Selebriti terkenal, Puteri Sarah Liyana baru sahaja berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah bersama anak-anak hari ini.
Puteri Sarah sempat memuatnaik beberapa keping gambar ketika berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menerusi laman Instagramnya.
Beliau turut memohon doa ramai agar mendoakan yang terbaik buat dirinya dan anak-anak ketika mengerjakan ibadah Umrah.
“Doakan Sarah & anak-anak ya”
Namun yang menjadi perhatian ramai menerusi satu komen ditinggalkan oleh ibu mertuanya yang mendoakan ketabahan buat menantu tercinta setelah Puteri Sarah diuji dengan ujian rumah tangga.
Rata-rata warga maya mendokan yang terbaik buat Puteri Sarah Liyana serta anak-anak. Rakan selebriti dan ternama turut menitipkan doa buat selebriti cantik ini.
Kredit: PSL
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!