Sepasang suami isteri yang juga pengusaha perniagaan emas dan kafe maut dalam satu kemalangan tragis pada Isnin lalu. Kejadian menyayat hati ini membabitkan Nur Syamimi Rosli, 36, dan suaminya, Mohd Izuddin Harmaini, 51.

Peristiwa menyedihkan ini dikongsikan oleh salah seorang pekerja mereka menerusi akaun TikTok rasmi perniagaan, yang turut menyatakan bahawa Syamimi sudah beberapa hari tidak hadir ke kedai sebelum kejadian berlaku. Menurutnya, sebelum kemalangan, arwah sempat memasukkan gaji pekerja ke dalam akaun masing-masing.

“Dia (Syamimi) sempat memasukkan duit gaji pekerja dan selepas itu dia diam begitu sahaja,” kata pekerja tersebut.

Tambah pekerja itu lagi, ramai yang tertanya-tanya mengapa Syamimi sering memuat naik video berunsur sedih sebelum kejadian. Ia memberi petanda seolah-olah beliau ingin meninggalkan sesuatu yang mendalam kepada pengikut dan orang sekeliling.

“Minta jasa baik semua, kita sama-sama sedekahkan surah al-Fatihah kepada arwah bos saya dan suami tercinta,” tulis individu itu.

Perkongsian tersebut mengundang rasa pilu dalam kalangan netizen, yang rata-ratanya mendoakan agar roh kedua-dua arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Ads

Perniagaan Dikenali Ramai

Difahamkan, Syamimi mengusahakan kedai emas terkenal, Mimiey D’Jewels, dan bersama suami turut menjalankan perniagaan sebuah kafe, LeyParking Cafe, yang menjadi tumpuan di kawasan setempat.

Butiran Kemalangan

Menurut laporan, pasangan tersebut menaiki kereta jenis Ford Mustang ketika kejadian. Mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh dua tiang elektrik.

Ads

Kemalangan berlaku sekitar jam 2 petang di Kilometer 13, Jalan Segamat-Kuantan, berhampiran simpang Felda Pemanis. Kedua-dua mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ads

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati hujan lebat menjadi faktor pemandu gagal mengawal kenderaan.

“Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.”

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Operasi Menyelamat

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, Muhd Hazim Abd Razak, memaklumkan pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI