Sempat meminta ibu membancuh minuman coklat, rupa-rupanya ia adalah sajian air tangan ibu terakhir yang dipinta sebelum pergi buat selama-lamanya.
Sebelum ditinggalkan untuk keluar berniaga, Muhammad Azfar Qayyum Md Said, 6 tahun kelihatan sihat dan tiada siapa menjangka yang dia bakal dijemput Allah. Pemergiaan secara mengejut adalah ujian yang berat buat keluarga ini.
Si kecil ini dikatakan bermain bersama bapa saudaranya di rumahnya di Kampung Bandar, Mukim Siong, Baling. Bagaimanapun pada tengah hari mangsa tidak sedarkan diri sebelum bapanya membawa kanak-kanak itu ke hospital.
BERMAIN DAN BERGURAU
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Abd Fatah Abd Rahman berkata, mangsa sebelum itu bermain dan bergurau dengan bapa saudaranya berusia 16 tahun yang dikategorikan ‘Sindrom Down’ di rumah mangsa.
“Keluarga mangsa memberitahu pada 7.30 malam Muhammad Azfar bermain ‘tumbuk-tumbuk’ dengan bapa saudaranya yang dikenali dengan panggilan Mi di bilik.
“Melihatkan keadaan itu, kedua-duanya ditegur daripada bermain sebegitu menyebabkan mereka berhenti sebelum menyambung semula,” katanya hari ini.
SIHAT SEBELUM DITINGGALKAN, CUMA LEBAM DI MUKA
Beliau berkata, berdasarkan percakapan ibu dan bapa mangsa, anak mereka berada dalam keadaan sihat meskipun terdapat kesan lebam pada muka pagi ini.
“Ibu mangsa kemudian keluar bekerja sehinggalah dimaklumkan suaminya anak mereka tiba-tiba tidak sedar diri 12 tengah hari.
“Muhammad Azfar kemudian dikejarkan ke Hospital Baling sebelum disahkan meninggal dunia 2.15 petang,” katanya.
Ads
LEBAM DI KEPALA & BADAN
Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam di bahagian kepala dan badan mangsa.
“Berikutan itu polis menahan bapa saudara mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.
Usaha Harian Metro untuk mendapatkan keluarga mangsa tidak berjaya kerana mereka enggan ditemu bual.
ADIK TAK BERNIAT CEDERAKAN AZFAR
Ads
“Adik saya tidak ada niat mendatangkan kecederaan ke atas mangsa sehingga meninggal dunia.”
Begitulah luahan Nur Maizatul Akmar Abd Aziz, 27 yang juga ibu saudara kanak-kanak Muhammad Azfar Qayyum Md Said, 6, yang meninggal dunia semalam selepas bermain bersama bapa saudaranya yang juga adik kepada Maizatul di rumahnya di Kampung Bandar, Mukim Siong, Baling, Jumaat lalu.
Menurutnya, dia percaya adiknya berusia 16 tahun yang juga penghidap Sindrom Down itu tidak mempunyai niat untuk mendatangkan kematian kepada mangsa.
SAYANGKAN KANAK-KANAK
Difahamkan adik mereka yang dikenali sebagai Mi menyukai kanak-kanak dan sebelum ini tidak pernah menyebabkan kecederaan.
“Selama ini adik saya dan mangsa biasa bermain bersama dan mereka amat rapat jadi saya kenal sangat kelakuan adik saya.
Ads
“Walaupun dia mempunyai Sindrom Down tetapi dia amat sayangkan kanak-kanak malah sebelumnya ketika mereka bermain bersama tidak pernah terjadi apa pun,” katanya.
ALLAHYARHAM SEMPAT MINTA IBU BANCUH MINUMAN
Nur Maizatul berkata, pagi semalam mangsa sempat meminta ibunya membancuh minuman sebelum ibunya keluar berniaga.
“Pagi semalam, sebelum kakak saya (ibu mangsa) keluar berniaga nasi lemak, arwah ada minta padanya untuk membancuhkan minuman coklat panas.
“Arwah juga sempat melambai tangan kepada ibunya yang ketika itu sedang memakai tudung sehinggalah keluar rumah,” katanya.
TRAGEDI AMAT MENYEDIHKAN
Katanya, sehinggalah pada tengah hari semalam, ayah mangsa menyedari Muhammad Azfar berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus membawa mangsa ke Hospital Baling.
“Tragedi itu amat menyedihkan kami sekeluarga namun kami reda dengan apa yang berlaku. Kami benar rasa kehilangan Muhammad Azfar sehingga kini,” katanya.
HENTAKAN OBJEK KERAS, BUKANNYA MAIN TUMBUK-TUMBUK
Nur Maizatul berkata, mangsa berkemungkinan terkena hentakan objek keras ketika sedang asyik bermain ‘pedang-pedang’ dan bukannya ‘tumbuk-tumbuk’ seperti diperkatakan.
Jenazah Muhammad Azfar akan dikebumikan di Kampung Banggol Durian, Sungai Taka, Serdang, Bandar Baharu
Mati itu pasti, tapi perancangan Allah adalah rahsia-Nya. Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri apabila kenderaan yang mereka naiki telah terlibat dalam kemalangan, lantas meragut nyawa bayi mereka yang baru sahaja berusia lima hari.
Menerusi perkongsian di Facebook Amirul Azuan salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian, telah menceritakan detik menyayat hati ketika dia cuba menyelamatkan bayi tersebut.
Mengalir air mata aku…
Menurut Amirul selalunya jika ada kemalangan dia jarang untuk berhenti, namun disebabkan terlihat ada seorang bayi di kawasan kejadian membuat hatinya terdetik untuk mengetahui apa yang berlaku.
Time aku lalu baru jadi dalam 5minit. Jarang aku nak berenti kalau ada accident ni. Tp disebabkan ternampak ada baby dekat bahagian penumpang bezza biru tu aku berenti jugak.
Baby Tak Sedar, Minta Izin Buat CPR
Ketika berada berdekatan kereta itu, Amirul terus bertanyakan mengenai keadaan bayi tersebut kepada bapanya kerana melihat bayi tersebut sudah hampir tidak sedar. Tanpa berlengah dia meminta untuk membuat CPR kerana bibir bayi sudah bertukar biru.
Bila sampai aku tanya ayah baby tu. Baby okey x? Dia cakap baby xsedar. Aku mintak izin nak cek baby tu. Bibir dah biru ? Terus bukak helmet mintak izin nak cpr. First 2 minute muka baby dah start merah. Tapi no sign of life. Aku terus cpr lagi, then baby tu muntah. Sama jugak still xbernafas. Dah clearkan airways pun sama. Then aku teruskan lagi lebih dari 10 minit. Baby dah start biru balik.
Ayah Minta Sedarkan Anaknya
Lebih memilukan, melihatkan anaknya masih lagi tidak sedarkan diri walaupun bantuan diberi, ayah kepada bayi merayu meminta agar sekali lagi Amirul cuba untuk menyelamatkan anaknya.
Allahu… Lagi sedih bila ayah dia mintak aku sedarkan anak dia. Aku xkuat nak hadap. Aku toleh belakang ada brader tu mintak nak sambung cpr. Aku terduduk dekat tepi divider tu.
Apa yang buatkan ayah bayi tersebut begitu ralat, mereka sekeluarga dah nak sampai ke rumah neneknya itu.
Ayah dia xde injurt pun. Mak dia pecah mulut sebab airbag. Baby tu baru umur 5hari. Dah nak sampai rumah nenek dia dah pun. Tp ajal dia sampai dulu.
Tolonglah Letak Baby Dalam Carseat
Siapa yg ada baby tu tolong la letak dalam carseat. Kalau xmampu jangan duduk depan. Duduk belakang pakai seatbelt. Yes… airbag tu selamatnya nyawa mak dia… but not the baby ?
Bayi yang diberi nama Inara telah pun disahkan meninggal dunia, semoga kedua ibu bapanya diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini. Syurga buatmu sayang!
Tenanglah baby Inara di syurga. Uncle mintak maaf, uncle dah try semampu yg boleh. Tp Allah lebih sayangkan Inara.
Ada sebab kenapa dalam islam melarang menyimpan patung yang cukup sifat di dalam rumah. Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Imam al-Nawawi pula berkata: “Menurut para ulama, antara sebab yang menghalang malaikat daripada masuk ke dalam rumah adalah kerana terdapat gambar (makhluk bernyawa).
Seperti perkongsian ibu ini, dia sekelurga ‘terkena’ gangguan yang menumpang di dalam patung mainan anaknya. Ikuti perkongsian ini.
Fikir balik macam tak percaya apa yang berlaku.
Mintak jauh dah la benda-benda macam ni. Lama dah Hanna berkawan dengan benda dalam patung ni.
From sarawak ikut balik kelantan. Allahu.. pesan saya, takyah la beli patung yang cukup sifat macam ni.
Sebab senang benda tak elok nak tumpang. Sebelum ni duk baca Story orang lain. Ni kena kat batang hidung sendiri.
Sampai tahap Mama kena ganggu. Jauh betol benda ni merantau ikot mama hanna.. benda tu nak bagitaw dia tu ada,
-tendang katil mama hanna
-tak dpt tido mcm ada yg memerhati
-uban putih melekat kat mama
-main bukak tutup pintu tandas
-bukak air Tp peg check air tak kuar pom.
-hanna tnjuk2 masa dlm toilet
-bunyi zrapp kat tepi telinga
Sebak dan tiada satu ungkapan pun mampu diucapkan apabila anak kesayangan yang baru 15 hari dilahirkan pergi buat selamanya.
Jasmine, 25 ibu kepada bayi tersebut pada hari yang sama baru sahaja mendaftarkan kelahiran anaknya yang diberi nama Freddie Heasman.
Namun, baby Freddie meninggal dunia di kediaman mereka di Cheltenham, England pada hari yang sama. Kejadian ini sekaligus menyebabkan Jasmine terpaksa mendaftarkan kematian bayi mereka pada hari yang sama.
Yang menghairankan, baby Freddie tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan punca kematian belum dikenalpasti.
“Semuanya berlaku terlalu pantas dan hanya sekejap sahaja masa dapat diluangkan bersama anak kesayangan kami.
“Dia seorang bayi yang ceria. Bayi yang comel namun semuanya pergi sekelip mata”tambah Jasmine
Malah katanya lagi, pembesaran dan perkembangan bayi itu juga agak lambat. Dia mengesyaki Freddie mempunyai masalah apabila dilahirkan dengan berat hanya 1.8 kilogram sahaja.
Namun hingga kini masih tiada jawapan yang dapat menjelaskan tentang punca sebenar kematian itu.
Sumber: Daily Star
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.