Bersalin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang sangat mencabar bagi ibu-ibu. Pelbagai SOP yang perlu dipatuhi bagi membendung wabak Covid-19.

Malah suami juga tidak dibenarkan berada di dalam wad bersalin ketika ini. Tiada peneman yang dibenarkan ketika isteri bersalin jadi ibu-ibu yang bakal bersalin harus kuat mental dan fizikal untuk bersalin dalam tempoh PKP. Sama seperti ibu lain, Puan Shuhada berkongsi pengalaman bersalin dalam tempoh PKP.

“Sempat Bantu Ibu Lain, Tukarkan Lampin Bayi-Bayi Di Wad Sementara Tunggu Bersalin” Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Tempoh PKP

Pengalaman pertama kali bersalin dalam tempoh PKP, memang agak mencabar kerana suami tiada disisi. Tapi layanan yang diberikan di hospital Shah Alam semuanya tip-top, walaupun nurse agak sibuk, suami pula tiada disisi untuk membantu tapi kita yang masih belum bersalin boleh tolong menolong membantu ibu yang dah bersalin apa yang patut. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka yang sudah bersalin (jika kita masih ada kudrat)

19/1/2021

12.15am

Shu mula pergi bahagian kecemasan sebab pecah ketuban (34w3d). Doktor cek laluan dah 2cm kena tunggu dekat bahagian dewan bersalin untuk doktor monitor dan cucuk ubat dexa (matangkan paru-paru baby)

5.00pm

Katil di wad o&g hospital Shah Alam sentiasa penuh, shu kena tahan wad sebab possibility untuk bersalin pramatang tinggi. Walaupun dah pecah ketuban dan ada bukaan tapi tiada kontraksi, kena tahan wad sebab doktor nak monitor jantung baby dan sebagainya.

Saling Membantu Dalam Wad

Sementara nak tunggu bersalin, shu sempat bantu ibu-ibu di wad. Ada yang bersalin czer jadi tak mampu nak bangun uruskan diri dan bayi, suami pula tak dibenarkan masuk atas faktor keselamatan untuk elak sebarang jangkitan Covid-19 dalam wad. 

Dalam wad ketika tempoh PKP ni memang kena saling membantu. Pengalaman shu ketika dekat wad, ada salah seorang mommy katil berhampiran dengan shu dia terpaksa buat emergency czer.

IKLAN

“Sempat Bantu Ibu Lain, Tukarkan Lampin Bayi-Bayi Di Wad Sementara Tunggu Bersalin” Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Tempoh PKP

Bila dia naik ke wad, tak sampai sejam nurse datang hantar baby, ibu tu masih kurang bertenaga nak uruskan baby, jadi masa tu shu pun belum sakit nak bersalin lagi jadi shu tolong tukarkan pampers anak dia, urut letak minyak panas dekat kaki dia, tolong ambilkan air (benda yang selalu suami tolong tapi kan suami tak ada 😅)

Dalam tu jugak nampak sorang mommy ni gugur bayi usia kandungan 6bulan depan mata, Tak sempat nak ke LR dah bayi keluar dan gugur dekat wad. Yang ni sebak sikit bila dia tu dah naik semula wad, hanya mampu bagi kata-kata semangat je.

23/1/2021

Perancangan untuk induce genap 36minggu tapi ditakdirkan genap 35minggu

“Sempat Bantu Ibu Lain, Tukarkan Lampin Bayi-Bayi Di Wad Sementara Tunggu Bersalin” Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Tempoh PKP

Alhamdulillah bayi yang kami beri nama Nur Qaleesya Damia seberat 2.19kg selamat dilahirkan secara normal jam 11.45am.

IKLAN

Proses bersalin dipermudahkan. Walaupun husband tak ada masa dekat dalam LR dan di wad, alhamdulillah dapat layanan yang baik dari semua staf hospital yang baik-baik dan sentiasa beri kata semangat semasa bersalin.

Sebak sikit sebab tak dengar dan tengok suami azan/iqamat baby. Suami hanya dihubungi sebelum nak masuk LR. Hospital akan call dan minta suami tunggu di luar LR untuk azan/iqamat dan ambil uri je (tempoh dalam 10-15min)

“Sempat Bantu Ibu Lain, Tukarkan Lampin Bayi-Bayi Di Wad Sementara Tunggu Bersalin” Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Tempoh PKP

Ibu tiada komplikasi, dapat discharged. Baby kena tahan nicu untuk habiskan dos antibiotik dan monitor oksigen (kesan pecah ketuban dah lama doktor risau terkena jangkitan kuman).

Sepanjang baby di nicu, ibu boleh datang melawat untuk hantar susu dan keperluan bayi sahaja (pampers & wet tissue). Di musim pkp, bahagian nicu akan hubungi sekiranya baby dah boleh discharge. Nanti nak balik tu bawa 1set baju dan selimut baby.

“Sempat Bantu Ibu Lain, Tukarkan Lampin Bayi-Bayi Di Wad Sementara Tunggu Bersalin” Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Tempoh PKP

Tip Yang Bakal Bersalin Dalam Tempoh PKP

IKLAN

▶️ Persiapan mental dan fizikal

– Nurse sentiasa sibuk, sebelum dan selepas bersalin, nak tukar baju bersih kena ambil sendiri. Boleh minta bantuan mommy lain yang belum bersalin or masih kuat untuk berjalan.

– Kuatkan semangat semasa di dewan bersalin. Sebab kita akan sorang-sorang dan Amalkan doa Nabi Yunus masa tengah layan contraction.

– Masa nak turun ke labor room tu, hanya bawa pampers, baju, selimut baby je.

▶️ Selepas bersalin, ibu & anak yang tak ada komplikasi, baby akan di hantar ke wad selepas beberapa jam kita bersalin. Jadi boleh sediakan barag baby seperti pampers, wet tissue, minyak telon, baju sepanjang berada di wad dan discharge. Ibu bersalin normal selalu kena tahan wad sehari, czer 2hari bergantung pada keadaan luka dan condition ibu.

▶️ Hanya makanan kering sahaja dibenarkan untuk di bawa ke wad. Shu bawa roti, biskut, kurma, air kotak milo. Nasi putih lauk pauk yang di masak dari rumah tidak dibenarkan. Suami hanya serahkan barang pada guard di tingkat bawah. Suami hanya boleh naik ke wad untuk urusan discharge sahaja.

Tapi pasal makan tak perlu risau akan dapat 4x sehari. Alhamdulillah sedap je semua hehe

▶️ mommy akan diberi baju hospital sepanjang berada di wad. Bawa 1set je baju mommy utk discharge nanti. Barang tambahan, towel, barang mandi, sweater, stokin, minyak panas, mug, telekung.

Kredit: Shuhada Yaried

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI