Anak-anak adalah amanah Allah untuk ibu dan ayah, walaupun mungkin zuriat itu bukan dilahirkan dari rahim isteri sendiri ia tetap tanggungjawab ibu dan ayah untuk menjaga dan mendidik mereka sebaiknya.
Pelakon dan usahawan yang tidak asing lagi dengan melakukan kerja-kerja amal, Abby Abadi berkongsi cerita mengenai anak-anaknya terutamanya tiga orang anak angkatnya yang masih kecil bersama peminat menerusi akaun Instagram miliknya.
Menurut Abby, dia sentiasa berdoa kepada Allah supaya dipanjangkan umurnya dan suami agar dapat melihat ketiga-tiga anaknya yang masih kecil itu membesar dengan baik.
“Ya ALLAH Ya Tuhanku. Kau bantulah kami untuk menjaga Daiyan, Dayana, Darda. Mereka tidak punya siapa-siapa. Selain kami ya ALLAH
“Sempatlah untuk kami, membesarkan mereka ya ALLAH. Kami takut ya ALLAH. Kami takut umur kami tak panjang. Untuk menjaga & mendidik mereka ya ALLAH”
“Sebahagian dari doa Abah Subuh ni … tiba-tiba dengar Abah doa mcm ni…. Aduhai la Abah..pagi-pagi dah buat Mama sayu.. sedih.. berombak-ombak hati bila dengar doa Abah tadi,” tulisnya
Meskipun Daiyan, Dayana dan Darda bukanlah anak yang dikandung sendiri, Abby tetap menzahirkan rasa kasih sayang kepada mereka seperti anak sendiri. Malah jelasnya ketiga-tiga mereka itu adalah anugerah terindah buat dirinya dan suami.
Ads
Abby juga turut memohon doa dari semua agar dapat menjaga anak-anaknya itu dengan penuh amanah dan tanggungjawab serta dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan untuk menjaga mereka.
“Tak pernah terfikir sebenarnya perkahwinan kami selama 5tahun ini, yg pernah dikurniakan dgn 3 zuriat sendiri.. yang ALLAH tak izinkan hidup di dunia ini ( seorang gugur, seorang meninggal dalam perut, arwah Muhammad Danial Firman meninggal usia 3bulan) tapi ALLAH gantikan dengan 3 anak-anak anugerah terindah ini..
“
“Tak buleh nk tulis panjang-panjang.. sedihhhh…Tolong doakan ye.. kami dapat menjaga anak-anak yang ada ni dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Tak minta apa-apa, doakan kami umur panjang dan sihat untuk mereka,” tulisnya lagi.
Abby mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang masing-masing berusia 2 tahun serta Maira Darda Farisa yang baru berusia 6 bulan.
Sekadar info, Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Ads
Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Menerusi perkahwinan pertamanya bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.
Semoga usaha murni Abby dipermudahkan dan lebih ramai nasib ibu dan bayi terbela dengan apa yang dilakukan ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi pemilik kucing, bukan sesuatu yang pelik jika kucing peliharaan anda sentiasa membawa balik ‘buah tangan misteri’ ke rumah setelah berjam-jam lamanya keluar berjalan. Ada sahaja buah tangan yang pelik-pelik dan kadangkala menyeramkan pun ada seperti bangkai binatang lain.
Bila dah sebut tentang kucing, mestilah ‘perangai’ kucing semuanya sama. Samalah seperti si Robert yang memberikan sesuatu kepada baby Johan, anak kepada tuanya sebagai hadiah untuk dimakan.
Pemiliknya sempat merakam gambar dan video ketika Robert sedang ‘mencuri’ ikan goreng. Pada mulanya dia sangka Robert mencuri untuk makan tetapi sebenarnya untuk anaknya, baby Johan.
Gelagat comel ini mencuit hati wargaNet kerana Robert disifatkan baik hati dan sanggup berkongsi makananya dengan baby Johan.
when johan was still a baby and havent eaten solid food, robert tried to feed him ikan goreng 😌 pic.twitter.com/jEWV0haQQo
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tempoh berpantang yang memenatkan ditambah dengan ilmu baru yang perlu dipelajari ketika berpantang itu membuatkan ada ibu mula rasa tak kuat. Malah emosi jadi tak keruan disebabkan hormon yang tidak stabil. Inilah yang dilalui oleh usahawan dan pengacara, Neelofa selepas detik melahirkan anaknya.
Malah akui Neelofa, selepas melahirkan anaknya, Muhammad Bilal pada 29 Januari yang lalu, dia mula menyedari betapa penting dan beratnya tanggungjawab yang digalas saat seorang ibu. Banyak cabaran yang perlu dilalui.
Malah katanya lagi, ketika mula berpantang dia mengakui mula goyah pada mulanya kerana belum cukup ilmu ketika waktu berpantang. Disebabkan hormon yang belum stabil, emosinya menjadi kacau bilau sepanjang berpantang selama 44 hari itu.
“Rasanya setiap ibu berhadapan dengan cabaran tersendiri dalam menguruskan anak kecil mereka.
“Apa lagi ketika tempoh berpantang dengan keadaan diri di mana hormon ketika itu masih belum stabil.
“Bagaimanapun betul kata orang, semua persoalan akan terjawab selepas 40 hari berpantang. Semuanya jadi lebih baik selepas tempoh 44 hari itu,” kongsi Neelofa.
Pun begitu kongsi Neelofa lagi, kini dia mula menyedari biar apapun cabaran yang datang dalam membesarkan anaknya, setiap kali melihat wajah kesayangannya dan suami itu, hatinya akan menjadi lebih tenang.
“Biar apa pun cabaran yang datang, saya akan sentiasa rasa tenang setiap kali melihat wajah anak.
“Setiap kali ada masalah, saya akan hubungi kawan-kawan dan bertanyakan tip yang sesuai.
“Saya tidak ada amalan spesifik dalam menguruskan anak kerana masih banyak yang perlu saya pelajari namun saya lebih banyak mengikut nasihat doktor dan juga bertanyakan pada ibu tentang apa yang terbaik,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Neelofa selamat melahirkan bayi sulungnya pada 29 Januari lalu. Kemunculan wajah Muhammad Bilal sudah semestinya ditunggu-tunggu pengikut setia usahawan berjaya ini.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak sudah berusia dua tahun dan ke atas, mama mulalah risau bila anak masih tak dapat bercakap dengan lancar. Sebenarnya anak-anak ada waktunya sendiri dan bila masa sesuai dalam setiap perkembangan dirinya. Pun begitu, ransangan daripada orang sekeliling pastinya dilakukan tanpa henti.
Namun apa yang berlaku kini adalah cara ransangan orang sekeliling iaitu mama dan papa akan hanya memburukkan keadaan malah adakalanya menjadi penyebab anak keliru dan lambat untuk bercakap.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar, pakar otak, terdapat beberapa kesalahan yang mama dan papa selalu lakukan dalam merangsang anak bercakap. Malah cara berdepan dengan anak kurang pada waktu-waktu yang kurang tepat. Semua ini memberi kesan kepada perkembangan otak anak.
Periksa tiga kesalahan yang selalu ibu bapa lakukan ketika mendidik anak dan merangsang anak bercakap.
3 KESALAHAN YANG BIASA IBU BAPA LAKUKAN DALAM MENDIDIK ANAK
Dalam mendidik anak acap kali ramai yang terbabas lakukan perkara-perkara ini:
1. Bercakap atau layan anak dalam keadaan diri stres. Kajian dapati ibu yang di dalam keadaan stres sebabkan anak juga stres apabila anak di dekati. Jadi tenangkan diri di saat stres. Belajar cara tangani stres.
2. Bercakap bahasa anak kecil. Bukan bercakap bahasa yang betul. Contohnya nak makan disebut ‘nak akan’. Apabila berbahasa begini, otak anak di bahagian broca area (pusat bahasa) akan di ‘wire’ mengikut bahasa anak kecil. Bukan bahasa sebenar.
Sekiranya ini berlaku secara berterusan, kebolehan anak untuk fasih bertutur dengan fonetik tepat akan terbantut.
3. Bercakap tanpa buka mulut. Macam kedekut nak buka mulut. Hingga bibir tidak dilihat seperti bergerak.
Si kecil belajar dengan ikuti atau dalam Bahasa Inggeris disebut mimicking pergerakan bibir untuk wujudkan kefahaman. Apabila ada kefahaman bahagian otak yang bernama Wernicke Area akan aktif.
Ada banyak lagi kesalahan yang ibubapa kerap lakukan tanpa sedar. Kita perlu belajar untuk elakkan diri dari terjebak terus dengan perbuatan sebegini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat pengguna lebuh raya di seluruh negara! Selama dua hari penguna bakal menikmati pengecualian tol pada 23 dan 24 Disember ini bersempena sambutan Hari Krismas. Buat keluarga yang merancang nak pergi bercuti tu boleh lah mengambil manfaat tol percuma ni!