Sempena ulangtahun kelahiran penyanyi nombor 1 negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza, para peminat tidak lupa mendoakan juga untuk anaknya, Siti Aafiyah.
Hari ini, 11 Januari Datuk Sri Siti genap 40 tahun dan hashtag #sitigolden40th menjadi trending di beberapa sosial media termasuk Twitter.
Di Instagram, Datuk Sri Siti telah memuatnaik screen shot tarikh 1 Januari 2019, jam 11.11 pagi yang berlatarkan gambar Aafiyah yang sedang tersenyum dengan kapsyen pendek menyatakan kesyukurannya kepada Allah.
ctdk Alhamdullillah.. Syukur ya Allah.. #sitigolden40th
View this post on InstagramAlhamdullillah.. Syukur ya Allah.. #sitigolden40th
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Posting ini menerima hampir 8,000 ucapan dan 260 ribu likes. Di samping mengucapkan selamat hari lahir buat Datuk Sri Siti, para peminat tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan Aafiyah. Pendek kata, Aafiyah sentiasa menjadi perhatian peminat pada ibunya!
Sumber:ctdk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas 12 Jam Perjalanan, Ainul Tiba Di Tanah Air Dengan Selamat
“Alhamdulillah… Ainul sihat,” itu reaksi Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa Ainul Mardhiah, bayi perempuan berusia 11 bulan yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor.
Dia memberikan maklum balas itu sebaik disapa oleh pemberita yang menunggu ketibaan keluarga terbabit termasuk Ainul Mardhiah dan isteri Ahmad Saifuddin, Nurul Erwani Zaidi, 24, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dari London.
Ainul Mardhiah bersama ibu bapa tiba di tanah air jam 7.15 pagi, hari ini dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH0003.
“Alhamdulillah, keadaan semua ok… selamat sampai tiada sebarang masalah di atas pesawat.
“Terima kasih kepada semua yang menunggu di sini, terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menanti dan mendoakan. Alhamdulillah kami selamat sampai,” katanya ketika ditemui sebelum bergerak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki ambulans.
Ainul Mardhiah dibawa ke HKL bagi rawatan dan pemantauan susulan terhadap kesihatannya.
Semasa dimasukkan ke dalam ambulans sebelum bergerak ke HKL, Ainul Mardhiah kelihatan mencelikkan mata.
Penerbangan pulang Ainul Mardhiah dan ibu bapanya ditemani doktor sukarelawan dari Malaysia, iaitu Perunding Anaesthesiologist dan Pakar Penjagaan Kritikal Hospital Pakar Avisena, Kol (B) Datuk Dr Jaseemudeen Abu Baker serta Perunding Anaesthesiologist dan Pakar Perubatan Penjagaan Kritikal Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr Gunalan Arumugam.
Bayi itu berada di London selama lebih dua bulan sejak Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani membawanya ke London pada 25 Mei lalu untuk menjalani pembedahan kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’.
Ketumbuhan seberat 200 gram di mulut bayi itu berjaya dibuang pada 10 Jun lalu selepas menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Great Ormond Street.
Pembedahan itu dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang bersama pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri, yang bertanggungjawab membawa bayi itu serta ibu bapanya ke London bagi mendapatkan rawatan.
Kisah Ainul Mardhiah bukan saja mendapat perhatian rakyat Malaysia, malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menziarahinya ketika beliau berada di United Kingdom baru-baru ini.
Sumber: Metro
Kredit Gambar: Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam Bermimpi! Malam Pergi Beli Barang Baby, Esoknya Doktor Cakap Baby Meninggal
Memang terlalu sukar hati ini untuk menerima khabar tentang kematian anak sendiri terutamanya bayi yang masih dalam kandungan. Meskipun telah dimaklumkan doktor akan berita sayu itu namun, hati terpaksa terima ketentuan Ilahi.
Perkongsian Fakhri Ery ini pasti menyentuh hati kita. Bakal menimang cahaya mata namun, bayi itu telah disahkan meninggal dunia di dalam kandungan seusia 27 minggu.
Kematian bayi dalam kandungan atau ‘lahir mati’ ibarat mimpi sedih yang sukar untuk dihadapi terutamanya buat wanita. Bayangkan segala impian dan kegembiraan untuk menimang cahaya mata dan mendengar tawa tangis si manja hilang dalam sekelip mata.
Lagi terasa apabila tendangan manja dan gerakan yang sebelum ini mengejutkan ibu sama ada waktu pagi, petang atau malam dah tiada lagi seperti selalu.
Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri ini yang telah kehilangan bayi ketika usia kandungan 27 minggu.
Perkongsian Fakhri Ery ini sangat menyentuh hati kerana impian untuk membesarkan anak selepas mendirikan rumah tangga belum memihak pada mereka lagi.
4 Julai 2019 (Khamis)
Bayi Tak Aktif Macam Biasa
Isteri perasan gerakan bayi syurga kami xterlalu aktif sehinggalah jam 2 ptg gerakan terakhir yg agak lemah. Hari tu, aku pulang dr kerja agak lewat, (lepas maghrib). Dalam keadaan letih, isteri sedang mkn dan mengadu yg anak kurang bergerak. Aku pon hanya tersenyum dan mengiyakn sahaja (xdgr pon sebenarnya ape yg die ckp).. Bru sje nk letak punggung, istri terus mengajakku kluar mlm utk cari brg baby sbb die dh scan kelmarin baby die tu boy.. Excited sngt katenye. Aku dgn keadaan letihnye melihat kpd “keexciteddan” istri, aku mengalah. ye lah mlm ni kite pergi ye lps solat maghrib… sesampai di pasaraya mcm2 brg baby die ambik (ayooi bnyak jugak abis duit).. tp xpe lah, beli sikit2..
5 Julai 2019 (Jumaat)
Dari Semalam Masih Tak Bergerak
Keesokannya sesudah solat subuh aku trus smbung tido (mklumlah ari cuti). Smpaikn istri keluar pergi mengajar pon aku xsedar.. setelah pulang mengajar, kami mkn bersama dan skli lg istri mengadu baby masih xbergerak. Tp kami masing2 cube sedapkn hati, (tnggu lah lps2 ni. gerok lah tu). Lps solat jumaat istri mengdu lg, baby xbrgerok. ak dh mula xsedap hati terus ajak pegi klinik. mula2 pegi klinik komuniti, nurse tu ckp doctor xde kt sini. hri jumaat klinik bnyak tutp, pusing2 dlm 3 4 buah klinik semua tutup.
Tiada Denyutan Jantung
Last pergi ke klinik kt kuala ibai. mase doctor scan jantung baby tu, doctor ckp die xnmpak jntung baby. tp aku dh perasan doctor tu xnk bg kami ni terkejut ngn keadaan baby tu. so die tetap cri pusing2 kt perut dlm 15 minit pon ade. time tu aku dh mula sebak, sbb nmpak jantung baby xbergerak langsung (baby dh meninggal).. tp cover xnk bg istri nmpak.. doc tunjuk kt kami skrin scan tu dan dia britahu kami utk terus rujuk ke HSNZ. plus doc ckp, ape2 berlaku mohon bersabar kuatkn semangat.. lg lah sebak… smbil doc isi borng utk rujuk k hsnz , tetibe istri ckp, “mesin ye xmolek orn, maring dulu sy scan molek ade je gerok jntung”. bertambah2 sebak aku dibuatnya. nmun aku hanya lontarkn senyuman terpakse kpd istri.. dlm perjlnn k HSNZ, air mataku sdh mula menitis, tp istri xperasan sbb memandu pakai kacamata hitam (wlpon cuaca mendung)..
Isteri Pertahan Cakap Bayi Masih Ada
Sampai di HSNZ, kami beri surat rujukan doctor tadi kpd nurse yg bertugas. nurse pon ckp, “doc kate anok awk xdok dh ni..” istri pon menjawab, “bukan..doc tu ckp xnmpak jantung baby kt mne..” aku ni menjurai air mate dgr istri yg masih xsedar yg ank dh xde.. nurse pon trus memanggil istri masuk k bilik rawatan utk mmbuat pemeriksaan lnjut. selapas hmpir stgh jam, aku dipanggil nurse utk masuk jupe doc. doc beritahu bahawa baby lam kandungn istri dh xde blood flow dan denyutan jantung… ak thn lagi sebak. doctor berithu yg istri trpakse lahirkn baby tu sbb baby dh meninggal. die berithulah procedure2 yg kne istri lalui dan aku memahaminya. last doc tnye, “ade ape2 soalan?”. istriku bersuara, xde jalan lain k nk selamatkn baby ni??? (die masih belum paham yg baby tu dh xde). kli ni aku kalah.. ak trus peluk istri dan menangis.. barulah die paham yg anak kami mmg dh xde.. kami berdua mncurah2 air mata dpn doc..
then, admitted ward slma 4 hari sebelum lahirnya baby syurga kami Muhammad Yusof bin Muhammad Fakhri pada 8 julai 2019 jam 9.53pm.. kemudian jenazah diambil sedikit uri dan darah utk mengtahui sebab kematian. jam 11.30pm jenazah dibawa k bhgian forensik untuk disimpan semalamn. 9 julai 2019 jam 8am, dimandi dan dikafankn di HSNZ.. jenazah dihantar k kubur merbau patoh dan selamt dikebumikn jam 10am..
Hanya Sempat 27 Minggu Dalam Kandungan Mama
Hadirmu hanyalah 27 minggu dlm kandungan mama, namun pemergianmu mampu menitiskan berjuta2 air mata org yg menanti kelahiran mu syg..
terima kasih kepada semua ummi abi dan keluarga mok mertue adek beradik ipor biras sedara mara dan kawan2 yg sentiase bantu serta mndoakn kebaikan utk kami.
ribuan terima kasih utk istri tercinta kerana melahirkn bayi syurga buat ayah..
innalilahiwainnailahirajiun.. semoga arwah Muhammad Yusof dapat memberi syafaat utk ayh dan mama dihari akhirat kelak..
Sumber: FB Fakhri Ery
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Lahir 2016/2017, Daftar Tahun Satu Sesi 2023/2024 Dibuka Mulai 1 Mac
Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2016 dan 2017. Pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 sehingga tarikh yang akan dikemaskini. Permohonan murid Tahun 1 boleh dibuat secara online.
Borang pendaftaran murid ke Tahun 1 sesi 2023 dan 2024 boleh diisi melalui Sisten Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) – public.moe.gov.my).
Ibu bapa dinasihatkan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan untuk membolehkan permohonan kemasukan diproses.
Tarikh permohonan Murid Tahun Satu
– 1 Mac 2022: Tarikh Buka
– Akan Dikemaskini: Tarikh Tutup
Kategori Permohonan Kemasukan Tahun 1 2023/2024
Untuk makluman, kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut:
– 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017 (Untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2023)
– 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018 (Sesi persekolahan tahun 2024)
Cara membuat permohonan
i) Pendaftaran murid Tahun 1 boleh dibuat seperti berikut:
1) Aplikasi permohonan/pendaftaran secara online boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut:
Berikut dikongsikan cara mendaftar murid Tahun Satu secara online:
1) Layari laman SPATKPM
2) Untuk pengguna sedia ada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
3) Untuk pengguna baru SPATKPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di DAFTAR PENGGUNA
4) Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan Penjaga
Mula pengisian borang permohonan pendaftaran. Untuk makluman, di antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut:
1) Maklumat prasekolah/tadika
2) Profil kesihatan
3) Rekod imunisasi kanak-kanak
ii) Cetak borang dan hantar dokumen yang diperlukan
Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa atau penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu semasa tempoh permohonan pendaftaran dibuka. Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut:
1) Salinan permohonan online
2) Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta satu salinan)
3) Kad pengenalan ibu bapa/penjaga (Salinan asal beserta satu salinan KP ibu dan bapa
4) Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan satu salinan)
5) Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
6) Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
7) Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
8) Borang persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
Selamat membuat pendaftaran untuk anak Tahun 1 2023/2024. Moga permohonan kemasukan yang dimohon berjaya diluluskan.
Kredit: semakan.my
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI