“Seminggu Sebelum Pergi, Adik Selalu Tenung Mumy. Renungan Itu Jadi Pengubat Rindu”

Share

Bukan tak reda, tapi perasaan rindu tu sangat sukar dibuang. Sampai hari ini masih teringat dan seolah-olah rasa macam mimpi Yusuf dah pergi buat selama-lamanya. Kehadiran Yusuf benar-benar memberi kegembiraan namun ternyata takdir Allah lebih dari segala-galanya.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu ini, Nurul Atikah, Yusuf pergi dalam keadaan yang sangat tenang dan dalam dakapan mumy dan abah.

Dilahirkan dalam keadaan sihat

Baru ada kesempatan mumy nak share kisah Muhammad Yusuf Mikael. Sebenarnya Yusuf anak yang sihat. Dari lahir sangat-sangat sihat.

Tiba-tiba badan panas dan nafas laju

Jumaat 15/1/2021, dalam pukul 4.30 petang lepas selesai kerja, mumy pergi tengok adik kat rumah tok. Masa mumy angkat adik dari buai, badan adik panas dan nafas adik laju sangat. Terus mumy bawa adik ke emergency Hospital Bagan Specialist.

Sampai sana suhu adik tinggi dan demam. Terus doktor bagi adik sedut oksigen dan ubat bontot. Doktor cakap adik kena warded, sebelum warded penjaga dan adik wajib swab test Covid.

Allhamdulillah dah semua negatif, terus warded. Adik kena puasa dan doktor x-ray semua ok. Jantung adik ok, paru-paru ok semua tak ada masalah termasuk darah semua ok. Lepas 3 hari warded keadaan adik masih sama walaupun dah sedut kahak dan doktor masuk ubat dan oksigen adik masih sama.

Masuk ICU

Doktor panggil mumy dan abah bincang. Beritahu adik kena masuk ICU dan terus adik masuk Island Hospital. Sampai sana keadaan adik sangat kritikal masuk dalam 3 jam.

Doktor suruh mumy dan abah keluar sebab adik sangat-sangat kritikal waktu tu. Adik dah biru dan pucat. Mumy dah hilang arah dann takut sangat.

Dalam pukul 2 pagi doktor Island Hospital cakap kena terus hantar adik ke GH sebab keadaan adik sangat-sangat tak ok. Sampai di GH adik dah tak sedar. Doktor bagi ubat tidur dan mumy tak boleh tengok adik selagi result swab test covid di GH tak dapat. Lepas 48 jam baru mumy boleh tengok adik.

Mumy masuk mumy tengok adik, sayang adik. Adik sebek dan air mata adik mengalir walaupun adik tak sedar. Adik tahu bau mumy kan sayang..

Asid dalam darah tinggi, masalah saluran pernafasan

Doktor pakar semua jumpa mumy cakap adik kritikal dan mnta bersedia segala kemungkinan. Asid dalam darah adik tinggi dan oksgen adik tak stabil. Doktor x-ray dan ct scan kali kedua baru dapat tau masalah adik.

Rupanya saluran pernafasan adik bermasalah dari adik dalam perut dan baru dapat tahu. Masalah pernafasan adik terlalu sempit dan tersepit antara pembuluh darah utama. Risiko nak lakukan pembedahan sangat-sangat tinggi.

Khamis pagi, doktor call nak jumpa mumy dan abah. Mumy dapat berita baik adik dah minum susu melalui tiub dan asid dalam badan adik menurun. Mumy syukur happy sangat doc suruh mumy balik dan rehat sebab tengok mumy dan abah letih.

Keadaan adik tak stabil

Mumy dan abah balik solat mandi lepas tu pukul 3.30 nurse call minta mumy segera pergi hospital. Sampai atas jambatan dia orang minta cepat datang sebab Yusuf dah tenat.
Sampai ja sana doktor bagitau jantung adik lemah dan terhenti tiba-tiba. Doktor buat CPR dekat adik dan doc cakap nak cuba masukkan lagi wayar dekat saluran pernafasan adik supaya adik dapat oksigen yang cukup. Doktor buat sambil x-ray sebab takut terkena saluran darah.

Adik, doktor cuba buat tapi tak berjaya dan jantung adik lemah sangat. Doktor tolak adik masuk balik ICU dan mumy tuggu adik. Dalam pukul 9 malam Khamis nurse call lagi mumy.

Mumy pergi doktor cakap dekat mumy..Puan anak puan sangat tenat puan nak kami buat CPR lagi atau nak adik pergi dalam keadaan tenang sebab adik sakit kalau buat CPR kemungkinan besar tulang rusuk adik boleh patah dan jantung pecah..Allahuakbar mumy hilang kata-kata.

Mummy abah tak mahu adik sakit, kami reda sayang

Bincang dengan abah, mumy tak mahu adik sakit. Mumy tak mahu seksa adik, mumy kuatkan semangat mumy peluk adik cium adik. Abah azan dekat adik, adik tersedu..mumy mengucap dekat adik dan n bisik mumy reda sayang, mumy halalkan susu mumy. Tunggu mumy sayang.

Mumy belai muka adik bersih suci sangat. Oksigen adik slow-slow menurun dan degupan jantung adik perlahan-lahan menurun. Sekali adik sedu doktor cakap adik dah tak ada. Adik meninggal dalam dakapan mumy sayang, Adik tinggalkan mumy dan abah dalam pelukan.

Allahuakbar yang mumy mampu laungkan. Mumy macam mimpi sayang. Mumy terima semua ni walaupun mumy tak kuat. Damailah sayangku. Damailah anak syurgaku. Tunggu mumy, abah dan abang sayang. Anak yang sangat istimewa.

Adik tenung mummy sambil senyum

Sebelum adik tinggalkan mumy, mumy perasan banyak perubahan adik. Adik selalu tenung mumy macam nak bagitau sesuatu. Mumy masak adik diam je perhatikan mumy dari jauh sambil adik senyum-senyum.

Manis sungguh senyuman adik. Kadang mumy jatuh terduduk sebab terlalu rindukan adik
Mumy redha sejak dari mumy lepaskan adik pergi, cuma mumy terlalu rindu. Sampai harini mumy tak kemas lagi semua barang-barang adik.

Mumy dan abah tak daya dik nak kemas semua barang adik. Bila berkaitan dengan RINDU hanya diri yang merasa tahu siksanya. Bila rindu mumy sedekahkan al Fatihah dan gosok hati supaya terus SABAR dan SABAR.. Tunggu mumy, abah dan abang ya sayang

MUHAMMAD YUSUF MIKAEL
ANAK SYURGA YANG KUAT SEHEBAT NAMAMU

Kredit: Nurul Atikah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy