Baju bayi baru dibeli untuk anak sulung bakal dilahirkan, menjadi hadiah terakhir ditinggalkan Wan Ahmad Adam Murshidy Wan Rosli, 24, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 42 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi (Aring), Kuala Berang, Terengganu.
Isteri Wan Ahmad Adam Murshidy, Nur Ismalinda Muzafar, 25, berkata baju dibeli beberapa jam sebelum kejadian itu adalah untuk anak mereka yang dijangka dilahirkan pada 16 September depan.
“Tengah hari semalam, saya keluar bersama suami. Ketika berada di sebuah kedai, suami nampak baju cantik dan mahu membelinya untuk anak kami yang dijangkakan lahir pada 16 September depan.
“Memang tidak mengesyaki apa-apa apabila suami memberitahu ingin membeli baju itu, rupa-rupanya ia adalah hadiah terakhir daripada arwah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Hulu Terengganu, hari ini.
Sebelum pergi sempat gosok kepala dan perut
Ads
Menceritakan lanjut, Nur Ismalinda berkata, Allahyarham bersama abang beliau, Noriskandar Muzafar, 33, dan tiga lagi rakan bertolak ke Perak kira-kira jam 4 petang semalam atas urusan kerja.
“Saya sempat salam dan suami menggosok kepala serta perut saya tetapi perkara itu biasa. Ketika itu, arwah kelihatan ceria.
“Arwah suami dan abang memang rapat, cuma mereka nampak lebih akrab dalam tempoh seminggu ini serta selalu bersama,” katanya.
Ads
Whatsapp tanya suami, tiada jawapan
Nur Ismalinda berkata, beliau menerima mesej terakhir daripada suami pada jam 4.30 petang yang mengingatkannya untuk memberi kucing makan.
“Saya ada mesej suami melalui WhatsApp pada jam 7.30 malam, namun tiada jawapan dan tidak mengesyaki apa-apa.
Ads
“Saya hanya tahu mengenai kemalangan itu selepas dihubungi polis kira-kira jam 11 malam,” katanya yang tinggal di Kuala Nerus.
Selain Wan Ahmad Adam Murshidy, nahas itu turut meragut nyawa Noriskandar dan dua lagi mangsa.
Bila tiba hari raya, Kanak-kanak lah insan yang paling gembira meraikanya kerana mereka tahu mereka bakal mendapat duit raya. Tak kisahlah sikit atau banyak mereka tetap ternanti-nantikan duit raya dari orang dewasa.
Kebiasaanya duit raya anak-anak dipegang oleh ibu ayah dan disimpan di dalam bank untuk masa depan mereka. Ada juga ibu ayah yang terpaksa meminjam duit raya anak-anak untuk kelangsungan hidup dan barang keperluan anak-anak.
Sama seperti ibu ini yang menggunakan duit raya anak untuk membeli susu serta lampin pakai buang. Kisahnya dikongsi dalam video berdurasi pendek di laman TikTok nya sendiri.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi ramai, ada warga maya yang bersetuju malah ada yang tidak bersetuju ibu ini menggunakan wang raya anak kerana nafkah anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa.
Kami berpendapat bahawa pendapat jumhur (majoriti) ulama’, iaitu ayah tidak boleh mengambil harta anaknya dengan sewenang-wenangnya dan hanya dibenarkan jika dalam keadaan yang memerlukannya sahaja adalah lebih tepat dari segi penghujahan dan objektif syara’. Hukum ini juga terpakai untuk ibu kepada anak tersebut. Mengenai hadith (أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ), para ulama’ menjawabnya dengan dua jawapan:
Huruf lam pada perkataaan (لأَبِيكَ) bukan bermakna pemilikan penuh, tetapi ia membawa makna keharusan mengggunakannya.
Ibn al-Qayyim al-Jauziah Rahimahullah telah berkata: “Huruf lam pada hadith (أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ) bukan bermakna pemilikan mutlak, sesiapa yang mengatakan bahawa ia membawa maksud keharusan menggunakannya, maka ia lebih menepati makna hadith. Jika tidak, maka hilanglah faedah dan makna hadith tersebut” Lihat I’lam al-Muwaqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin (1/116)
Seorang anak apabila meninggal dunia, hartanya akan diwarisi oleh isteri, ibu, anak-anaknya serta ahli keluarga lain. Bukan hanya ayahnya sahaja yang mewarisi harta tersebut. Jika harta seorang anak dimiliki sepenuhnya oleh seorang ayah, maka waris lain tidak memiliki hak untuk mewarisi hartanya.
Imam asy-Syafie Rahimahullah telah berkata:
“Sesungguhnya ketika mana Allah mewajibkan bagi seorang ayah mewarisi harta anaknya, Dia menjadikan ayah tersebut seperti waris-waris yang lain, iaitu berkemungkinan seorang ayah memperoleh bahagian yang lebih sedikit berbanding waris-waris yang lain. Ini menjadi bukti bahawa seorang anak memiliki sepenuhnya hak ke atas hartanya, bukan orang lain” Lihat ar-Risalah (hlm. 468)
Kesimpulannya, ibu bapa tidak boleh menggunakan duit anak-anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja. Jika ibu bapa sudah menggunakan harta anak-anak dalam perkara yang tidak menjadi keperluan, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali.
Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi dijumpai tidur dalam keadaan tertiarap di toto dengan bibir kebiru-biruan di dalam bilik rumah di Taman Nusa Bayu, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Ibu mangsa yang berusia 33 tahun yang juga pemandu pelancong syarikat swasta terbabit terkejut mendapati bayinya sudah tidak sedarkan diri.
Sejurus selepas itu, wanita berkenaan mengejutkan suaminya yang tidur di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu dan memberitahu anak lelaki mereka tidak sedarkan diri, walaupun selepas berulang kali dikejutkan.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketika kejadian, wanita itu beberapa kali cuba mengejutkan bayinya, namun tiada tindak balas.
“Mereka kemudiannya membawa anak tunggal mereka ke Klinik Kesihatan Gelang Patah untuk pemeriksaan lanjut.
Tiada Unsur Jenayah
“Pegawai Perubatan bertugas melakukan pemeriksaan dan mendapati bayi berkenaan sudah meninggal dunia, namun siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat ke atas bayi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dzulkhairi berkata, bayi berkenaan tiada sebarang penyakit, tidak mendapatkan apa-apa rawatan khas sebelum ini dan dalam keadaan sihat.
Meninggal Akibat Kematian Mengejut
Katanya, siasatan mendapati bayi berkenaan meninggal dunia akibat kematian mengejut, namun kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Kanak-kanak 2001.
“Bapa mangsa yang juga pemandu van ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya
Genap seminggu pelakon popular, Elfira Loy melahirkan cahaya mata keduanya itu. Elfira Loy atau mesra di sapa EL menerusi hantaranya di laman instagram beberapa minit yang lepas akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata keduanya.
“BismillahiMashaAllah”
“On May 20th , we were blessed with the arrival of our baby princess”
Dalam masa yang sama, EL turut mengumumkan nama puteri keduanya disusului dengan beberapa keping gambar EL serta suami, Faris Khairol Anuar bersama puteri tersayang.
“Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris”
Nama Nur Aria Mikayla binti Muhamad Faris menjadi pilihan pasangan ini. Namanya seindah wajahnya.
Pelakon cantik ini juga sempat menitipkan doa buat puteri tersayang agar menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam rahmat-NYA.
“Doa adalah penguat setiap harapan. Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan , kasih sayang yang tidak henti , tidak putus rezeki didunia & diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti”
Elfira, atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, selamat melahirkan cahaya mata perempuan sekitar 6.27 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 20 May lalu.
Dalam ruangan komen, rakan-rakan selebriti serta warga maya teruja melihat kecomelan baby Aria Mikayla.
Elfira mendirikan rumah tangga bersama suami tersayang pada 1 Januari 2019 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf, pada Oktober 2019 serta seorang bayi perempuan Aria Mikayla, 20 May 2022.
Kredit: Elfira Loy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!