Siapa yang tak seronok bila menanti hari penuh bermakna, kelahiran bayi yang sangat suci dan comel. Seluruh ahli keluarga menanti kehadiranmu sayang. Bukan hanya anak pertama perasaan teruja itu hadir tapi anak ke lima pun perasaan teruja itu tetap sama.
Dari syurga kamu dilahirkan ke dunia, ke syurga jua kamu dikembalikan. Itulah kata-kata yang paling tepat untuk mengambarkan anak-anak syurga yang menemui pencipta disaat masih kecil dan suci. Puan Sharzana Roslan berkongsi saat terindah dipinjamkan anak syurga selama 27 hari, walaupun dipinjamkan dalam masa yang singkat tapi kenangan tersebut sangat mendalam buat keluarga ini.
DETIK-DETIK KELAHIRAN KAMU
Masih ibu ingat lagi, pukul 8 malam ibu mula rasa contraction kuat..ibu bergegas ajak ayah pergi hospital, tinggalkan abang dan kakak-kakak kamu dirumah, hanya berpesan pada jiran..sampi di hospital, nurse check bukaan dah 1cm, waktu tu keadaan agak kalut sedikit. Yelah kandungan masa tu baru 33w.
Tapi tak ada apa yang menghairankan sebabnya anak-anak ibu semuanya tak cukup bulan. Doktor kelam kabut untuk cucuk dexa sebab takut kamu akan keluar bila-bila masa. Kemudian doktor scan, kamu dalam keadaan songsang.
Raya hari tu baru ja scan, elok dah kepala kamu duduk kat bawah. Ibu pun ditukarkan ke hospital Sultanah Zahirah, Terengganu sebabnya kat situ hospital besar jadi peralatan serta pakar ada kat sini.
Dari jerteh nak ke sana lebih kurang sejam lebih. Masa nie ibu hanya ditemani nurse dan doctor sahaja. Ibu suruh ayah balik sebab abang dan kakak-kakak kamu perlukan ayah. Ibu tak apa, ibu kan kuat lagipun ibu tahu Allah ada dengan ibu. Sampai sahaja ibu kat sini, jalan dah bukak 3cm.
Doktor pantau keadaan ibu, mulanya doktor plan nak normal sebab anak-anak ibu semuanya normal. Doctor kata ada cara untuk bersalin normal jika anak songsang. Tapi bila doctor tengok ctg yang tak begitu cantik dan keadaan ibu yang tak tahan menahan sakit yang kuat.
Doc terus tanay ibu, “last makan pukul berapa” ibu cakap pukul 3petang. Doctor terus kata, “okay kita masuk bilik ot skrg, kita akan buat operation ya puan” ibu masa nie redha ja asalkan kamu selamat syg.
8 JULAI KAMU SELAMAT DILAHIRKAN, TAPI DILETAKKAN KE NICU
Tepat pukul 3.19 pagi, 8hb julai kamu selamat dilahirkn. Tapi kamu tak diletakkan diatas dada ibu, doktor terus check kamu. Lepas tu, doctor bagitahu kamu kena tahan di NICU atas sebab pernafasan kamu tak begitu cantik. Selepas selesai semuanya, ibu dipindahkan di ward.
Menunggu ayah datang untuk melihat kamu, ayah tinggalkan abang dan kakak-kakak dengan kawan ayah. Masa dapat mlihat kamu, rasa seronok sangat-sangat. Doctor bagitahu kamu takda masalah apa-apa cuma buat masa nie, doctor akan pakaikan kamu bantuan alat pernafasan sehingga kamu boleh bernafas dengan baik.
RASA KOSONG BALIK TANPA KAMU
Tiga hari lepas tu, ibu dibenarkn balik tapi tanpa kamu. Rasa kosong bila balik tanpa kamu disisi. Tak apa, ayah ulang alik hantar susu dengan bantuan dari pihak tempat kerja ayah. Hari demi hari ada saja perubahan positif dari kamu.
Ads
Hari kelima ayah pergi melihat kamu dan hantar susu, nurse bagitahu ibu boleh dah bagi bf, Tak perlu guna tiub atau cup. Malam tu jugak ibu ajak ayah pergi kt kamu. Walaupun jauh tapi ibu gagahkn jgk demi kamu syg.
2 hari ibu ulang alik dari Jerteh ke Kuala Terengganu untuk menyusukan kamu sebabnya ward untuk ibu duduk dalam proses pembersihan. Hari ketujuh ,ibu rasa pedih dkt tmpt c-zer ibu. Ibu ke klinik dan doctor suruh refer hospital. Bila pergi hospitl, doctor kata okay dan bagi antibiotic.
BEKAS PEMBEDAHAN IBU KELUAR NANAH
Dalam perjalanan balik ibu rasa kain ibu basah rupa-rupanya nanah kluar dari celahan jahitan ibu. Ayah bergegas patah balik hospital, doctor kata kena tahan ward sebabnya dah kena jangkitan kuman.
Ibu dan ayah mintak refer ke hospital Sultanah zahirah sebabnya kamu ada kat sana. Ibu terpaksa dibuka jahitan sepanjang 5cm dan dicuci setiap hari, 2 kali tanpa bius. Keadaan kamu pula semakin hari semakin baik. Setiap hari ayah tolak ibu guna kerusi roda untu melihat dan bagi kamu susu ibu. Seronoknya bila kamu dah dipindahkan ke SCN iaitu wad biasa bagi bayi, Sepatutnya kamu boleh balik tapi ayah minta dengan pakar untuk tunggu ibu dan oleh balik sekali.
ALHAMDULILLAH HARI KE 20 KITA DAPAT PULANG BERSAMA-SAMA
Hari ke 19, ibu masuk ke bilik ot untuk jahitan semula luka ibu. Alhamdulillah hari ke 20 kita dapat balik ke rumah sama-sama. Lega ayah sebabnya dua minggu ayah tidur dalam kereta untuk jaga ibu dan kamu.
Seronoknya abg dan kakak2 kamu mlihat kamu pulang ke rumah. Pd hari ke 22, kite ke klinik..doctor suruh refer ke klinik kuala besut utk check kuning tapi bacaan tinggi jadi doktor minta admit ke hospital Besut. Kita admit pula di hospital Besut. Bila doktor round buat pemeriksaan, doktor bagitahu baby sebabnya baby dah lebih 21 hari untuk pramatang tak perlu admit duduk di bawah lampu cuma ambik untuk prolong jaundies sahaja. Doctor kata dah alang2 admint jadi dia nak check semua. Dari urine kamu doktor kata ada jangkitan kuman macam ada pasir jadi on antibiotic selama 5 hari.
Dari situ,kamu mula blaja apa itu erti mnangis..tiap masa kamu nangis,mgkn sbb kamu rasa takut yela,skjp2 kena cucuk…amik air kencing..selesai dos antibiotic kamu dbenarkn balik dan da appoiment dgn pakar lg 2mgu..
Ads
KELETAH KAMU SEPERTI ORANG DEWASA
Hari demi hari melihat keletah kamu yg mcm orang besar…melihat abg dan kakak-kakak kamu bermain dgn kamu, mandikan kamu.
Tak lama lepas tu, kita blk kg…kali nie blk kg kita naik keretapi…ibu rasa teruja nk bwk ank2 ibu smua naik keretapi…seronok smua naik keretapi…kita blk kg,sbb ayah ada game squash dekat kl,lgpun uncle afiq nk kawen…selesai sudah mjls uncle afiq..spttny kte blk ke terengganu 4hb mlm tu, tp sayangnya tiket abis…ayah kata xpelah, nnt kte beli tiket hari lain.
SATU HARI NI KAMU MENYUSU JA
Ibu prasan 1hari kamu mnyusu ja..ibu cakap kat ayah..’tgk bby nie, dia bkn mnyusu pun…dia letak ja mulut dia kt situ seolah2 xnak jauh dr ibu…mlm tu kamu xnk tido, kamu main dgn abg, kakak2 kamu..ayah gomol2 kamu sbb kamu xmo tdo..mlm tue jgk ibu asyik amik gmbr kamu ja…
Ibu ckp kt ayah…’abg knp mata ank xmo pndg syg nie..slaluny mata dia pndg syg, bila syg pndg mata dia..nie mcm dia xnk tgk syg’ ayah kata mgkn kamu penat kot…mlm tu kamu tdo atas dada ibu…pkl 3 pg,kamu mnangis,tp tangisan kamu xkuat..ibu susukn kamu…Subuh tue,nenek kejut ayah bgtau ayah..yang umi tinggal nnt g kedai skali sbb umi demam…slalunya waktu subuh nie,kamu mnyusu tp ibu tgk kamu lena ja..ibu cium pipi kamu.
IBU NAMPAK KAMU KEBIRUAN
Atok bkk pintu rumah,masa tu ibu pndg kamu mlalui cahaya lampu..ibu nmpk kamu kebiruan..ibu mnjerit,ayah kelam kabut..atok pun sama..mama pun tgk..kenapa?ibu tgk kamu dh sejuk,kamu dh biru..ayah cuba buat cpr kt kamu,tp xda respon syg…kelam kabut kami pergi ke klinik..
Tapi masa smpi, mmg tahu kamu dh tiada….hnya Allah sj yg tahu bgimana perasaan ibu dan ayah….xdpt dgmbrkn dgn kata2…..dlm skelip mata ibu ayah hilang kamu..kekuatan hny dr Allah yg ibu pinta..sesungguhny Allah lebih mgetahui sgalany..kamu pergi ketika kita dikampung..klu lah kamu pergi masa kami smua di terengganu..bagaimana lah keadaan kami tanpa kluarga smua disisi.
Ads
REHATLAH SAYANG
hadirny kamu ddalam rahim ibu pd hari lahir ayahmu 8hb 1…lahirnya kamu dibulan kelahiran ibu..cumany kamu awal 10hari ja dr hari lahir ibu…Allah hny pnjmkn kamu sebulan 27hari utk kami smua merasa khadiran kamu..
Wlupun skjp, tp kesanny amat mendalam buat ibu ayah serta keluarga..abg dan kakak2 kamu paling terkesan skali syg….rehatlah syg..tgu ibu ayah disyurga ya….ibu tahu sgala2ny Allah dah tentukn..cumany kerinduan buat kamu xdpt dgmbrkn dgn kata2….muhammad syameer qhalish bin mohammad syazwan 08072019-04092019
Bermacam-macam yg ibu ayah lalui semasa hadirny kamu…rupany Allah hadiahkn anak syurga buat ibu ayah. Terima kasih buat smua ahli kluarga yg sentiasa bsama2 kami… Tmpt kerja ayah yg sentiasa mmudahkn urusan cuti ayah,mbantu apa yg kurang semasa kamu berada dhospital..sahabat handai yg xputus mberi sokongan.
BANYAK “HINT” ALLAH BAGI SEBELUM KAMU PERGI
Seminggu sebelum kamu pergi, hari yang sama waktu yang sama ibu nampak kamu macam dah tak ada, kaku..ibu berlari bawa dekat mama dan atok, mama cakap “Ish kau ni, Qalish okey la dia tengah tido”
Sbnrny Allah dh bg hint dh kt ibu..tp ibu abaikn…Masa ayah blk dr game,ayah tegur ibu…’knp kepala bby mcm besar sikit dr smlm nie…’ Laju ibu jwb..eh,xla..sama ja..seorang ibu kn, mesti la nk nafikn segalanya.
Yang terus mjd kmusyikalan ibu ayah…kamu minum susu byk sgt2..tp berat kamu tak naik2, kamu tak berak…Bila check doctor, doctor ckp slagi bby perut lembut n kentut,jgn risau sbb bby bf.
TOLONG COMPLETEKAN DEXAMETHASONE
Mgkn dalaman kamu TAK kuat sbnrnyA…lgpun kamu tak complete dexa utk dose yg kedua..belum sempat ibu terima dose ke dua kamu dh lahir…
Lepas nie,klu blh…mana2 yg da history bby prem..mintak la doctor cucuk awal2 dexa…skurang2nya paru2 bby dh matang wlupun lahir xcukup bulan..Wlupun suntikan dexa teramat la sakit…amikla berat tntg dexa nie…Ank2 ibu yg lain smua complete dexa….bkn mnidakkn takdir, ibu ayah redha dh..cumanya beringat tak salah kn.
Doktor sahkan kemungkinan kamu meninggal disebabkan komplikasi pramatang dan paru-paru.
Apabila bayi anda sakit atau tidak sihat disebabkan oleh masalah kesihatan seperti demam atau selesema, pastinya ia akan menerbitkan rasa bimbang dan risau di hati anda. Bagi ibu bapa baru, mesti pernah timbul persoalan di fikiran anda, apakah yang dikatakan suhu normal bayi?
Bagaimana untuk mengetahui bahawa sama ada bayi anda demam atau tidak? Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui perihal mengenai suhu normal bayi.
Adakah suhu normal bayi dan dewasa sama bagi setiap peringkat usia?
Badan anda akan mempunyai keupayaan untuk mengawal perubahan suhu selaras dengan peningkatan usia. Secara umumnya, individu dewasa yang lebih berusia akan berdepan kesukaran dan kesulitan untuk mengekalkan haba, malah mereka juga lebih cenderung untuk mempunyai suhu badan yang lebih rendah.
Suhu normal individu dewasa
Suhu badan normal bagi individu dewasa yang diambil secara oral adalah sekitar 36.4 ℃ ke 37.5 ℃, bergantung kepada kaedah pengukuran, kerana kaedah yang berbeza akan memberikan angka yang sedikit berbeza.
Suhu normal kanak-kanak
Suhu badan normal bagi kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 10 tahun adalah pada 35.5 ℃ ke 37.5 ℃ apabila diambil secara oral. Kanak-kanak cenderung untuk mempunyai suhu badan normal yang sama dengan seorang individu dewasa.
Ada masanya, seorang bayi dan kanak-kanak akan mempunyai suhu badan yang lebih tinggi daripada seorang individu dewasa bagi pengambilan suhu melalui bacaan ketiak dan telinga.
Suhu normal bayi yang berusia 0 hingga 2 tahun adalah sekitar 36.6 ℃ hingga 38 ℃ apabila diambil secara rektum. Suhu normal bayi akan meningkat sedikit apabila bayi sedang melalui proses pertumbuhan gigi. Secara puratanya suhu normal bayi yang baru lahir adalah sekitar 37.5 ℃.
Suhu badan bayi adalah lebih tinggi berbanding individu dewasa atau kanak-kanak kerana mereka mempunyai permukaan badan yang lebih besar berbanding dengan berat badan mereka. Badan mereka juga lebih aktif secara metabolik, yang mana akan menghasilkan lebih banyak haba.
Badan bayi tidak mengawal selia suhu badan seperti mana yang dilakukan badan individu dewasa. Bayi akan kurang berpeluh walaupun dalam cuaca atau keadaan panas, ini bermakna badan mereka menyimpan lebih banyak haba.
Ini sekali gus bermakna situasi adalah lebih sukar untuk mereka menyejukkan badan sekiranya mereka mengalami demam.
Mengenal pasti julat atau bacaan normal badan menjadikannya lebih mudah untuk memahami dan mengetahui kebarangkalian anda demam.
Apa yang dimaksudkan suhu panas bayi?
Menurut Ketua Pegawai Perubatan Residen dan Pediatrik di Royal Children’s Hospital di Melbourne, Dr Daniel Golshevsky, seorang bayi yang berada di bawah usia 3 bulan dengan suhu 38 ℃ dianggap mempunyai demam.
Manakala suhu 38.5 ℃ pula adalah tahap bacaan bagi bayi berusia lebih 3 bulan dan kanak-kanak untuk dianggap sebagai demam.
Sejarah kesihatan, sebarang tanda dan simptom seorang bayi merupakan antara faktor yang boleh menentukan sama ada suhu badan tinggi yang dialaminya merupakan satu perkara yang harus dibimbangkan atau tidak.
Ini kerana jelas Golshevsky lagi, ada kalanya bayi berkemungkinan akan mempunyai suhu badan yang tinggi disebabkan pakaian yang dipakai secara berlebihan, iaitu banyak lapisan atau mungkin dibaluti selimut.
Suhu badan bayi
Secara purata suhu normal bayi dan kanak-kanak adalah antara 36.4 ℃, tetapi ia mungkin berbeza sedikit bagi setiap bayi mahupun kanak-kanak. Seorang bayi atau kanak-kanak akan dianggap sebagai demam apabila mengalami suhu badan pada 38 ℃ atau lebih tinggi.
Bayi anda mungkin mengalami demam sekiranya:
Anda merasai sentuhan panas berbanding biasa, pada dahi, belakang badan mahupun perut bayi anda
Merasai peluh atau kelembapan pada bayi anda
Pipi bayi anda kelihatan kemerahan
Jika anda merasakan bayi anda mungkin mengalami demam, perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan memeriksa suhu badan mereka dengan termometer.
Bagaimana untuk mengambil suhu badan bayi?
Secara idealnya, anda memerlukan termometer digital untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat dan cepat.
Cara untuk mengambil suhu badan bayi anda:
Pegang dan letakkan bayi anda dengan cara yang selesa di lutut anda dan letakkan termometer pada bahagian ketiak mereka – sentiasa menggunakan termometer pada bahagian ketiak bagi anak anda yang berada di bawah usia lima tahun.
Dengan cara yang perlahan tetapi kukuh, cuba untuk menahan lengan mereka kepada badan untuk memastikan termometer berada pada tempat yang sama – ia bergantung kepada arahan pengeluar termometer – tetapi kebiasaannya ia adalah sekitar 15 saat dan terdapat termometer yang boleh memberikan bacaan kurang daripada 15 saat, dan beberapa termometer digital akan menghasilkan bunyi apabila sudah selesai membuat bacaan.
Suhu yang terpapar pada termometer akan menunjukkan bacaan suhu badan anak anda.
Bagaimana memastikan bacaan adalah tepat?
Sekiranya anda menggunakan termometer digital pada bahagian ketiak anak anda dan mengikut arahan pengeluar dengan teliti, anda kebiasaannya akan mendapat bacaan yang tepat.
Namun terdapat beberapa perkara yang turut boleh mengubah bacaan, antara beberapa contoh keadaan atau perkara yang boleh mengubahnya adalah seperti:
Anak anda dibaluti dengan selimut
Berada di dalam bilik yang sangat panas
Anak anda sangat aktif
Anak anda memeluk botol air panas
Memakai banyak lapisan pakaian
Sedang mandi
Jika perkara yang disenaraikan di atas berlaku, sila biarkan mereka untuk menyejukkan badan selama beberapa minit, tetapi elakkan untuk membiarkan mereka menjadi sejuk atau menggigil, kemudian ambil semula suhu badan mereka untuk melihat sekiranya terdapat perubahan.
Bagi anak yang asyik demam, batuk, sakit-sakit dan susah nak sembuh, PU Amin kongsikan ayat bacaan yang boleh meredakan kesakitan.
Para ibu yang menyusukan anak tidak perlu memikirkan tentang kepekatan susu ibu. Jika anda benar-benar faham tentang komposisi susu ibu, hal ini bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan.
Ketahuilah bahawa susu ibu mengandungi komposisi yang terbaik untuk bekalan nutrisi sesuai dengan tumbesaran bayi. Ia telah dijadikan sangat sempurna dan seakan-akan tailored-made mengikut keperluan si manja.
Kolostrum
Di awal kelahiran, tubuh menghasilkan cecair kuning, pekat dan melekit. Ia adalah kombinasi yang kaya dengan antibodi untuk saat-saat pertama perkembangan bayi. Ia sukar dikeluarkan melalui pam payudara kerana sangat pekat dan sedikit. Walaupun sedikit, perlu diingatkan ia mencukupi dan sesuai dengan perut bayi iaitu sebesar guli selepas dilahirkan.
Kolostrum sangat mudah dicernakan dan mengandungi semua khasiat yang diperlukan bayi bagi membina sistem imuniti yang kuat. Ketika ini, anda boleh mengeluarkannya menggunakan teknik Marmet jika bayi tidak dapat menyusu secara terus di payudara atau terpaksa berjauhan. Setelah tiga hingga empat hari, barulah susu matang yang terdiri daripada foremilk dan hindmilk dihasilkan.
Foremilk
Ia adalah susu awal yang dikeluarkan ketika bayi menyusu secara terus atau apabila susu dikeluarkan menggunakan pam payudara. Kaya dengan karbohidrat, laktosa, protein dan vitamin, ia cair dan nampak kebiru-biruan.
Hindmilk
Dikenali sebagai susu akhir. Ia adalah susu yang dikeluarkan selepas foremilk. Jika melihat kepada hasil pam, susunya kelihatan lebih pekat dan warnanya gelap. Ia sangat kaya dengan lemak yang membekalkan kalori secukupnya kepada bayi.
Pada awal stimulasi daripada bayi yang menyusu secara terus atau menggunakan pam, foremilk dikeluarkan bagi menghilangkan dahaga bayi. Dengan stimulasi berterusan, hindmilk pula dihasilkan. Komposisi ini menghasilkan makanan yang sempurna untuk bayi iaitu gabungan foremilk yang kaya dengan laktosa, memberikan tenaga serta hindmilk yang memberi lemak dan kalori untuk pertumbuhan bayi.
Perlu diingatkan! Lebih lama susu tidak dikeluarkan daripada payudara, lebih banyak hindmilk berkurangan dan menjadikan susu kelihatan lebih cair bila dipam. Jika susu dikeluarkan dengan kerap, susu yang dihasilkan adalah lebih berlemak dan pekat.
Kepekatan susu juga tidak semestinya kelihatan sama setiap kali dikeluarkan. Komposisi susu berubah mengikut keperluan seharian bayi. Apabila bayi makin membesar, ia berubah mengikut keperluan optimal perkembangannya. Ia turut berubah mengikut cuaca. Jika cuaca panas, ia lebih cair untuk menghilangkan dahaga bayi. Ketika cuaca sejuk, susu lebih pekat untuk membekalkan jumlah lemak yang secukupnya untuk bayi menghadapi keadaan yang lebih sejuk.
Suplemen penambah susu ibu cuma boleh membantu anda membekalkan tenaga seharian tetapi tiada kajian membuktikan ia boleh membantu menghasilkan susu yang lebih pekat. Hanya dengan kekerapan mengosongkan payudara akan menghasilkan lebih banyak susu yang kaya dengan kalori dan lemak. Makin kerap payudara dikosongkan, makin tinggi kandungan lemak dalam susu.
Jika menyusu secara terus, anda boleh memanjangkan tempoh bayi menyusu dalam satu sesi penyusuan demi memastikan dia mendapat susu hindmilk secukupnya. Bayi yang menyusu lebih lama akan mendapat kedua-duanya. Biarkan bayi menyusu dengan lebih lama pada sebelah payudara sehingga menghentikan hisapan dengan sendiri sebelum menukar kepada sebelah yang lain, agar dia mendapat hindmilk yang diperlukan. Menyusulah sekerap mungkin untuk mengosongkan payudara sepenuhnya. Jika bayi tidak bersama, pastikan jarak sela mengepam adalah kerap dan payudara tidak dibiarkan penuh terlalu lama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akhirnya pergi jua..Ibu kepada tiga cahaya mata yang koma selepas sebulan melahirkan anak ketiga meninggal dunia Khamis lalu (4 Februari). Kisah allahyarham Marihah Husin, 35, ini mendapat simpati orang ramai selepas hanya terlantar dan minum susu melalui tiub sahaja.
Tiba-tiba isteri sukar bernafas
Pemergian arwah benar-benar dirasai oleh suami dan anak-anaknya yang masih kecil. Menurut suaminya, Hussain Muddasar, 34, dia menguruskan isteri termasuk menukar lampin kira-kira jam 8 pagi sebelum dilihat sukar bernafas kira-kira jam 10 pagi.
“Saya terus menelefon ambulans tetapi dia meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi sebelum ambulans tiba,” katanya kepada Sinar Harian.
Allahyarham Marihah sebelum ini mengalami koma selama tiga bulan selepas terjatuh di dapur kira-kira jam 3 pagi ketika mahu menyediakan susu untuk anaknya.
Pada waktu itu, selama dua bulan arwah di rawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dibawa pulang ke rumah selama sebulan dalam keadaan koma.
Sepanjang isteri koma, Hussain yang menjaga arwah sepenuhnya seperti menukarkan lampin pakai buang isteri bagi memastikan sentiasa dalam keadaan bersih serta memberinya susu setiap empat jam sekali melalui tiub yang dipasang pada rongga hidung.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Sri Manir, Kuala Terengganu Khamis lalu.
Sementara itu, Hussain berkata, dia akan terus berusaha menjaga dan membesarkan ketiga-tiga anaknya sendiri walaupun ada yang meminta kebenaran untuk menjadikan anak bongsunya yang berusia empat bulan sebagai anak angkat.
“Saya ingin membesarkan mereka sendiri. Sebolehnya saya tidak mahu memisahkan mereka bertiga. Biarlah membesar bersama-sama,” katanya.
Hussain turut menyatakan hasrat untuk berpindah berdekatan kediaman saudara isterinya kerana bimbang tiada siapa menjaga anaknya.
Hasil perkongsian hidup Hussain bersama Marihah sejak 15 Mac 2014 dikurniakan tiga cahaya mata berusia lima tahun, tiga tahun dan empat bulan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seniwati Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita duka tentang pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, yang meninggal dunia akibat komplikasi batu karang dalam hempedu.