Semua Anak Kita Pandai. Cuma Kalau Terlepas Yang Ini Memang Rugi!

Share

Nak anak cepat pandai dan boleh membaca. Ini antara yang selalu diperkatakan oleh ibu bapa hari ini. Betul apa yang kita niatkan ini baik tetapi adakah kita terfikir perkembangan anak dari awal itu lagi penting berbanding dengan dua aspek itu. Jika aspek perkembangan awal ibu bapa dah gagal jangan nak harapkan yang lebih pada anak.

Sebab itu, ibu bapa kena faham flow anak-anak supaya mereka tidak rasa tertekan di peringkat awal lagi dan akan sentiasa seronok meniti usia kecil mereka. Jika aspek perkembangan anak ibu bapa berjaya capai, automatik anak pandai dari semua aspek. Percayalah!

Perkongsian dari Terapis Cara Kerja (Paediatrik) Liyana Raya ini boleh memberi panduan pada ibu bapa untuk lebih peka.

Saya tak against mana2 kanak2 pun utk membaca di usia 4 tahun. Yang saya against kan kalau:

1. Anak masih tidak pandai bercakap dan berkomunikasi.

Di usia 4 tahun,anak sepatutnya sudah berupaya untuk bercerita dan membina ayat lebih dari 4 patah perkataan dalam satu masa. Anak sudah boleh memberitahu,mengadu dan membuat cerita serta tahu bagaimana untuk melihat rakan2 sebaya buat apa… observe mereka,ajak main sama2 atau duduk dgn kawan2 yang mereka suka. Di usia ini mereka sudah tahu sedikit sebanyak nak mengkritik (bukan membuli) hasil kerja rakan2. Ini fitrah. Dtgnya mereka ke sekolah dalam keadaan boleh dengar arahan,faham arahan,tahu kedudukan meja,kerusi,kelas dan sbgnya serta boleh ikut rutin dengan baik.

Jika anak anda masih menyanyi-nyanyi,mumbling entah apa2,masih banyak menangis daripada bercakap,masih tak tahu rakannya buat apa, ini menunjukkan anak tidak sesekali BERSEDIA UNTUK MEMBACA.

2. Jika anak masih tidak toilet trained.

Well,usia paling awal anak ke toilet adalah 2 tahun. Logiklah,usia 4 tahun sepatutnya anak dah ready kot ke toilet terutamanya kencing di toilet. Berak kdg2 masih nak pakai pampers lagi itu biasa. Tapi usia 5 tahun patut dah boleh dah berak kat toilet.

Dlm proses nak ke toilet ni,anak patut sudah tahu beza kencing dan berak. Boleh indicate needs (tahu yang dia perlu kencing/berak skrg),sudah tahu cuci (walaupun kdg tak bersih mana),sudah tahu minta di flush kan toilet atau flush sendiri.

Jika anak anda masih lagi tak tahu beza antara kencing dan berak,masih nak main dengan najisnya sendiri di usia 4 tahun,jangan memandai-mandai nak suruh dia membaca. Setelkan yang ini dulu.

3. Jika anak masih memasukkan benda dalam mulut,semua benda nak dikacau,dipanjat,dan dicapai.. makna kata,tak faham fungsi objek2 sekeliling… tak payahlah sibuk2 nak suruh anak pandai membaca.

Tolonglah… usia 4 tahun ni dia patut dah tahu la kerusi boleh buat untuk duduk,time cikgu ajak main panjat kerusi (untuk balancing skill) dia boleh ikut,meja untuk belajar cikgu nak letak buku,bukan dipanjat panjat. Nanti meja tu guna untuk letak makanan jugak time rehat… senang cerita,boleh ikut arahan la…

4. Jika anak masih lagi tidak tahu nak kongsi barang,nak beratur ikut garisan,nak bersabar,tahan diri dari mengamuk untuk benda remeh…takde makna dia pandai membaca.

Isu sosial seperti ini amatlah penting dalam pembentukan sahsiah dan peribadi seseorang insan. Bayangkan kalau kita ada kawan2 pejabat yang memang bagus pun belajar,tapi bila bab nak handle dengan konflik sikit,tau nak mengamuk,baling barang,coping mechanism lemah. Kita pun stress dengan kawan kita tu.

Habis tu,anak2 kita tak mcm tu ke? Pandai baca memanglah pandai,tapi bab handle konflik je.. lemah. Setakat kawan tertolak dia sikit saja dengan tidak sengaja,dah melenting bagai. Kawan nak pinjam brg dia,tak nak share. Mengamuk. Tak boleh tolerate dengan kawan2 sekeliling.

A’ah ye baca memang pandai tapi bab handle emosi,ke laut. Silap haribulan boleh pecah brg2 sekeliling dibuatnya akibat tak pandai handle konflik remeh temeh seperti itu.

5. Jika anak masih perlu makan sambil tengok gadget,hentikanlah semua tu. Bagi anak boleh makan tanpa gadget baru dia ready nak hadap apa yang dimakan di sekolah. Bila too much depending on the gadget,pandai baca mcm mana pun… takleh handle isu konflik ringkas. Ini biasa berlaku.

Pemilihan tadika adalah di tangan masing2.

Saya tiada isu nak hantar anak ke tadika mana,asalkan mengikut konteks kemampuan masa,wang dan tenaga masing2.

Mostly tadika create silibus mengikut silibus KPM. Ya utk prepare anak2 ni menghadapi silibus yang you all rasa takut sangat tu.

Tapi tadika yang bagus adalah tadika yang masih mengamalkan aktiviti bermain. Yang sepenuhnya bermain pun tiada masalah.

Apa yang penting adalah ibu bapa janganlah menekankan anak sangat. Bab mengajar tu taulah cikgu nak jalankan kerja mereka.

Kita ni sbg mak ayah kenalah faham… anak tu bila dah jumpa kita,dia nak kita main dengan dia.. layan dia… sembang ngan dia.. toksah la dok sibuk balik rumah je kena ulangkaji pelajaran,hantar tuisyen bagai sedari usia 4 tahun. Allahu kesian anak…….

Kalau cikgu bagitau dia belum boleh baca lagi,please be alert that usia membaca adalah di usia 6-10 tahun. Ni usia membaca. So kalau dia masuk tadika usia 4 tahun tak boleh membaca lagi itu normal lah… anggap saja pergi tadika tu utk memupuk semangat bersosial,utk jadikan anak lebih berdikari,dan memupuk readiness utk faham rules&regulations di sekolah. Kalau cikgu kata kat tadika mereka usia 4-5 tahun banyak bagi aktiviti bermain,lagi bagus. Itulah namanya meraikan fitrah anak2.

Anak2 suka pergi sekolah.
Anak2 suka aktiviti di sekolah.

What else do you expect?
Sebab bermain mmg bagus utk pembentukan perkembangan emosi anak2. So what? Let them enjoy themselves la.

Ni sibuk tanya cikgu,anak saya dah boleh baca belum? Hadoi padahal cikgu sibuk nak tengok anak dia dah boleh ikut arahan ke belum,pandai urus diri ke belum,dan sbgnya.

Tapi kalau ada tadika yang awal2 lagi dah expect anak utk pandai membaca sebelum masuk ke tadika lagi,lupakanlah. Tak patut wujud pun tadika jenis mcm ni. So nonsense kalau nak bagi test membaca utk anak usia 4 tahun.

Anak kalau dia dah ready semua ni,sekejap je membaca tu jadi lancar. Peranan kita bagi je anak bermain dengan baik. Wujudkan bonding kita dan anak di situ. Bab membaca itu semua tugas guru. Jadikan aktiviti membaca ngan kita sebagai selingan saja. Bukan aktiviti wajib.

Sumber: Liyana Raya (Occupational Therapist Paediatric)

Published by
Wan Amy