Seminggu dilahirkan, anak kedua pelawak Shuk Sahar terpaksa ditahan di hospital kerana pneumonia dan demam denggi. Keadaan menjadi lebih mencemaskan apabila anak pertamanya turut dijangkiti demam denggi pada masa sama.
Menurut Syuk, pada mulanya saya dan isteri ke hospital untuk memeriksa demam kuning anak tetapi doktor terpaksa tahan di wad kanak-kanak kerana ada jangkitan paru-paru.
“Kebetulan pula anak sulung saya menghidap jangkitan sama dan tambah pula dengan demam denggi. Jadi, saya berkampung di hospital selama 10 hari,” katanya.
Jelas Shuk, jangkitan itu bermula dengan kahak yang melarat hingga ke paru-paru.
“Sakit pneumonia ni serius juga, ia bermula dengan kahak kemudian ke paru-paru. Jadi, anak saya sukar untuk bernafas dengan normal dan perlu bantuan oksigen.
“Doktor cakap penyakit itu serius tetapi kami bernasib baik kerana dapat kesan dengan awal. Jadi, ingin saya berpesan kepada semua ibu bapa, sekiranya perasan anak anda tidak selesa segeralah ke hospital sebab mereka tak tahu nak memberitahu bahawa mereka sakit,” tambahnya.Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah pada 20 Disember 2015 di Sabah dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sumber: Gempak & ig shuk sahar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yay…Dah Merdeka” Cukup 44 Hari, Ardell Aryana Kongsi Gambar Anak & Pengalaman Berpantang. Comelnya Arwa Malaikha Urwa!
Pejam celik tak sedar masa berlalu, Ardell Aryana yang baru lepas bersalin cahaya mata pertamanya tak lama dulu pun sudah menamatkan tempoh 44 hari berpantang.
Pelakon dan usahawan itu gembira kerana telah berjaya menghabiskan pantang selama 44 hari selepas melahirkan cahaya mata pertamanya pada 5 Jun yang lalu.
Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin mengimbas kembali tempoh pantang yang dijalaninya. Menurut Ardell dia berkongsi kisahnya di dalam pantang bagi menjawab beberapa persoalan kepada mereka yang sering bertanya tentang perkara tersebut.
“Throwback hari ke 7 berpantang (Masa ni Arwa Malaikha Urwa halus lagi. Sekarang kuss semangat ) Alhamdulillah hari ni dah habis 44 hari berpantang kami.
“Yang tanya saya ambik service pantang dengan siapa, saya serta kan nama Instagram mereka. Bolehlah tanya-tanya tentang service dari diorang,” tulis Ardell.
Menurut Ardell, untuk Confinement Lady dia hanya mengambilnya untuk 7 hari sahaja. Selebihnya dia menjaga diri sendiri selepas tenaga kembali pulih.
“Confinement Lady @pantangplus mereka akan datang dan jaga setiap hari 3 jam (yang tengah cari orang nak jaga pantang boleh tanya dorang, mereka jaga dan service bagus) package ikut masing nak berapa lama di jaga.
“Barang-barang keperluan berpantang pulak macam bekung, herbal, tuam, minyak angin panas tu dan keperluan barang pantang lain beli asing. Jenama set Suri itu saya cari dekat @tatehbangi pastu sy bagi CL pakai kan set tu,” tambah Ardell lagi.
Menurut Ardell lagi, sesiap yang mahu mencari orang yang ingin menjaga, boleh mencubanya, dan anda perlu berehat sahaja.
“Selama dorang jaga awak cuma perlu rehat sahaja, makan minum, anak & ibu mereka akan jaga, urut, bertungku semua. Yay dah Merdeka,” tulis Ardell yang seronok menghabiskan masa pantangnya.
View this post on InstagramA post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on
Ardell Aryana yang berkahwin dengan pelakon Nadzmi Adhwa pada tahun 2019 dikurniakan seorang cahaya mata sulung, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020 yang lalu.
Sumber: Gempak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahaya Bawa Bayi Ke Panggung Wayang! Panggung Wayang Bukan Tempat Untuk Anak Bawah 2 Tahun
Jika anda ke panggung wayang pasti anda dapat melihat beberapa pasangan yang membawa bayi ke panggung wayang. Membawa bayi ke tempat tersebut seolah-olah menjadi trend tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku kepada bayi mereka.
Menerusi laman facebook Baby Language mendedahkan risiko jika membawa bayi yang berusia bawah 2 tahun ke panggung wayang.
Trend ibubapa bawa bayi ke panggung wayang: Anda sedar atau tidak, ia merbahaya? Screenshot pertama ialah balasan mesej dari GSC cinema Malaysia kepada saya sendiri. Dua screenshot terakhir adalah pengakuan pekerja panggung wayang luar negara.
Keduanya mengesahkan hal yang sama: panggung wayang BUKAN tempat buat anak di bawah 2 tahun.
Faktanya, pendedahan lama (anggaran lebih 2- 8 jam) kepada bunyi melebihi 85db-90db sangat berisiko buat pendengaran ORANG DEWASA apatah lagi buat anak kecil. (sumber: hearinglosthelp.com).
Untuk rekod perbandingan bunyi, penyedut hampagas sekitar 70db, perbualan biasa 60db dan gergaji elektrik ialah 110db. Bunyi wayang? Owhh…sangatlah banyak tingginya dari itu.
Ok pasti ada yang akan berkata, ‘Saya biasa je bawa baby gi wayang.Ok je tak de apa’
Soalannya, menonton wayang ini aktiviti ‘dambaan’ siapa? Ibubapa bayi atau bayi?
Tiada manfaat khusus aktiviti menonton wayang kepada anak kecil di bawah 2 tahun kepada perkembangan atau stimulasi pancaindera mereka. Taman permainan, taman rekreasi, ‘outdoor nature theme park’, pantai, gym kanak-kanak dan mana-mana tempat yang memberi anak peluang mengunakan keseluruhan derianya untuk ‘berada’ di dalam situasi itu, YA ini aktiviti yang berhak mereka dapatkan.
Duduk menonton wayang? Ini untuk kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa.
Jika anda benar-benar perlukan ‘me time’ untuk menonton wayang, tinggalkanlah anak kecil anda sementara waktu kepada penjaga yang di percayai. Ini lebih baik dan selesa bukan saja buat anda, tetapi kepada orang lain juga.
Sumber: Baby Language
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pa&Ma TV: Lebih 10 Kali Kemo, 4 Kali Botak, Beratus Kali Di Suntik Kini Adik Fareeq Bebas Leukemia
Bermula dengan demam yang lama, kelihatan pucat dan badan lebam, akhirnya baru tahu yang adik Muhammad Fareeq Elman menghidap leukemia jenis ALL Regimen A Standard Risk. Bagaikan tidak percaya anak yang dilahirkan normal disahkan leukemia pada genap umurnya dua tahun.
Berkongsi kisah adik Fareeq, bapanya Kamarul Azhar Chek langsung tidak menyangka ujian cukup besar buat anaknya. Ketika doktor sahkan saya masih tak percaya. Tapi bila tengok keadaannya masa tu asyik lemah baru tahu punca sebenar.
“Sebab badan Fareeq selalu lemah dan lebam kerana platletnya dah rendah. Masa bawa ke hospital dan buat prosedur Bone Marrow Aspiration untuk ambil sampel, memang doktor sahkan Leukemia ALL.
“Bermula dari itulah, rumah kedua Fareeq hospital dan menjalani rawatan selama 3 tahun bermula dari Jun 2015 hinggalah Ogos lalu.
“Sepanjang tiga tahun menjalani rawatan, Fareeq juga telah melakukan lebih 10 kali kemoterapi dan 4 kali botak kesan dari proses kimoterapi tersebut,” katanya.
Disahkan Bebas Leukemia
Kamarul Azhar berkata, Ogos lalu Fareeq dah disahkan bebas dari leukemia dan tak perlu lagi menjalani kemoterapi seperti dulu.
“Ubat kemo semua dah tak perlu di ambil lagi. Cuma sekarang dia hanya makan antibiotik dan perlu membuat pemeriksaan darah sebulan sekali di HUKM,” kongsinya.
Walaupun nampak adik Fareeq kuat, menurut ayahnya dia seakan trauma setiap kali kena suntik. Ini kerana sepanjang rawatan yang dilalui selama tiga tahun dah beratus kali dia menerima suntikan di bahagian badannya.
Sementara itu, menurut ibu adik Fareeq Azizah Ab Aziz, masa Fareeq disahkan leukemia hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu.
Namun demi anak saya kena kuat walaupun tak mampu nak tengok kesakitan yang dihadapinya. Saya kena positif walaupun hakikatnya takut.
“Masa doktor sarankan Fareeq kena buat kimoterapi memang saya takut akan kesannya, tapi saya reda dan saya sebenarnya lagi takut kalau kehilangannya.
“Syukur sekarang semuanya dah main baik, Fareeq pun dah boleh jalani kehidupan seprti kanak-kanak normal. Cuma masih tak boleh terlalu aktif.
“Harapan saya moga Fareeq dapat terus membesar dengan sihat,” jelasnya.
**Apa lagi kisah selanjutnya mengenai anak yang disahkan leukemia dan perkongsian dari pakar, saksikan rancangan Pa&Ma dengan episod Anak Leukemia, Apa Penyebabnya jam 9 malam ini di Astro Prima dan Maya HD.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI