Selepas selamat melahirkan bayi sulungnya tujuh hari yang lalu, pasangan selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir tampil berkongsi nama indah untuk puteri sulung mereka.
Menerusi Instagram, baik Ayda mahupun Nabil tampil berkongsi kapsyen yang sama sambil berkongsi sekeping gambar si comel, Ana Nayla yang menjadi pilihan pasangan ini.
Rata-rata pengikut Ayda dan Nabil memuji raut wajah Ana Nayla yang comel dan begitu teruja dengan matanya yang cukup cantik.
“Ana Nayla binti Ahmad Nabil. @ananaylaofficial
“Assalamualaikum uncles and aunties! Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi!
“Doakan Ana Nayla supaya sentiasa, selamat, disayangi & menjadi anak yang baik ya,” tulis Ayda di ruangan kapsyen.
Tempias populariti ibu ayah, kini 45 ribu pengikut di Instagram
Dalam pada itu, Ayda dan Nabil juga turut sama membuka akaun Instagram untuk si comel Ana Nayla bagi mengikut perkembangan anak mereka.
Turut sama menerima tempias populariti ibu dan ayahnya, paling menarik walaupun baru saja beberapa jam memuat naik posting pertama, akaun Instagram Ana Nayla sudah pun meraih 45,000 pengikut. Hebat bukan!
Ads
Semoga Ana Nayla terus membesar dengan sihat malah menjadi anak yang baik, pelengkap bahagia ibu dan ayahnya.
Terdahulu, Ayda Jebat selamat malahirkan cahaya mata sulungnya pada 21 September lalu secara pembedahan.
Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @aydajebat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Vokalis Kumpulan Floor 88, Ayie Elham mendedahkan dia pernah berdepan dengan peristiwa mistik dan ilmu hitam malah dalam kalangan ahli keluarganya turutmenjadi mangsa.
“Saya pernah berdepan dengan gangguan ilmu hitam. Malah ada dalam kalangan ahli keluarga juga turut menjadi mangsa.
Ayie turut memberitahu pengalaman mistik itu juga membuatkan dia mengambil masa untk berkongsi wajah anak di laman sosial.
“Apa yang pernah saya alami itu, dijadikan pengajaran juga pada masa hadapan”
“Itu juga antara salah satu sebab kenapa saya mengambil masa sebelum berkongsi wajah anak di media sosial.
Untuk info, Ayie mendirikan rumah tangga dengan isterinya iaitu Nur Natasha Ahmad Nawawi pada 21 Oktober tahu lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Nayla Amanda pada 22 Julai lepas.
Penularan wabak pandemik Covid-19 semakin meruncing di seluruh dunia. justeru orang ramai disarankan untuk sentiasa membasuh tangan menggunakan air dan sabun selain menggunakan hand sanitizer.
Walaupun begitu, ibu dan ayah perlu sentiasa memantau penggunaan bahan kimia terutamanya yang terkandung di dalam hand sanitizer kepada anak-anak yang masih kecil.
Pusat Racun Negara dalam laman facebook berkongsi kebimbangan ini kerana sejak kes covid-19 mereka telah menerima 4 aduan berkenaan terminum hand sanitizer yang melibatkan bayi dan kanak-kanak berumur 5 bulan hingga 2 tahun. Badan ini menyeru orang ramai terutama yang mempunyai anak kecil supaya terus mengamalkan kebersihan tapi dalam masa yang sama memantau keselamatan menggunakan bahan tersebut supaya tidak memudaratkan kepada anak-anak yang masih kecil.
COVID-19 & KERACUNAN ‘HAND SANITIZER’ 💦👏🏼
SOLD OUT!
“Harap maaf, kedai kami telah kehabisan stok hand sanitizer”
Begitulah penangan wabak Covid-19 yang telah diisytiharkan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia semalam.
Lantaran kepanikan akibat penularan Covid-19 yang semakin meruncing ini, sampai habis stok produk sanitasi tangan atau lebih dikenali sebagai ‘hand sanitizer’ di kebanyakan premis yang menjualnya. Kini, hampir semua rumah mempunyai ‘hand sanitizer’, malahan ada yang memberikan pada anak-anak untuk dibawa ke sekolah.
Namun begitu, jangan dilupa bahawa ‘hand sanitizer’ juga mengandungi bahan kimia yang mungkin menyebabkan keracunan JIKA tidak disimpan dengan selamat.
Untuk memastikan sesuatu ‘hand sanitizer’ itu berkesan, ia perlu mempunyai kandungan alkohol yang tinggi (lebih 60%). Alkohol yang biasa digunakan adalah daripada jenis etanol atau pun isopropil alkohol. Jika tertelan dalam jumlah yang signifikan, keracunan alkohol boleh berlaku.
Keracunan alkohol yang sederhana boleh menyebabkan kesan khayal, perubahan tingkah laku, pergerakan otot dan anak mata tidak terkawal dan jantung berdegup kencang.
Manakala, keracunan yang teruk boleh mengakibatkan gangguan pada saraf pusat dan sistem pernafasan, suhu badan dan paras gula dalam darah menurun, sawan dan juga kekeliruan pemikiran.
Terima 4 kes terminum hand sanitizer
Semenjak kes Covid-19 ini berlaku, Pusat Racun Negara telah menerima 4 kes terminum ‘hand sanitizer’ melibatkan kanak-kanak berusia lingkungan 5 bulan hingga 2 tahun. Pihak kami berharap agar kes keracunan akibat kelalaian untuk menyimpan ‘hand sanitizer’ secara selamat ini tidak akan berulang lagi. Tambahan pula ia melibatkan anak-anak kecil.
Oleh itu, Pusat Racun Negara menasihatkan agar orang ramai untuk terus mengamalkan penjagaan kebersihan TANPA mengabaikan amalan keselamatan bahan kimia di sekeliling anda. Kami juga sama-sama mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia diberi perlindungan dan kesembuhan daripada ancaman Covid-19 ini segera.
Ada salah faham dalam kalangan ibu bapa antivaksin yang menyangka suntikan vitamin K yang diberi kepada bayi yang baru lahir adalah satu vaksin baru. Tanggapan ini salah sama sekali. Suntikan vitamin K diperkenalkan sejak 1961 bagi mengelakkan masalah pendarahan yang serius pada bayi. Ianya bukan vaksin.
#Apa fungsi vitamin K?
Vitamin K diperlukan oleh badan untuk fungsi pembekuan darah. Tanpa vitamin K, kecederaan yang kecil pada salur darah tidak dapat dihentikan seterusnya akan menyebabkan pendarahan serius. Walaupun seorang bayi itu dijaga dengan baik, risiko pendarahan di perut dan otak adalah tinggi jika vitamin K nya tidak mencukupi.
#Dari mana kita dapat vitamin K?
Vitamin K diperolehi dari diet terutamanya dari sayuran hijau dan juga dihasilkan oleh bakteria baik dalam usus. Susu ibu juga tidak mengandungi vitamin K yang mencukupi untuk keperluan bayi terutamanya bagi ibu yang sedia ada kurang vitamin K.
#Kenapa bayi memerlukan memerlukan suntikan vitamin K?
Bagi bayi yang baru lahir, kandungan vitamin K mereka rendah kerana:
1. Vitamin K tidak dipindahkan melalui placenta dengan baik
2. Kandungan vitamin K dalam susu ibu tidak mencukupi
3. Kurangnya kehadiran bakteria baik dalam perut bayi bagi penghasilan vitamin K
Namun ini tidak boleh dijadikan alasan untuk memberi bayi makan lebih awal dari usia 4-6 bulan kerana kesan sampingan memulakan pemakanan selain susu ibu terlalu awal adalah lebih serius.
#Apa akan terjadi kalau bayi tak dapat suntikan vitamin K?
Seperti dijelaskan, vitamin K penting untuk pembekuan darah. Pendarahan yang serius boleh berlaku pada usus dan otak. Malangnya kedua-dua pendarahan ini biasanya lambat dikesan kerana ianya tersembunyi. Kebiasaannya bayi sudah kritikal atau mempunyai kerosakan otak baru pendarahan itu disedari. Dan risiko ini berterusan hingga usia 4-6 bulan sehinggalah bayi boleh menghasilkan vitamin K mereka sendiri.
#Kenapa dos suntikan vitamin K bayi terlalu tinggi?
Tidak dinafikan suntikan vitamin K pada bayi adalah lebih tinggi dari keperluan harian orang dewasa. Namun perlu difahami, suntikan ini dilakukan ke dalam otot yang mana vitamin K tersebut akan membentuk depot dan diuraikan ke dalam salur darah secara perlahan-lahan. Dos yang tinggi diberi ke dalam otot tidak sama seperti dos yang diberi terus ke dalam salur darah. Malahan, dos yang tinggi ini diperlukan bagi mengawal pendarahan sampai usia bayi 4-6 bulan.
#Tak bahaya ke suntikan vitamin K ini?
Ramai ibu bapa khuatir suntikan ini menyebabkan kuning pada bayi. Namun, kajian menunjukkan pada dos 0.5-1.0mg diberi secara intramuscular (ke dalam otot), ia tidak meningkatkan risiko kuning sedia ada. Setakat ini, tiada kajian yang membuktikan risiko kesan sampingan serius berpunca dari suntikan vitamin K. Suka saya ingatkan, ini bukan suntikan baru, dah lebih 50 tahun diperkenalkan dari 1961.
#Dalam suntikan vitamin K ini ada sumber haram ke?
Tidak, berikut adalah kandungan suntikan vitamin K:
1. Vitamin K1 – didapati dari unsur tumbuhan
2. Polysorbate 80 – bagi melarutkan vitamin K itu, juga dari unsur tumbuhan
3. Propylene glycol – sebatian sintetik yang digunakan bagi mengawal kelembapan ubat, sudah lama diluluskan FDA sebagai sebatian selamat
4. Sodium acetate anhydrous – garam dan soda bikarbonat bagi mengawal pH ubat
5. Glacial acetic acid – cuka, juga untuk mengawal pH
Tiada unsur binatang khususnya khinzir dalam vitamin K. Bahan di dalamnya adalah bahan yang sama dalam kebanyakan ubat mahupun makanan/minuman diproses
#Boleh tak saya nak lewatkan suntikan ini, tengok kalau ada pendarahan baru suntik?
Tidak boleh. Suntikan vitamin K perlu diberi dalam 6 jam selepas kelahiran bagi mengurangkan risiko pendarahan pada bayi. Kalau ditunggu hingga pendarahan berlaku, suntikan vitamin K tidak lagi berkesan untuk memberhentikan pendarahan yang serius itu.
#Jadi, kalau saya tolak suntikan vitamin K, apa risikonya?
Risiko menolak suntikan yang selamat ini adalah pendarahan yang serius pada bayi anda hingga menyebabkan kematian.
Dan risiko ini adalah 81 kali ganda lebih tinggi berbanding bayi yang menerima suntikan!
Kesimpulan saya, jika anda antivaksin sekalipun, tolonglah benarkan suntikan vitamin K ini. Suntikan ini selamat, dan melindungi anak anda dari berdarah hingga mati. Jangan jadikan diri anda punca kematian kejam anak anda.
P/s – dengar cerita ada kes kematian bayi akibat ibu bapa menolak vitamin K baru-baru ini.
Gambar hiasan diedit dari ihsan Google
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.