Semalam genap 7 hari kelahiran cahaya mata ketiga Saharul Ridzwan dan juga isteri Deena Emir dan telah selamat ditahniq, di cukur rambut serta diberi nama.
Hal ini dikongsi sendiri oleh Deena Emir menerusi laman Instagramnya. Dia turut berkongsi nama anak ketiganya itu kepada peminat.
“Bismillahirahmanirahim. BismillahiMasyaAllah. MasyaAllah Tabarakallah. Assalammualaikum.”
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
“Semalam genap 7 hari kelahiran puteri solehah ke dua kami, telah selamat ditahniqkan dan di cukur rambutnya serta diberi nama. Alhamdulillah.”
‘Nama diberi, KHADIJAH ALKUBRAA”
Menurut Deena, nama yang dipilih oleh dia dan suami adalah sempena nama Nabi Muhammad S.A.W.
“Sempena nama isteri Baginda Rasulullah s.a.w, Saidatina Khadijah Al-Kubra r.a, ketua bidadari syurga.”
Deena sempat menitipkan doa buat cahaya mata ketiganya agar sentiasa dalam rahmat dan lindungan yang Maha Esa.
“Semoga anak solehah ini, Khadijah Alkubraa membesar dengan sihat, pintar, baik ahlak serta rupa parasnya, disayangi dan disenangi ramai, menjadi hafizah Quran, sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah s.w.t.”
Aamiin Allahumma Aamiin.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 3371)
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ubat Gegat, Kacang Parang & Ubat Nyamuk Pantang Bayi G6PD Seumur Hidup. Mak Ayah Kena Selalu Peka!
Ubat gegat, kacang parang & ubat nyamuk lingkaran antara 6 pencetus hemolisis anak kurang G6PD. Mama papa mesti tahu dan peka sentiasa!
Perkongsian daripada Dr Salehuddin Sulaiman ini boleh dijadikan panduan dan meningkatkan pemahaman tentang kekurangan G6PD yang di mana tanda-tandanya kebanyakannya bermula dari kecil lagi.
Kekurangan G6PD atau G6PD deficiency perlu diperjelaskan terutama sekali bagi ibu bapa dan pesakit sendiri bagi mengelakkan berlakunya hemolisis yang mengakibatkan kemusnahan sel darah merah lebih cepat berbanding penghasilannya.
G6PD ialah enzim yang menjaga keutuhan dinding sel dari serangan pengoksidaan.
G6PD deficiency
Satu topik yg simple je for me. Tapi selepas bertemu 3-4 patients yg masih confuse, saya decide untuk tulis berkenaan topik ni.
G6PD ialah satu daripada enzim yang menjaga keutuhan dinding sel, daripada serangan pengoksidaan (oxidative damage).
Tak faham? Hahaha.. tak mengapa.
Kalau G6PD cukup, dinding sel terpelihara daripada bahan teroksida yang merosakkan dinding sel.
Simple analogi.
Pagar konkrit sekeliling rumah kita perlukan, katalah 20 beg simen. Tapi, budget kita tak cukup. So, kita beli 7 beg sahaja. Jadi, tukang akan guna pasir lebih, untuk bina pagar yang sama. So, pagar konkrit kita tu, tak kuat lah.
Boleh la guna untuk halang lembu 2-3 ekor. Tapi kalau segerombolan lembu datang menyerbu, memang tak tahan la pagar tu.
Sama lah juga dengan sel darah merah. Kalau G6PD cukup, dinding sel akan terpelihara daripada bahan teroksida yang boleh merosakkan dinding sel.
Kekurangan G6PD selalunya banyak berlaku kepada lelaki. Perempuan ada tapi jarang.
1. Majoriti penghidap G6PD deficiency adalah lelaki, kerana baka yang menentukan penghasilan enzim ini terletak pada kromosom X. Orang perempuan boleh menghidap penyakit ini, tapi jarang (perempuan ada dua kromosom X).
2. Penghidap G6PD deficiency akan ada masalah ini seumur hidup. Tak ada rawatan untuk ‘memperbanyakkan’ enzim ini.
Ini adalah penyakit genetik, so ia kekal sehingga akhir hayat.
3. Masalah berkaitan penyakit ini
A. Jaundice (kekuningan) semasa bayi. Risiko untuk jaundice yang tinggi. Selalunya, kalau baby disahkan menghidap G6PD deficiency, akan dipantau sekurang-kurangnya 5 hari di dalam wad.
B. Risiko berlaku pecah darah merah yang teruk (hemolytic anemia) jika terdedah kepada bahan yang ‘terlarang’.
Masalah seumur hidup, tiada rawatan untuk memperbanyakkan enzim ini.
6 PERLU DIELAK BAGI INDIVIDU KEKURANGAN G6PD
Apakah senarai bahan terlarang dalam G6PD deficiency ini?
1. Ubat gegat (naphtalena). Risiko berlaku hemolysis jika memakai pakaian yang ‘tercemar’ dengan ‘wap’ ubat gegat. So, jangan beli langsung ubat gegat untuk menghalau lipas. Tapi, bukan bermakna anda boleh ternak lipas, tau!
2. Kacang parang/ fava bean.
This is where lots of confusion arise.
It is not any kacang. It is KACANG PARANG.
Bukan SEMUA jenis kacang.
G6PD deficiency dahulu dipanggil favism. Maknanya, hemolysis berlaku apabila orang yg menghidap masalah ni makan kacang parang/ fava bean.
Masalahnya, apabila pantang makan kacang parang ini dikiaskan dengan kacang yang lain.
Saya tahu, ada doktor lain yang memberi nasihat sedemikian. Saya, kurang ilmu dan pengalaman. Tapi setakat yg saya tahu, G6PD tidak dikaitkan dengan kacang lain.
Kalau sesiapa yg ada maklumat lain yang bercanggah dengan pemahaman saya, boleh kemukakan dalam ruangan komen. Dont worry, saya pun masih belajar.
‘Jadi doktor, boleh ke anak saya makan kacang tanah?’
Boleh
‘Kalau makan sate kuah kacang?’
Tak boleh, kalau kuah kacang tu dibuat menggunakan kacang parang.
‘Kalau makan parang?’
Tak berlaku pemecahan datah, tapi perut yang pecah.
‘Kalau makan kacang panjang yg dikerat pendek2 menggunakan parang?’
Boleh, tak ada masalah.
‘Kalau makan perut lembu?’
Kalau lembu tu diberi makan kacang parang sejurus sebelum disembelih, ada risiko, sebab zat kacang parang maybe masih ada dalam perut lembu.
‘Kalau makan aiskrim kacang parang?’
Tak boleh
Oh ya, kacang parang ni kadang2, dipanggil dengan nama yang lain.
Contoh:
-Kacang kuda
-Kacang itik
-Broad bean
-Bell bean
-English dwarf bean
-Haba bean
-Silkworm bean
-Pigeon bean
Nak senang, anda rujuk kepada gambar yg saya sertakan di bawah. Apa saja nama lain yg anda panggil kepada kacang ini, tidak menjadikan ia OK dimakan oleh penghidap penyakit ini.
Dan, pantang ini juga terpakai kepada ibu yang menyusukan anak yg berstatus G6PD deficiency.
3. Sesetengah ubat.
Ada senarai ubat yg tidak boleh digunakan oleh penghidap G6PD deficiency. Antaranya ialah ubat malaria, sesetengah antibiotics, dan juga beberapa ubatan yg bermula dengan nama sulfa- seperti sulfamethoxazole dan sulfacetamide. (Kalau berkahwin dengan orang bernama Sulfa, tak ada masalah darah pecah)
Untuk selamat, jika anak sakit, bila bertemu doktor, please mention: Anak saya ada masalah G6PD. InsyaAllah doktor akan aware dan akan beri ubat yg sesuai.
4. Jangkitan kuman
Ada sesetengah jangkitan kuman, contohnya influenza A, hepatitis dan salmonella, boleh menyebabkan berlaku hemolysis. So, kalau anak anda tak sihat, be aware of this.
****** tambahan pantang ******
1. Methylene blue
Dalam bidang perubatan, ia digunakan untuk merawat methemoglobinemea, malaria dan juga pewarna semasa endoskop.
Orang awam pula menggunakan ubat biru ini dalam akuarium/ kolam untuk merawat ikan.
So, memang tak boleh digunakan kepada orang yg ada G6PD deficiency, atau bg yang memelihara ikan peliharaan, kena make sure anak2 tak menghidap masalah ini.
Oh ya, nila bukan methylene blue, meskipun dua-dua berwarna biru.
Nila tak ada masalah untuk digunakan (tapi kalau beri minum, tu jadi masalah besar!)
2. Ubat nyamuk lingkaran.
Ada sesetengah ubat nyamuk lingkaran yg boleh menyebabkan hemolysis. Memang ada kes yang dilaporkan terjadi hemolysis apabila terdedah kepada asap ubat nyamuk ini.
Kalau ubat nyamuk yg semburan, takde masalah untuk digunakan. Tapi jangan sembur ke muka anak pula!
Terima kasih kpd yg highlight tambahan ini.
*****
Apakah tanda2 berlaku hemolysis?
Tanda paling kerap ditemui ialah
Pucat
Sakit belakang/ perut
Kencing berdarah/ warna gelap.
Kalau ada tanda2 ini, segera ke HOSPITAL. Tak perlu argue, bahawa anak anda tak terdedah kepada mana2 bahan yg saya sebut sebelum ini. Just bawa anak anda ke HOSPITAL berdekatan sesegera mungkin.
Ok, panjang dah membebel.
Semoga apa yg saya tulis ini memberi manfaat kepada anda.
Boleh share, dan please tegur kalau ada fakta saya yang salah.
Dr Saleh yg tak cukup ilmu (Alhamdulillah, masih cukup G6PD. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustai)
Sumber: Salehuddin Sulaiman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Risaunya Bila Barang Keperluan Tak Cukup, 10 Checklist Untuk Bakal Ibu, Barulah Mommies Boleh Pantang Dengan Tenang!
Bakal melalui tempoh berpantang buat pertama kalinya semestinya satu pengalaman yang cukup mendebarkan. Lebih-lebih lagi bila mana terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan ibu tercinta. Banyak keperluan yang dirasakan seakan tidak lengkap. Ada sahaja peralatan yang ingin dibeli oleh bakal ibu bagi memastikan tempoh berpantang menjadi lancar.
Panduan yang dikongsikan oleh Dr Ain Zul ini boleh juga dijadikan panduan untuk bakal ibu lain bagi menyediakan kelengkapan untuk berpantang kelak. Sepuluh checklist yang disediakannya lengkap untuk diri sendiri dan bayi. Barulah bakal ibu senang hati dan boleh berpantang dengan tenang kelak.
Periksa senarai di bawah.
Ikut keperluan masing-masing ye☺, mummy share je persiapan mummy.
1. Set Berpantang
Ini carta paling tertinggi tau. Dah penat bersalin, kita perlu manjakan diri jugak. Macam reward untuk diri sendiri. Ni benda pertama yang mummy akan survey dan beli.
Dulu guna satu set berpantang Tanamera, kali ni mummy nak cuba set berpantang Nona Roguy pulak. Set Tanamera dulu memang 5 stars, sebab dia macam mix modern and traditional care.
Tapi even mummy nak guna set Nona Roguy, 4 barang Tanamera ni wajib include sekali sebab memang BEST sangat!
a) Brown Soap Tanamera – Sabun dia bau herba, yang best sebab dia da macam scrub sekali. So elok sangat nak hilangkan daki atau tempat-tempat kasar macam kat siku etc. Memang best lah guna dulu. So wajib ada jugak.
b) Herbal Massage Oil – Guna hari biasa pun untuk urut kaki kalau penat, best sangat bau.
c) VCO Tanamera – Ni sapu dekat perut untuk prevent stretch mark. Sapu dari awal kandungan insyaAllah memang takde la tanda, perut canteks ajer.
d) Bengkung – Dapat free waktu beli set Tanamera dulu, yang penting bengkung dia kain cotton sesuai dan selesa untuk mummy yang beranak cser. So bengkung ni masih elok, so sambung guna jer la.
Oh btw, mummy beli set Nona Roguy tu yang preloved ajer tau. Kebetulan dia habis berpantang bulan 4 dan banyak barang dalam set tu yang dia tak guna, guna pun satu atau dua barang jer so mummy decide why not untuk jimatkan duit beli preloved je.
2. Breast pump & Silicone Milk Collector
Barang wajib ada untuk ibu yang menyusu. Ikut pengalaman, biasanya awal – awal guna milk collector sebab tandem feeding dengan baby. Lagi pun kalau nak pump awal-awal bukan perlu sangat, tak payah nak stresskan diri sendiri sebab milk production ikut umur baby. Nanti kalau milk yield sikit, mula lah kita stress sorang-sorang lagilah milk production kita jatuh tau.
Mummy akan mula simpan stock sebulan before masuk kerja macam tu. InsyaAllah sempat. Waktu Aileen dulu guna milk collector Brand Haakaa, sekarang nak cuba Brand Autumnz pulak. Harga cuma Rm25. Alhamdulillah, untuk breast pump mummy guna Brand Cimilre agak tahan lasak jugak, yang penting handsfree, harga pun berbaloi dan bunyi tak bising. Chill and relax je lah kalau attend meeting hikhik.
3. Tungku ibu & tuam baby
Waktu Aileen dulu beli tuam baby tanpa set dia, so bila nak tuam tu agak cerewet sebab kena guna iron untuk panaskan tuam. First baby takde pengalamankan. So kali ni mummy beli satu set terus, tak mahal dalam Rm18 dapat tungku kecil, lilin & tempat panaskan ala-ala aromaterapi tu.
So senang nak panaskan tungku baby direct terus. Untuk tungku ibu, memang dah ada turun temurun kat rumah mak guna batu sungai dari zaman nenek moyang lagi dah guna batu sungai yang sama.
4. Set tanam uri baby
Ni barang optional je tau, tapi jadi barang wajib bagi mummy sejak waktu Aileen dulu untuk mudahkan husband uruskan uri.
Brand apa pun boleh tapi mummy beli set yang ada periuk tanah sekali sebab uri kena tanam elok tak nak bagi binatang korek ke apa kan, so letak dalam periuk tanah mummy rasa lagi secure gitu (perasaan).
Basically, set tanam uri ni ada sertakan cara menguruskan uri dan doa yang perlu dibaca waktu tanam uri, asam jawa & asam keping, garam, kain putih, sarung tangan latex dan apron. Complete kan?
So memudahkan suami kita untuk settlekan part urusan penanaman uri anak, semua dah lengkap tersedia. Mommies nak prepare sendiri pun boleh tau tapi mummy memang malas nak sediakan satu-satu. Harga set ni rm 38 include postage.
5. Bepanthen Cream
Penting untuk guna pada nipple crack waktu menyusukan bayi, antara cream yang cepat elokkan nipple crack. Plus point, Bepanthen boleh guna untuk nappy rash anak jugak.
6. Nursing Cover, Nursing Pad & Nursing Bra
Mummy guna nursing cover by Marredz sejak anak pertama. Memang selesa nak susukan baby, lepas tu Marredz buat sekali dengan clutch. Lepas guna lipat & simpan dalam clutch bag tu. Kemas je.
Tapi sekarang dah bermacam jenis nursing cover jual kat kedai, so mommies boleh pilih yang berkenan di hati ye. (Kena standby masuk beg hospital jugak sebab kadang-kadang ramai yang datang melawat time kita menyusukan anak kan)
Nursing pad benda wajib jugak sebab selalu bra akan ‘basah’ sebab susu keluar. So kena standby hikhik ?
7. Supplement – Osteomatrix Shaklee, Prenavit
Mummy tak jual, tapi mummy guna yang ni jer sebab badan rasa sesuai dengan osteomatrix ni. Lelagi bab penghadaman. Serik kalau cser tapi sembelit. Mau menangis nak teran dalam toilet huhu. So bila makan osteomatrix ni senang lawas la sikit. Sebab mummy jenis kurang jugak makan buah. So carik alternatif lain.
Mummy akan elakkan makan benda berjamu awal-awal sebab bagi baby habis kuning dulu baru minum sikit-sikit. Prenavit pulak supplement untuk pregnant & BF mother. Yang ini jer boleh telan. Obimin, Iberet semua yang lain maaflah tekak tak boleh telan huhu.
8. Stokin Tebal (takde dalam gambar) – wajib pakai, kalau tak mak pokpek pokpek tak pakai stoking hehe
9. Maternity Pad
Mummy tak beli yang ikat tali tu, mummy guna adult pampers untuk awal-awal time darah banyak lelagi susah nak bergerak lepas c-ser (yang jenis pampers ni bawak dalam beg pergi hospital). Lepas tu tukar pakai overnight pad/ wing pad biasa jer. Lagi selesa dan memudahkan.
10. Tukang Urut/Confinement Lady (CL)
Untuk yang berpantang sendiri, sekarang banyak servis disediakan untuk tolong mommies semua uruskan diri dan anak.
Mummy dah siap awal – awal hire CL untuk urutan ibu dan urusan bayi kat Terengganu nanti. Tak lama pun dalam dua jam sehari, pakej mummy ambil untuk 21 hari. Bab makanan berpantang, semua biasa mak yang masak hehe.
Cuma part bertungku, mengurut, pakai bengkung, pakai param & pilis and mandian tu mummy serah kat CL sebab taknak susahkan mak. Untuk baby pulak servis dia tolong mandikan, tuam dan urut baby sekali. Cukup lah yang tu pun memadai.
Diharap sharing mummy membantu sayang-sayang untuk siapkan barang berpantang ye.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerang Hanya Boleh Diperkenalkan Pada Bayi Selepas Usia 1 Tahun. Doktor Kongsi Cara Masak Kerang Untuk Bayi
Tidak seperti makanan lain, makan kerang segar atau dalam tin harus ditangguhkan sehingga bayi menginjak usia 1 tahun.
Umumnya, kerang mempunyai kandungan garam yang tinggi yang jika dimakan secara berlebihan akan menyebabkan hipernatremia.
Pendedahan awal yang berlebihan kepada garam memainkan peranan dalam penyakit kardiovaskular, hipertensi dan obesiti
Bagaimanapun kerang kaya dengan protein, vitamin B12 dan mineral seperti besi dan selenium.
Kerang segar dibeli hidup-hidup. Basuh mereka dengan teliti untuk mengeluarkan serpihan sebelum memasak. Kerang segar dilihat apabila cangkerangnya terbuka sepenuhnya semasa proses memasak. Jika tidak, toskan kerana mungkin tercemar (saya pun baru tahu. Sebelum ni kalau tak buka saya paksa buka 😂).
Isi kerang bulat, bergetah dan licin menjadikannya bahaya kerana muda tercekik untuk bayi. Pastikan kisar halus dan gaul dengan makanan lain sebelum diberikan kepada si kecil kita (selepas umur 1 tahun ya)
Memandangkan kerang adalah kerang – ia mempunyai risiko alahan. Oleh itu, setiap kali memberikannya kepada anak anda, pastikan anda memperkenalkannya pada jumlah yang sedikit dan lihat reaksinya terlebih dahulu.
Jika baik maka anda meningkatkan kuantiti secara beransur-ansur. (Tetapi tidak terlalu banyak kerana ia mempunyai kandungan garam yang tinggi)
Jadi adakah anda telah mencuba memberikan kerang kepada si kecil anda?
Kredit: Dr Amalina Daud
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI