“Sempat Dengar Tangisan, Sebelum Bungkus Dengan Baju”. Pelajar Kolej, Teman Lelaki Di Tahan

Share

Bayi tidak berdosa pun tapi disebabkan terlalu takut, tindakan pelajar kolej yang juga ibu kepada bayi yang dibuang dari tingkat 13 di sebuah apartmen di Bandar Baru Farlim, Air Itam, Georgetown itu akhirnya berjaya diselesaikan.

Susulan kes pembuangan bayi itu, difahamkan ahli keluarga langsung tidak mengetahui kehamilan tersebut sehinggalah pada hari kejadian.

Teman lelaki ditahan

Difahamkan teman lelakinya yang juga penganggur dan mempunyai satu rekod jenayah lampau ditahan di sebuah rumah di Jalan Penawar jam 12 tengah hari semalam. (10 Julai)

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi perempuan itu di parkir tingkat empat bangunan pada jam 8.25 pagi daripada penduduk.

Sakit perut ingatkan nak buang air besar

Siasatan awal, ibu bayi itu mengaku dia terjaga dari tidur jam 6 pagi kerana sakit perut. Selepas 30 minit, dia ke tandas untuk membuang air besar.

Bayi terjatuh dalam mangkuk tandas, sempat dengar tangisan

Dia mendakwa ketika itu bayi terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan sempat mendengar tangisan kecil.

“Dia kemudian membungkus bayi itu dengan baju T yang dipakainya dan mencampakkan bayi itu melalui tingkap,” katanya.

Bayi itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Ahli keluarga tak sedar kejadian berlaku

Difahamkan beberapa ahli keluarga suspek berada di rumah ketika kejadian namun tidak menyedari apa yang berlaku.

Soffian berkata, pelajar kolej dan teman lelakinya itu di bawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Sementara itu, penduduk, Ahmad Nizam Bakar, 46, dia mengetahui kejadian itu pada 8.18 pagi menerusi kumpulan WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN [Sanggup Ibu Campak Dari Tingkat 13. Bayi Maut Parah Di Kepala]

Dia yang juga setiausaha persatuan penduduk bergegas turun ke tingkat empat dan mendapati mayat bayi itu dalam keadaan tersembam.

“Saya segera memanggil pengawal keselamatan untuk membawa kotak bagi menutup mayat manakala penduduk lain menghubungi polis,” katanya.

Menurutnya, dia mengenali keluarga suspek dan mereka kelihatan baik.

Sumber: Metro

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Wan Amy