan Anak Lagi Senang

“Saya sedang sedaya upaya untuk mengajar anak-anak menjadi sederhana sebab mereka buka mata sahaja sudah berada dalam kehidupan yang selesa.

“Tetapi saya selalu ajar mereka macam mana untuk jalani kehidupan seperti orang biasa. Kadang-kadang saya bawa mereka naik kemudahan awam seperti LRT.

“Tujuan saya nak bagi mereka rasai kehidupan sebenar kerana saya juga dari latar belakang orang biasa-biasa sahaja sebelum ini,” katanya.

“Seminggu Dua Kali Sahaja Tengok Gajet”. Fasha Akui Dari Awal Disiplinkan Anak Lagi Senang

Banyak Komunikasi, Hadkan Gajet

IKLAN

Bukan setakat menjalani kehidupan bersederhana, Fasha juga sentiasa berkomunikasi dengan anaknya.

Malah, dia hanya memberikan Rayfal dan Raysha menggunakan gajet dalam seminggu dua kali sahaja.

“Seminggu Dua Kali Sahaja Tengok Gajet”. Fasha Akui Dari Awal Disiplinkan Anak Lagi Senang

“Saya sentiasa lebihkan komunikasi dengan mereka seperti membaca buku cerita sebelum tidur.

“Selain itu, saya hadkan penggunaan gajet. Seminggu dua kali dan tak akan biarkan mereka guna sepanjang hari. Sehari dalam satu jam sahaja,” katanya.

“Seminggu Dua Kali Sahaja Tengok Gajet”. Fasha Akui Dari Awal Disiplinkan Anak Lagi Senang

Sebelum ini Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.

IKLAN

Sumber: Mstar & Ig Fasha Sandha

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI