
Pelakon Fauzi Nawawi memberi ucapan sweet kepada isterinya, Lisdawati sempena anniversary ke-11 pada 9 September lalu.
Menerusi Instagramnya, Fauzi telah memuat naik foto bersama isterinya di salah sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka kelmarin.
“Happy 11th Aniversary to me and Lisdawati.09.09.2007 tarikh keramat yang menyatukan kami.
“Semoga Allah teruskan kekalkan kami begini selamanya. Aminnn,” tulisnya.
Fauzi berharap perkahwinan ini sentiasa diberkati Allah dengan kehadiran anak-anak sebagai penyeri rumah tangganya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Fauzi dan Lisdawati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terlalu Tegas Sangat Boleh Buat Anak Jauh Hati. Jangan Pelik Dia Tak Mahu Dipeluk

Percaya tak anak makin keras hatinya apabila kerap di marah. Jangan pelik bila suatu hari nanti, bila ibu bapa nak peluk, mereka akan menjauhkan diri.
Kesan ini juga yang akan menyebabkan anak mula memberontak dalam diam dan menyebabkan hubungan antara ibu bapa dan anak semakin renggang.
Perkongsian dari Ustazah Asma’ Harun ini sungguh tepat sekali dalam keadaan ibu bapa sekarang yang rasa terlalu stres mendidik anak hingga api kemarahan tercetus tanpa sedar.
Duhai IBU AYAH
Jangan terlalu kerap memarahi anakmu, darah dagingmu sendiri. Apatah lagi kerap memukulnya. Jangan terlalu meminta itu ini melebihi dari kemampuan dengan usianya, meletakkan salah itu ini atas bahunya. Sehingga akhirnya hatinya jadi semakin keras. Dan ketika itu marah, tengkingan, bahkan pukulanmu hanya menghimpun rasa benci dan dendam, bukan keinsafan atau perasaan ingin berubah.
Apa sebenarnya yang ibu ayah mahukan, mahu anak berubah bukan? Bila cara tegas dan keras tak berjaya, jangan terus dipaksa dan digunakan cara yang sama. Lihatlah dalam tubuh yang kecil dan lemah itu ada seketul daging yang namanya HATI. Tempat untuk menakung kasih sayang, perhatian dan belas kasihanmu sebagai orang yang telah tua.
ARTIKEL LAIN [Basuh Beras Baca Doa Ni. Lembutkan Hati Anak & Pasangan. Rumah Tangga Pun Bahagia!]
Ramai para IBU mesej dan meluahkan, “ustazah, anak saya makin jauh hati, dia masih kecil baru darjah 3, tapi dia memberontak, dia selalu menolak saya.. Saya nak peluk pun dia dah tak nak. Saya banyak buat salah pada dia, masa kecik selalu marah, tengking dan pukul dia, apa yang patut saya buat..”
Ibu Ayah,
Selama mana dia menerima kasarmu, lebih lama engkau harus bersabar untuk berlembut dengannya.
Sebesar mana luka di hati anakmu, lebih besar usaha yang perlu dilakukan.
Hati anakmu itu milik Allah, mintalah petunjuk dariNya apakah ubatnya. Setiap penyakit ada ubatnya, lain sakit lain ubat. Mungkin kaedah zikir ya Latif dan selawat tidak cukup, Allah minta kita usaha lebih lagi.
Setelah hati anakmu telah lembut dengan pelukan dan kasih sayangmu, percayalah ketika itu, marahmu yang sedikit boleh membuatkan air matanya menitis kesedaran.
Rasulullah SAW bersabda:
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
“Ingatlah sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging. Jika segumpal daging itu baik, maka seluruh tubuh juga baik. Jika segumpal daging itu rosak, maka seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah HATI”.
(HR Muslim, no. 1599)
Ya Allah, bantu kami menjadi ibu bapa yang sabar dan redha terhadap anak-anak kami.
Ibu bapa yang boleh jadi contoh yang baik buat anak-anak kami.
Sumber: Ustazah Asma’ Harun
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sesekali Berikan Hadiah Buat Isteri, Secara Kejutan & Tulis Kata Cinta Di Dalamnya

Jika memberi hadiah kepada kawan dan tetangga itu dianjurkan.. kerana dapat merapatkan ukhuwah dan kasih sayang. Maka sangat berhak bagi seorang isteri untuk mendapat hadiah dari seorang suami.
Wahai para suami….sesekali berikan hadiah buat isterimu.. secara kejutan.. tanpa ia minta.. Mungkin walau sekadar coklat atau apa saja yang ia suka… tak seberapalah harganya..
Atau kau hadiahkan perhiasan yang biasa wanita sukai.. Tulis kata cinta didalamnya.. .Itu akan menambahkan kasih sayang kalian berdua.. Siapakah yang ingin isterinya tetap berwajah ceria dan senyum mesra padanya? Siapakah yang ingin isterinya selalu tulus untuknya.
Isterimu membutuhkan siraman cinta.. walau sederhana..Pohon itu akan tumbuh segar sampai akhir masanya. Siapakah yang akan untung? Tentu kenikmatan tersebut akan kembali kepadamu wahai suami. Wanita jika engkau tanami satu kebaikan ia mungkin akan membalas dengan ribuan kebaikan untukmu.
Khoirukum khoirukum liahlihi…
Sebaik baik kalian adalah yang terbaik untuk berbuat baik kepada isterinya..
Kredit: @fiqihwanita_
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lagi Awal Usia Anak Dibawa Ke Zoo, Lagi Berkembang Otak Anak. Jangan Ingat Anak Kecil Tak Belajar Apa-Apa

“Macam kecil sangat je nak bawa anak ke Zoo” pasti ramai yang terfikirkan perkara ini. Rasa macam anak tu terlalu kecil untuk memahami dan merasai keseronokan ketika berada di Zoo. Kerana pada pandangan mata kasar kita anak kecil ini tidak tahu apa-apa.
Menurut Puan Laili yang juga merupakan Early Childhood Parenting Coach, lebih awal anak diperkenalkan dengan zoo lebih baik untuk perkembangan anak-anak kerana dia dapat belajar secara terus apabila berada di Zoo.
Bila boleh bawak anak ke Zoo?
Anak masih kecil dan percakapan anak masih belum lancar,apatah lagi mahu bertanya itu dan ini, jadi, wajar ke nak bawak anak ke Zoo? Faham kah dia binatang apa yang dia lihat tu? Lagipun dia tak kan ingat apa yg dia lihat di Zoo?
Pertama sekali,ibu bapa perlu memahami perkembangan kognitif anak dari sudut pandang anak tu dan bukan dari sudut pandang kita orang dewasa. Anak-anak dilahirkan dgn berbillion sel otak (neurons) dan neurons ini perlu dihubungkan untuk anak dapat berkembang secara optimum. Jadi, bagaimana Zoo boleh membantu perkembangan anak kecil kita sedangkan anak tak reti bercakap lagi?
1. Bila kita pergi Zoo, ada macam-maca, bau, warna dan tekstur yg anak boleh bau/lihat/rasa. Walaupun anak tak tau apa yang dia sedang alami tu (bau binatang,warna hijau daun,rasa arnab berbulu dan lain-lain), pengalaman dia melalui deria itu akan menyebabkan neurons berhubung dan berkembang.
2. Apa yang anak alami/lalui/rasai di Zoo akan memberi idea baru kepada anak dan akan disimpan di dalam skema otaknya. Bila dia dah pernah rasa arnab berbulu, jadi bila kita tunjuk flashcard atau bacakan buku, anak akan boleh relate, maka berkembang dan berhubunglah lagi neurons dalam otaknya. Jangan bagi flashcard aje ye! Anak perlukan ransangan sebenar!
3. Dengan memperkenalkan anak kepada Zoo, banyak perkataan-perkataan baru yang anak akan dengar, jadi, ia akan membantu perkembangan bahasa anak.
4. Janganlah bimbang tentang anak tiada memori tentang keseronokan ke Zoo kalau pergi waktu kecil kerana kita yang dah tua ni pun ingatkah semua memori yang kita pernah alami sebelum ini? Kita cuma perlu bayangkan sel-sel otak anak dalam kepalanya tu dan pergi lah ke mana sahaja yg anda mahu pergi bersama anak anda kerana sel-sel otak itu akan berhubung dan anak kita akan belajar banyak perkara!
Bawak lah anak-anak kita berjalan dan beri peluang kepada mereka untuk meneroka dunia. So parents, #startearly!
Lots of love
Kredit: Puan Laili Harlina Khairuddin, Founder & Early Childhood Parenting Coach at Wisdomley Parenting Coach
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI