“Semoga Sihat Selalu” Baby Lahir 2 Minggu Awal, Intan Saleh Kongsi Nama Anak Ketiga!

Share

Selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 3 September lalu, selepas tujuh hari kelahiran, usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh tampil berkongsi nama buah hati ketiganya.

Menerusi Instagramnya, Intan turut memuat naik sekeping gambar bayinya namun tidak berkongsi wajah si comel kesayangannya dan suami.

Intan dan suaminya, Mohd Aizam Yahya, sepakat memilih nama Muhammad Ayyaz Muqri buat putera sulung mereka.

Paling menarik kata Intan, si comel Muhammad Ayyaz dijangka dilahirnya pada 18 September ini namun selamat melahirkan bayinya dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.

“Assalamualaikum. Putera ketiga bonda. Berat masa lahir 3kg, due date 18/9 tapi saya keluar awal 3/9 secara normal delivery.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, diberi kekuatan lagi untuk bonda,” tulisnya berkongsi.

Memilih nama indah Muhammad Ayyaz, Intan dan suami juga mendoakan agar perjalanan anak kecil mereka dipermudahkan malah sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan.

“Semoga sihat selalu MUHAMMAD AYYAZ MUQRI BIN MUHAMMAD AIZAM 💚. Bonda daddy and abang Muqri’s love you,” tulisnya berkongsi nama pilihan mereka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Intan di Instagram turut memuji pilihan nama indah malah turut mendoakan agar perjalanan anak ketiga ibu kental ini dipermudahkan.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Aizam Yahya, pada Disember 2021. Pasangan ini selamat menyambut cahaya mata pertama mereka pada 3 September lalu.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM