Seminggu dilahirkan, anak kedua pelawak Shuk Sahar terpaksa ditahan di hospital kerana pneumonia dan demam denggi. Keadaan menjadi lebih mencemaskan apabila anak pertamanya turut dijangkiti demam denggi pada masa sama.
Menurut Syuk, pada mulanya saya dan isteri ke hospital untuk memeriksa demam kuning anak tetapi doktor terpaksa tahan di wad kanak-kanak kerana ada jangkitan paru-paru.
“Kebetulan pula anak sulung saya menghidap jangkitan sama dan tambah pula dengan demam denggi. Jadi, saya berkampung di hospital selama 10 hari,” katanya.
Jelas Shuk, jangkitan itu bermula dengan kahak yang melarat hingga ke paru-paru.
“Sakit pneumonia ni serius juga, ia bermula dengan kahak kemudian ke paru-paru. Jadi, anak saya sukar untuk bernafas dengan normal dan perlu bantuan oksigen.
“Doktor cakap penyakit itu serius tetapi kami bernasib baik kerana dapat kesan dengan awal. Jadi, ingin saya berpesan kepada semua ibu bapa, sekiranya perasan anak anda tidak selesa segeralah ke hospital sebab mereka tak tahu nak memberitahu bahawa mereka sakit,” tambahnya.
Sumber: Gempak & ig shuk sahar