Tahniah diucapkan buat penyanyi, Kaka Azraf yang selamat menimang cahaya mata ketiganya pagi tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Selangor.
Menerusi Insta Storynya, Kaka yang menyambut kelahiran seorang lagi bayi lelaki meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga di atas kurniaan itu.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah,” tulisnya di Insta Story.
Malah akui Kaka lagi, proses kelahiran bayi lelaki seberat 2.75kg itu berjalan dalam keadaan lancar dan kini dia dan bayi dalam keadaan baik dan sihat.
“Alhamdulillah subuh tadi (Isnin) saya selamat melahirkan anak ketiga secara normal pada pukul 6.03 pagi.
“Syukur semuanya selamat, bayi dan saya juga berada dalam keadaan sihat cuma saya berasa sedikit letih selepas melahirkan.
Ads
Sempat makan durian
Berkongsi kisah kelahirannya kali ini, akui Kaka lagi, tiga hari sebelum kelahiran dia sudah mengalami kontraksi namun masih lagi melakukan aktiviti seperti biasa dan bertahan.
Namun ibu kepada tiga orang cahaya mata lelaki itu akhirnya menyerah diri di hospital selepas tidak tahan sakit kontrasi semalam.
“Sebenarnya saya sudah merasa sakit kontrasi ini selama tiga hari tetapi saya layankan saja. Saya sempat pergi makan durian lagi.
Ads
“Tapi pada pukul 12 tengah malam tadi saya terus ke hospital kerana dah tak tahan sakit lagi.
“Saya rasa bersyukur sangat, macam tak sangka. Sejak arwah meninggal masa umur 10 tahun, saya tak banyak dikelilingi lelaki sewaktu membesar. Jadi bila dah kahwin dan dapat pulak tiga anak lelaki, saya rasa ini anugerah Allah untuk saya.
“Insyallah merekalah yang akan menjaga saya tapi buat masa ini, mereka adalah amanah untuk saya jaga dan besarkan untuk menjadi lelaki yang soleh dan berguna kepada masyarakat,” luahnya.
Terdahulu, Kaka dan suaminya, Adam Adzriff dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Aslan, 4 dan Aryan yang kini berusia setahun.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Salima Habibi berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 24kg dengan mengamalkan pemakanan sihat walau pun sedang menyusukan.
Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat ini adalah ibu kepada dua cahaya mata iaitu Syed Rayyan 4 tahun & Syarifah Nur Asmaa’ Aljoofre, 5 bulan.
Dalam ruangan Insta Story, Salima berkongsi beberapa tip yang dilakukannya. Katanya berkata pemakanan sihat yang dilakukannya dilakukan tanpa sebarang produk dan menurut saranan doktor. Perkongsiannya diharapkan dapat membantu ibu-ibu lain.
BMI SEBELUM BERSALIN IALAH 39-40, KINI 28-29 DALAM MASA 5 BULAN
Salima mengakui dia mengalami obesiti dengan Body Mass Index (BMI) 39-40 sebelum hamil. Walau pun BMI nya kini masih pada paras 28-29 dan belum mencapai bacaan yang disarankan.
ALAMI GASTRIK TERUK SELEPAS BERSALIN
Salima juga memberitahu selepas bersalin, dia mengalami gastrik teruk ekoran daripada proses kelahiran, rengat dan sebagainya. Apabila badan stres, gastrik tercetus dan dia mengalami muntah-muntah hinggakan air kosong pun akan dimuntahkan. Ini mencetuskan pula praeklampsia iaitu tekanan darahnya naik sangat tinggi. Ini menyebabkan pelan asal untuk mengambil perawat pantang terpaksa dibatalkan.
PENGHASILAN SUSU TETAP BANYAK
Mengikuti doktor di Facebook atas saranan suami, Salima mengaplikasikan tip dan panduan daripada doktor berkenaan dalam pemakanannya. Salima juga memberitahu yang dia mengamalkan pemakanan seimbang suku suku separuh semasa berpantang.
Saranan doktor supaya ibu selepas bersalin perlu minum air mencukupi juga diaplikasikan. Salima juga mengambil sajian yang disediakan ibunya tapi dalam kuantiti yang dicadangkan iaitu sesuku pinggan nasi, sesuku pinggan lauk dan setengah pinggan sayur dan buah. Katanya pengawasan saiz hidangan sangat mustahak. Kata Salima, walau pun pemakanan suku-suku separuh dilakukan, susu yang dihasilkan untuk bayinya tetap banyak.
TIP PEMAKANAN SALIMA
Makan dengan kuantiti seimbang suku suku separuh.
Makan nasi sekali sehari. Setiap kali makan mesti ada sayur.
Makan malam ambil salad dengan ayam yang dipanggang.
Kurangkan gula terutamanya dalam minuman. Salima terus berhenti ambil gula untuk mengelakkan sugar craving. Salima minum kopi tanpa gula.
CATRIONA ROSS JADI INSPIRASI
Penurunan berat badan Salima juga turut dikongsikan Catriona Ross yang memuji pencapaian Salima dalam mendapatkan berat badan yang sihat.
The best message i received today !! .
Certainly made me teary eyed. Bergenang air mata i bila sahabat @salimahabibi sent this to show support gara-gara post i semalam about “nasty netizens with nasty messages” dok kalut nak komen about itu ini. Adat susila nak berkata-kata pun lupa letak mana … ???
.
Salima was very heavy dulu and sebaknya i, Allah aje yang tahu when she said ” You were my inspiration. Ingat tak dulu masa kita jumpa lepas tu Sal tanya macam mana Kak Cat buat ? ” Now Sal is 24KG LIGHTER !!!!
.
The best, bestest message ever … To know ada sedikit manfaat yang i sampaikan, ada sekelumit yang menginspirasikan. Thank you Sal for making my day, my week and my whole February beautiful ❤❤❤❤
.
Salima dulu was a contestant on Akademi Fantasia Season 4. Now she is happily married and is now seorang Guru Quran. Taranum dia maha dasyat ye. Sesiapa yang berminat nak belajar boleh contact @salimahabibi ye ?
Bayi ini dilahirkan tiga kali lebih kecil daripada kakak kembarnya sekaligus menunjukkan dia mampu bertahan walaupun doktor pernah memberitahu kemungkinan bayi ini akan mati di dalam kandungan.
Reagan (adik), yang kini berusia enam bulan, dilahirkan 11 minggu lebih awal dan beratnya hanya 453gram, dan lebih kecil dari kembarnya Mila (kakak) yang beratnya mencecah 907gram.
(Follower Pa&Ma dapatkan Nunha Moon Pillow dengan harga promo PA&MA menggunakan promo kod – PNMGSP5 di GO SHOP)
Audrieanna Lambert, ibu kepada kembar ini berkata ia adalah satu keajaiban apabila Reagan (adik) masih hidup selepas mendapat keputusan bahawa dia tidak akan bertahan dalam kandungan.
Doktor di hospital West Penn, Pittsburgh, Amerika Syarikat bimbang ketika usia kandungan 20 minggu kerana mereka melihat Reagan(adik) telah berhenti membesar dalam kandungan. Selepas pembedahan Czer dilakukan pada Disember 2021, kedua-dua kembar dibawa ke unit rawatan rapi (NICU) di mana Mila(kakak) menghabiskan 45 hari sebelum dia cukup kuat untuk pulang ke rumah.
Tetapi Reagan(adik) terlalu kecil, terpaksa menunggu 118 hari sebelum dia boleh bersama kakaknya di rumah di Washington, Pennsylvania. Kini kedua-dua kembar itu membesar dengan baik tetapi masih berbeza saiz, dengan Mila(kakak) kini mempunyai berat 5.4kg dan Reagan 3.17kg.
Pakar yang merawat bayi tersebut berkata, “Apabila saya melihat mereka buat kali pertama, Reagan(adik) adalah jauh lebih kecil daripada yang saya bayangkan. Perbezaan antara mereka sangat ketara. Saiz Mila(kakak) hampir tiga kali ganda. Mereka tidak kelihatan seperti kembar! Saya tahu Reagan(adik) akan menjadi kecil tetapi dia sangat kecil. Tetapi kedua-duanya adalah keajaiban dan mereka berjaya laluinya. Kini mereka luar biasa.”
Audrieanna dan suami Chase, 29, sangat gembira apabila mengetahui dia hamil pada Jun 2021 selepas membuat rawatan IVF selepas bertahun-tahun mencuba. Pada minggu ke-6 kehamilan, mereka di beritahu bahawa bayi B (Reagan) berukuran kecil dan ada kemungkinan mereka akan kehilangannya pada awal kehamilan.
“Kami diberitahu kantung kehamilan berukuran kecil dan berkemungkinan besar akan keguguran. Pada minggu ke-15 kehamilan, Regan dapat survive. Semuanya kelihatan baik dan kami sangat teruja untuk mempunyai dua anak perempuan.”
Pada usia kandungan 24 minggu, pasangan itu menerima berita yang mendukacitakan bahawa Reagan(adik) kini 50% lebih kecil dan mengalami masalah dengan pengaliran tali pusatnya (pemindahan nutrien daripada darah ibu merentasi plasenta kepada janin melalui tali pusat.)
“Doktor kata, mungkin dalam dua minggu lagi Regan(adik) tak dapat di selamatkan kerana dari segi perubatan memang tidak berjaya untuk selamatkan bayi ini. Hati saya hancur.”
(Follower Pa&Ma Nak Menang Buku Ini Boleh Klik Video di atas & Komen. Good Luck!)
Tetapi dua minggu kemudian pada imbasan 26 minggu, doktor mendapati bahawa jantung Reagan(adik) masih berdegup.
“Mereka benar-benar terkejut bahawa dia masih bertahan. Saya berazam akan melakukan segala yang saya mampu untuk dia berjaya hidup.”
Audrieanna dimasukkan ke Hospital West Penn pada 27 minggu untuk dipantau. Dia berjaya mencapai 29 minggu sebelum aliran kord Regan berubah dan bayi-bayi itu dilahirkan melalui Emergency Czer.
Kembar itu dilahirkan pada 10 Disember 2021, jam 16.32 tengah hari, dengan berat Mila(kakak) 907gram dan Reagan(adik) pada jam 16.33 malam, seberat 453gram tepat.
Ibu dua anak itu berkata “Saya mendengar tangisan kecil Mila(kakak) jadi saya tahu dia ok tetapi apa yang saya dengar daripada Reagan(adik) hanyalah rengekan.
“Ia seperti anak kucing menangis. Saya panik kerana saya hampir tidak dapat mendengarnya dan saya tidak sempat melihatnya sebelum mereka membawanya pergi.”
Kedua-dua kembar terpaksa dibawa terus ke NICU dan Audrienna terpaksa menunggu beberapa jam sebelum dia dapat melihat mereka
“Apabila saya melihat Reagan dia sangat kecil, dia boleh muat dalam tapak tangan. Saya tahu dia akan menjadi kecil tetapi dia jauh lebih kecil daripada yang saya bayangkan.
“Reagan telah membesarsepenuhnya walaupun dia kecil sangat. Ia ajaib tetapi ia sangat halus dan kecil.”
Mila(kakak) pulih dengan baik dan cukup kuat untuk pulang ke rumah pada Januari 2022, selepas 45 hari berada di hospital.
Reagan(adik) menghabiskan tiga bulan lagi di hospital, menerima pemindahan darah untuk membantunya membesar dan dia akhirnya boleh pulang ke rumah pada April 2022.
“Sungguh mengagumkan apabila mereka berdua pulang ke rumah,” kata Audrieanna. “Ia adalah perjalanan yang agak lama.
Kredit: Audrieanna
Followers Pa&Ma jom join Workshop ini, sesuai untuk mama hamil, lepas bersalin – Klik SINI
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.