Kematian yang menghidupkan. Tular baru-baru ini kisah sedih pemergian seorang ibu yang sedang sarat hamil anak ke-5.
Perjumpaan terakhir. Arwah datang ziarah rakan-rakan JKR Pahang. Selama jadi bos, arwah tak pernah marah-marah. Thank you kak Zura hadiahkan breast pump. Semoga ada pahala mengalir untuk kak Zura. InsyaAllah. Aaminn.
Ramai yang tidak pernah mengenali arwah sebelum ini atau sekadar menjadi sahabat di media sosial turut terkesan dengan pemergian arwah Aizura.
Entah apa amalan arwah sehinggakan pemergiannya disebut-sebut bahkan menjadi tular. Salah seorang kenalan di Facebook arwah berkongsi kebaikan dilakukan arwah sepanjang hidupnya menerusi maklumat diperolehi daripada adiknya yang merupakan rakan sekerja wanita itu.
Menurutnya arwah Aizura merupakan seorang yang selalu solat di awal waktu dan bila masuk waktu solat, dia akan segera mengerjakan kewajipan tersebut.
Selain daripada itu arwah juga tidak suka membuang masa bercakap perkara tidak berfaedah ketika sedang bekerja. Biasanya bila rakan-rakan sekerja berkumpul dan berbual, arwah hanya akan senyum dan diam sahaja.
Selain bab menjaga solat awal waktu, Aizura juga sangat menjaga soal auratnya sebagai muslimah. Arwah juga jenis yang memakai pakaian bersaiz besar dan menutup aurat.
Menurut perkongsian Siti Aminah lagi, arwah Aizura juga seorang yang pelembut dan baik dengan kawan-kawan serta anak-anaknya.
“Arwah juga penyayang dengan anak-anak, kadang arwah akan bawa anak-anak ke ofis kalau anak tak kesekolah. Sebab tu adik saya rapat dgn anak-anaknya. Pada hari kematian, dia sempat masak dulu untuk anaknya sebelum ke hospital.”
Menurut cerita Siti Aminah, arwah berpindah ke JKR CREaTE di Melaka kerana hendak tinggal berhampiran dengan suami dan dua lagi anak yang dijaga suaminya di Johor.
Sebelum ini arwah kerja di Kuantan. Betapa besarnya sabar seorang isteri yang PJJ dengan suami selama 10 tahun.
Sebenarnya ada banyak lagi tersimpan kebaikan arwah yang diketahui oleh kenalan rapatnya tetapi kini semuanya menjadi memori dan sejarah serta pengajaran buat yang masih hidup.
“Satu yang saya paling tersentuh ialah solat di awal waktu, kerana ada hadis yang sebut itulah amalan yang paling dicintai Allah.
Saya tidak kenal arwah, cuma sebagai sahabat di FB. Sengaja saya tulis supaya jadi peringatan buat diri saya dan sahabat2 pembaca, untuk terus beramal yang sebaik mungkin hingga akhir hayat,” demikian kongsi Siti Aminah dalam tulisan postingnya.
Sumber: Siti Fatimah Sulaiman dan Syaziella Norazaha