Kehilangan anak yang dinantikan sebagai penyeri dalam keluarga satu ujian yang cukup besar bagi setiap pasangan suami isteri. Apatah lagi kehadirannya itu pengubat kepada kehilangan anak pertama sebelum itu.
Namun takdir yang ditentukan tiada siapa yang boleh menolaknya. Walaupun sedih pasti akan ada manisnya suatu hari nanti.
Bagi pasangan suami isteri ini yang diuji kehilangan anak kali kedua atas sebab tertentu memang sangat dirasai tapi apakan daya Allah yang lebih mengetahui segalanya.
Menerusi perkongsian Luna Abdullah di facebooknya dia reda pemergian anak keduanya selepas sejam dilahirkan dalam keadaan yang cukup tenang.
Khabar duka buat papa dan mama
Anak syurga mama Yang pertama :baby syafi’ ramadhan bin syazwan Syahazrin (4bulan++) 2018
Anak syurga mama Yang kedua : baby Maryam eiliya binti syazwan syahazrin (6bulan) 2019
21/10/2019 @ Isnin – mimpi ngeri buat mama dan papa.
Pada tarikh itu kami membuat temujanji untuk menjalani ujian detail scan bersama doktor pakar di hospital sultan Ismail jb dan mendapati anak kami TIDAK sihat semasa scan.
Dua orang doktor pakar scan adik untuk sahkan penyakit adik
Doktor pakar KT hsi bagi mama dan papa masa untuk tenangkan fikiran dan membuat keputusan.
Ads
Jika bersalin awal ataupun bersalin normal jangka hayat adik tidak tahan lama. Mungkin satu jam dua jam. Ataupun paling lama 2-3 hari. Kami buat keputusan minta doc refer kes ke HUSM utk selanjutnya sebab kami NK DEKAT dengan family.
Kandungan saya semasa detail scan berusia 5bulan+,sungguh kami terkilan aturan Allah SWT. aAlah Maha Besar…Allah sayang adik lebih dari kami😢
KALAU Kira due lagi 3 bulan adik nak jumpa mama & papa..mama & papa tiap bulan simpan duit nak beli macam-macam kat adik..Due adik MENGIKUT scan 18 February 2020
Kami membuat keputusan untuk BERSALIN awal bagi kebaikan bersama & apa yan doktor syorkan BERSALIN awal lebih baik untuk kesihatan mama dan tak sanggup tengok adik sakit.
Bukan senang untuk kami tapi kami kuat. Kami hamba Allah. Siapa kita nak halang semua ni. Memang susah untuk kami terima.
Siang malam menangis tanpa henti ingatkan keadaan adik. Kami menanti kehadiran adik. Sungguh besar ujian Allah kepada kami.
Ads
Masa scan aktif sangat
Masa scan tu adik aktif sangat. Siap angkat-angkat tangan & kaki lagi suka sangat mama & papa tengok. Adik sorok kat mama dan papa masalah adik. Doktor Kat rsat & nurse usik-usik lagi adik..adik siap angkat tangan buat-buat baca doa ( tadah tangan )
2hari kemudian kami dtg lagi rsat, repeat scan. Saya dikhabarkan bahawa baby saya TIDAK sihat & tak boleh disimpan lama. Berderai air mata.
Doktor rsat bagi surat untuk jumpa pakar KT hsi untuk detail scan pada 21/10/19.
Mama dan papa sangat sedih. Allah saja yan tahu. Kami nampak kuat tapi kami tak kuat.
Adik ialah anugerah terindah mama pernah dapat. Saat-saat bersama adik 6 bulan dalam kandungan mama takkan pernah mama lupakan. Terima kasih ya Allah bagi pinjam adik dalam rahim mama selama 6 bulan
Adik & abg syafi’ (anak syurga mama)…adik ada abang Syafi’ di sana. Anak first mama yang juga tinggalkan mama masa 4bulan ++
Ads
5/11/2019
Setelah kami berbincang, saya dan suami bersetuju untuk ditahan wad pada 3/11/2019 dan dimasukkan ubat bagi bersalin awal, doktor telah memasukkan ubat pada 4/11/2019 @ 11pagi.. alhamdulillah tuhan permudahkan urusan saya 24jam saja. Saya mengalami sakit tak dapat diceritakan dengan memasukkan sebiji ubat sahaja.
Pada 5/11/19 tepat jam 12 tgahri sy tak boleh tahan sakit. Saya panggil nurse, lepastu ditolak ke bilik rawatan untuk doktor check bukaan. Doktor terkejut sebab dah buka jalan & baby pun dah nak keluar..5/11/19 @ 1230 tepat adik dilahirkan DENGAN sekali mama push.. ALHAMDULILLAH 🤲SYUKUR
Adik sempat bertahan 1 jam
Doktor ambil baby & letak di dada mama ya Allah adik buka mata tengok mama, sebak sangat masa tu,ya Allah awak comel sangat, tinggi, putih.
Suami baru sampai masa tu.. alhamdulillah 🤲 sempat azankan baby..lepas je suami azankan tepat jam 1330 adik hembuskan nafas terakhir..
Semangat adik untuk hidup kuat walaupun hanya 1jam. Terima kasih Allah bagi anugerah terindah buat kami.
Semoga kesedihan kami pada harini Allah gantikan dengan kebahagian pada hari-hari akan datang. Ingatlah Allah sayang kita sebab tu Allah uji kita. Yang penting kita redha dan ikhlas atas setiap ujian yang diberikan. Janji Allah itu pasti😊
Alhamdulillah sepanjang pengebumian anak mama diiringi hujan rintik-rintik pada petang itu.
Secara normalnya, gigi pertama bayi akan mula tumbuh ketika usianya masuk 6 bulan. Gigi pertama biasanya akan tumbuh di tengah bahagian bawah, gigi lain akan tumbuh mengikut perkembangan usia mereka. Tapi, macam mana pula kalau dah masuk 9 bulan, gigi bayi masih belum tumbuh? Adakah normal?
Apabila masuk usia 9 bulan, mama mungkin akan nampak tanda-tanda perkembangan anak yang semakin pesat, termasuk pertumbuhan gigi pertama. Namun jika gigi pertama anak tidak muncul-muncul sehingga usianya 9 bulan, mama tentu risau kan? Ikut penjelasan ini.
Faktor Penyebab Bayi 9 Bulan Belum Tumbuh Gigi
Waktu pertumbuhan gigi setiap bayi tentunya tidak sama, ada bayi yang sudah tumbuh gigi di usia 6 bulan malah ada juga yang giginya sudah ada sejak lahir (natal teeth), tetapi ada juga yang masih belum tumbuh gigi walaupun sudah mencapai usia 1 tahun.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan waktu tumbuh gigi pada bayi termasuk belum tumbuhnya gigi pada usianya 9 bulan, antaranya:
1. Faktor genetik
Faktor genetik berperanan besar dalam menentukan cepat atau lambatnya pertumbuhan gigi pada bayi. Jika mama atau ahli keluarga memiliki sejarah lambat tumbuh gigi, maka kemungkinan besar anak anda juga akan mengalami hal demikian.
Begitu juga sebaliknya, jika mama atau ahli keluarga mempunyai sejarah pertumbuhan gigi yang cepat, maka anak anda mungkin juga akan mengalami pertumbuhan gigi yang cepat.
2. Cedera pada mulut bayi
Faktor lain yang juga penyebab gigi lambat tumbuh antaranya trauma fizikal atau cedera pada mulut. Cedera teruk pada kawasan mulut dan wajah mungkin akan mengganggu proses pertumbuhan gigi anak anda.
3. Kekurangan nutrisi
Bayi yang kekurangan nutrisi juga cenderung mengalami keterlambatan pertumbuhan gigi. Tidak hanya gigi, kekurangan nutrisi juga dapat mengganggu banyak aspek pertumbuhan dan perkembangan bayi.
4. Penyakit tertentu
Dalam kes yang jarang terjadi, terlambatnya pertumbuhan gigi pada bayi 9 bulan disebabkan oleh keadaan tertentu, seperti berat badan bayi yang terlalu rendah, hipotiroidisme, dan anodontia.
Tanda-Tanda Jika Si Kecil Akan Tumbuh Gigi?
Kebanyakan ibu bapa muda mungkin kurang jelas bagaimana untuk memantau pertumbuhan gigi anak. Untuk memudahkan anda, cuba perhatikan beberapa tanda berikut yang biasanya terjadi kepada si kecil, seperti;
-Mengeluarkan air liur lebih banyak.
-Menggigit barang-barang yang ada di sekitarnya.
-Gusi membengkak.
-Nafsu makan berkurang.
-Merenggek, sukar tidur
-Demam.
Perlu diingat, tanda-tanda pertumbuhan gigi yang ditunjukkan oleh setiap bayi biasanya berbeza-beza. Malah ada juga yang tidak menunjukkan sebarang tanda untuk gigi tumbuh. Keadaan ini juga normal dan tidak perlu bimbang.
Biasanya, bayi 9 bulan yang belum tumbuh gigi masih dalam kategori normal. TETAPI jika gigi pertama bayi masih belum kelihatan lagi sehingga usia mencecah 18 bulan, segera mendapatkan nasihat pakar dan mencari punca penyebab.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasa penat, lapar, sakit & mengantuk dilalui isteri selepas bersalin. Keprihatinan suami boleh mengelakkan terjadinya insiden buruk.
Menurut Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh, pensyarah & pendakwah, beliau berpendapat wanita/ isteri dalam tempoh selepas bersalin wajar untuk diberikan bantuan & perhatian.
Umum mengetahui kesakitan, keletihan, rasa mengantuk, rasa lapar dan kesusahan yang ditanggung isteri dalam tempoh lama boleh mengakibatkan pelbagai perkara buruk seperti meroyan, tekanan perasaan dan depresi.
Berikut ialah perkongsian beliau,
Saya fikir amalan ‘berpantang’ selepas bersalin perlu dijenamakan semula agar lebih bersifat mesra Syariat dan mengikut fitrah insaniah yang tepat.
Wanita bersalin bukan sekadar perlu diperingatkan agar melangkah perlahan, tidak boleh membaca, makan dan minum sekadarnya, memakai stokin sepanjang masa, mengikat tocang ketat-ketat, berpilis di dahi, mesti berurut, bertungku dan berdian dan mandi dengan dedaunan wangi. Ini untuk sihat tubuh badan (mungkin) dan supaya kembali cantik (?).
TANGGUNGJAWAB PERLU DIKONGSI
Yang wanita bersalin mahu ialah perkongsian tanggungjawab dan bantuan menguruskan diri, anak-anak serta bayi yang baru lahir. Seluruh tubuh yang sakit tidak memungkin mereka berjalan ke hulu dan ke hilir, membongkok dan mengiring melakukan rutin harian, walaupun yang mudah…apatah lagi mengejar anak yang lasak.
BADAN LEMAH PERLUKAN REHAT
Badan yang masih lemah amat perlukan rehat yang panjang. Ibadah khusus pun Allah rehatkan, ada yang sehingga 60 hari.
Bagaimana pula mereka dibiarkan memasak untuk makan sendiri? Apatah lagi menjaga 2-3 anak kecil serentak sewaktu badan masih belum mampu berdiri dan memasak untuk suami pula?
Kadangkala mereka jugalah yang berkejar ke jemuran bila guruh berdentum atau renyai mula merintik.
DIPERLI & DISINDIR
Bila melakukan semua urusan rumahtangga, mereka ditegur pula kerana tidak prihatin terhadap tubuh sendiri yang perlukan rehat.
Bila minum terlebih kerana haus dan kepenatan mereka disindir pula nanti perut buncit menggelebeh.
Bila bayi disuakan botol susu, mereka diperli malas menyusui bayi sendiri sedangkan si ibu jugalah yang menyempurnakan urusan rumahtangga dan kurang masa yang ada untuk proses penyusuan.
DAMBAKAN BANTUAN AHLI KELUARGA
Justeru, yang wanita bersalin mahu ialah waktu rehat untuk proses penyembuhan yang lancar, bantuan ahli keluarga untuk meringankan rutin harian kerana mereka belum dapat mengurus sepenuhnya dan yang penting juga, agar mereka tidak terlalu tertekan dengan situasi SAKIT, SUSAH, KELIRU, MENGANTUK, PENAT dan LAPAR.
Al-Faatihah buat bayi-bayi syurga yang dibunuh bonda mereka. Maafkan ibu kalian. Kalau mereka dihormati, pasti mereka lebih menyayangi.
Bayi dan kanak-kanak tidur lebih lama pada waktu siang. Tidur amat penting untuk perkembangan si manja, sama seperti keperluan nutrien dan aktiviti fizikal. Jangan ambil mudah keperluan ini kerana kekurangannya boleh mempengaruhi perkembangan otaknya si kecil dalam jangka masa panjang.
Janin dalam kandungan tidur selama 16 hingga 20 jam sehari manakala bayi yang baru lahir akan tidur 16 hingga 17 jam sehari. Kebanyakan mereka tidak akan berada dalam keadaan jaga hanya dua hingga empat jam sehari pada minggu-minggu pertama kehidupan mereka.
Rapid Eye Movement (REM) yang berlaku pada 60% hingga 80% dalam tempoh fasa tidur aktif menyaksikan aktiviti otak. Peratusan REM akan menurun seiring peningkatan usia. Ini menjawab kenapa bayi dan kanak-kanak tidur lama dan apakah kepentingannya kepada perkembangannya.
BERAPA LAMA SI KECIL PERLU TIDUR SIANG?
Selain tidur malam, tidur siang juga amat diperkukan oleh si manja. Apabila mula dilahirkan, bayi hanya menyusu dan tidur, itu sahaja rutin harian mereka. Bagi bayi yang berusia satu hingga enam bulan, mereka akan tidur siang sebanyak tiga kali dengan tempoh satu hingga dua jam setiap kali tidur.
Bagi si kecil yang sudah mencecah usia setahun, kekerapan tidur berkurangan kepada sekali sehari sahaja. Setelah mencecah usia lima tahun, mereka sudah jarang perlukan tidur siang kecuali kepenatan atau tidak mendapat tidur malam yang cukup.
5 SEBAB TIDUR PENTING UNTUK SI MANJA
1.Doktor percaya REM ini akan memberikan peluang kepada otak untuk ‘aktif’ menerima stimulasi dan selain daripada rangsangan melalui aktiviti sensori fizikal.
2.Tidur bagi kanak-kanak amat penting untuk perkembangan neural kerana ketika tidur, bahagian otaknya dirangsang.
3.Pada masa bukan fasa REM, tidur akan memberikan si manja rehat dan salah satu proses menyegarkan kembali tubuh.
4.Kajian yang dilakukan mendapati kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami kurang mahir skil kognitif , hiperaktif, ADHD dan pembangunan neurologi terjejas.
5.Kanak-kanak yang mendapat tidur yang cukup akan menjadi lebih peka, cukup rehat, ceria dan bersedia untuk menerokai ilmu baru.
7 TIP SUPAYA ANAK TIDUR LEBIH BAIK
Ada TUJUH cara boleh anda cuba supaya si manja boleh tidur dengan cara lebih baik.
1.Biarkan si manja tertidur sendiri.
2.Pastikan anda konsisten meletakkan bayi ke dalam katilnya pada masa yang sama setiap hari.
3.Tidur lebih awal daripada waktu si kecil selalunya mengantuk. Apabila dia sudah terlalu penat dan mengantuk, dia sukar untuk tidur dan lebih suka menahan matanya daripada tertidur. Apabila tidur, mereka juga lebh mudah terjaga.
4.Cipta rutin tidur dan ikutinya 100%. Lebih awal anak dilatih, lebih baik.
5.Jangan lupa tidur siang kerana ia akan memberikan kesan kepada 24jam berikutnya. Tapi pastikan tidur siang tidak terlalu dekat dengan waktu tidur utama.
6.Kalau boleh, elakkan susukan bayi dan kanak-kanak sehingga dia tertidur. Sediakan ruang yang selesa, bilik yang gelap dan senyap untuk membantunya tertidur sendiri.
7.Ada sesetengah ibu membedung bayi mereka kerana mendapati dengan membedungnya, bayi lebih mudah tertidur sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.