Perginya dalam keadaan menantikan zuriat pertama, namun takdir Allah semua itu tak kesampaian apabila ibu dijemput ilahi terlebih dahulu akibat wabak Covid-19. Lagi tersentuh, pemergian arwah yang juga seorang jururawat ibarat satu kehilangan besar pada negara ketika ini.
Pemergian arwah Norfaizah Mohamed Nor, 34, benar-benar terkesan apatah lagi arwah pergi selepas terpaksa melahirkan bayi yang baru berusia 26 minggu dan ini juga anak pertama yang dinantikan sejak 10 tahun.
Tak sempat tengok bayi
Menerusi Harian Metro, Norfaizah Mohamed Nor, telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.02 pagi selepas melahirkan anak berusia 26 minggu secara pembedahan.
Berjangkit dari pesakit
Ads
Difahamkan, Norfaizah telah disahkan positif Covid-19 peringkat kelima selepas mendapat jangkitan daripada pesakitnya.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan jururawat itu meninggal dunia akibat Covid-19. Beliau berkata, Allahyarham adalah jururawat di Hospital Gua Musang, Kelantan dan seorang petugas yang berdedikasi.
“Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang,” katanya.
Ads
Setakat ini, bayi jururawat wanita itu telah ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk rawatan lanjut memandangkan lahir dalam kondisi pramatang.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Sekarang setiap pagi sebelum ke tempat kerja, pusara arwah isteri tempat saya dan anak-anak melepaskan rindu. Inilah tempat persinggahan sejak isteri meninggalkan kami sekeluarga,”Itu luahan bapa kepada dua anak, Ahmad Mu’arif Ahmad Khairuddin, 30, yang masih sukar menerima hakikat isterinya sudah meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19.
Meninggal selepas 2 minggu lahirkan anak
Menerusi laporan BH, Ahmad Mu’arif yang kini terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada dua anak mereka yang masih kecil berkata isterinya, Fitryayumi Jamaris, 29, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Selayang pada 23 Ogos lalu, dua minggu selepas melahirkan anak kedua mereka.
“Arwah isteri saya dijangkiti COVID-19 ketika usia kandungan hampir mencecah lapan bulan, saya sendiri tidak pasti dari mana dia dapat virus itu.
“Kami bekerja di tempat yang sama iaitu sebuah pusat membeli belah. Bagaimanapun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan premis itu ditutup, kami tidak dapat bekerja dan banyak duduk di rumah.
“Isteri saya kemudiannya dimasukkan ke Hospital Selayang dan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada 8 Ogos lalu,” katanya yang memberitahu, selepas itu arwah ditidurkan kerana kadar oksigen menurun, bahkan tidak sempat melihat dan menyentuh bayi dilahirkannya.
“Minggu pertama ditidurkan, keadaan isteri saya nampak semakin baik dengan kadar oksigen stabil. Namun, pada minggu kedua, oksigen mula menurun dan terus merosot sehinggalah dia dijemput Ilahi pada pagi, 23 Ogos lalu,” katanya.
Anak sulung kerap bertanya, tidur pegang gambar ibu
Selepas isteri tiada, terasa dunia saya gelap dan tidak tahu bagaimana nak teruskan hidup. Apa yang saya boleh lakukan sekarang, setiap hari singgah ke pusaranya, bacakan doa dan turut bercerita kepadanya hari-hari yang saya lalui tanpanya bersama anak-anak.
“Itulah kekuatan saya, bila mengunjungi pusara arwah isteri. Tidak kira hujan ribut pun saya redah, ada ketika saya bawa anak sulung yang berumur tiga tahun kerana dia masih setiap hari kerap bertanya mengenai ibunya, bahkan tidur pun memegang gambar arwah,” katanya.
Kisah pemergian Fitryayumi turut dikongsikan di laman web ‘Memorial COVID-19 Malaysia’ yang dibangunkan bagi mengenang dan menghormati individu yang terkorban akibat pandemik itu di negara ini.
Ibu tolong jaga anak-anak buat sementara waktu
Ahmad Mu’arif berkata, kehidupannya turut berubah sepenuhnya kerana perlu memberi perhatian kepada dua anak iaitu Ahmad Qhutbie Zayyan, 3 dan Ahmad Qhutbie Zaffran, yang baru berusia sebulan.
“Buat masa ini, anak-anak dijaga oleh ibu saya yang bekerja di sekolah sebagai pekerja pembersihan, memandangkan sekolah ditutup, jadi dia menjaga sementara.
“Saya mungkin terpaksa berhenti kerja dan mencari pekerjaan lebih fleksibel selepas ini apabila ibu sudah mula bekerja semula kerana perlu menjaga anak-anak,” katanya yang bekerja sebagai jurujual pakaian.
Harap dipermudahkan urusan membesarkan anak
Ahmad Mu’arif berkata, pendapatannya yang sedia terjejas kerana pandemik COVID-19 semakin membebankan selepas isterinya meninggal dunia.
“Dulu boleh berkongsi dengan isteri untuk bayar rumah sewa dan uruskan keperluan anak, tetapi semuanya kini terletak di bahu saya seorang.
“Bayangkan, untuk uruskan jenazah isteri pun saya hanya ada RM500 wang simpanan dan mujur duit itu cukup untuk mengupah khidmat pengurusan jenazah swasta,” katanya.
Beliau turut berharap pihak berkuasa memudahkan pengurusan COVID-19 khususnya bagi membuat tuntutan dan bantuan seperti zakat.
“Saya harap kerajaan pertimbangkan peruntukan untuk anak-anak kepada mangsa COVID-19, mudahkan juga urusan bantuan zakat kerana contohnya sekarang, saya tidak boleh memohon (zakat) kerana perlu menunggu sekurang-kurangnya sebulan lagi untuk dokumen lengkap perubatan dikeluarkan pihak hospital,” katanya.
Mu’arif turut berharap golongan bapa tunggal turut dibantu, dengan bantuan sewajarnya diberikan untuk kebajikan anak-anak yang masih kecil terutama berkaitan penjagaan dan asuhan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemelut rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya bernokhtah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.
Rumah tangga pasangan berkenaan mengalami masalah apabila satu persatu kecurangan Aliff didedahkan.
Belum reda kisah Aliff curang bersama seorang gadis dikenali sebagai Nismel, tular pula di Internet gambar penyanyi Singapura itu bercium dengan seorang wanita lain pula, hari ini.
Gambar terbabit memaparkan Aliff dan wanita yang juga model itu memakai baju sedondon berwarna merah dalam aksi cukup mesra yang dipercayai diambil di sebuah pusat hiburan.
Bagaimanapun, wanita terbabit yang dikenali sebagai Meri Meifina tampil menerusi siaran langsung di Facebook hari ini dan mendakwa ia adalah gambar lama.
Menerusi FB Live Hmetro, Aliff dilihat bercakap panjang lebar dengan bekas isterinya, Bella Astillah sebelum ditemubual oleh rakan media.
Kedua-dua mengakui ada kesilapan dalam diri masing-masing dan cuba untuk memperbaiki diri kearah yang lebih baik.
“Bagi Aliff, ini teguran keras dari Allah buat Aliff dan Aliff akui masih sayangkan Bella. Beri Aliff ruang untuk muhasabah diri dan perbaiki diri”
Bella diajukan soalan adakah masih sayang pada Aliff dan jika Aliff memujuk adakah dia akan kembali rujuk, jawapan bella “Masih sayang sebab sudah lama hidup bersama dan dah ada anak, tapi untuk masa depan kita tak tahu, hati boleh berbolak balik, Bella tak boleh fikir sekarang”
Selepas selesai sesi temuramah bersama wartawan, Aliff yang sedang mendukung Ayden datang menyerahkan Ayden kepada Bella.
Yang menyanyat hati, Ayden 2 tahun sempat memberikan lambaian sayu seolah mengerti apa yang berlaku dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Aliff Aziz.
Rata-rata netizen sebak melihat anak Aliff Aziz yang kelihatan sedih. Apa yang menjadi perhatian netizen, Bella tetap tenang menjawab soalan-soalan wartawan dan tetap tidak memburukan Aliff mahupun keluarga mentuanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran cahaya mata antara momen yang dinantikan bagi pasangan yang telah berkahwin. Ibaratnya anak adalah penyeri dalam kehidupan berumahtangga, namun tidak semua pasangan dikurniakan rezeki dalam tempoh cepat.
Sedang mereka berusaha mendapatkan zuriat setelah berkahwin beberapa tahun, ada sesetengah manusia tidak bersyukur dengan pemberian yang diberi.
Terbaru, kes pembuangan bayi berlaku di Jalan Langkasuka dipercayai di kawasan Larkin. Bayi malang tersebut diletakkan di dalam beg tangan wanita dan ditinggalkan di bawah sepohon pokok.
Comelnya awak, wahai anak…
Kejadian tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Ahmad Fauzi. Posting tersebut menerima 21 ribu perkongsian di Facebook.
Menurut Ahmad Fauzi, dia adalah individu yang menjumpai bayi berkenaan. Apabila menjumpai beg berisi seorang bayi, Fauzi mengakui dirinya amat cemas dan mengigil keseluruhan badan kerana tidak menyangka akan berhadapan dengan perkara tersebut.
Menggigil satu badan jumpa baby bwah pokok…area larkin..jalan langkasuka..awak tak payah lh cari ibu n bapak awak nnt bila dh besar…
Kesiannya, habis merah badan digigit serangga!
Bawah pokok, jumpa bayi ini…
Kesian dia, mesti haus dan sejuk ditinggalkan di bawah pokok
Ahmad Fauzi juga turut berkongsikan video dirinya memberi bayi ini susu setelah diselamatkan olehnya. Kelihatan bayi tersebut begitu bersungguh-sungguh menyusu, berkemungkinan amat kelaparan.
Keadaan bayi ini juga dilihat sangat lemah dan badannya dipenuhi dengan gigitan serangga di muka.
Sedihnya, tak dapat bayangkan keadaan bayi ini masa ditinggalkan
Rata-rata netizen meluahkan perasaan kasihan dan simpati terhadap nasib bayi berkenaan. Mereka turut menyelar tindakan individu yang membuang bayi berkenaan.
Setelah melihat video dan foto bayi ini, ada individu yang menawarkan diri untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...