Bagi yang mengikuti media sosial selebriti, Betty Rahmad pasti cukup mengenali keramahan dan kebijaksanaan si comel Adry Wira yang sentiasa menghiburkan ibu dan ayahnya.
Jika sebelum ini Ardy Wira membuat hotel tour ketika bercuti, kali ini anak kecil yang petah ini mengajar ibunya berenang pula.
Petah berkata-kata malah lagak gayanya seperti seorang jurulatih renang yang cukup berpengalaman.
“Morning with my personal swimming coach.
Ads
“Semua benda eh coach saya explain sampai phone nak letak mana pun dia bagitau lol.
“Tak sia-sia lah his swimming coach @danorniel trained him well,” kongsi Betty menerusi kapsyennya di Instagramnya.
Ardy Wira yang baru berusia empat tahun tujuh bulan itu beraksi lincah mengajar ibunya langkah demi langkah ketika berenang.
Ads
Melihat video yang dikongsikan Betty, jelas Ardy Wira yang baru sahaja belajar berenang bersama jurulatih peribadinya mula menunjukkan kepakarannya dan kini sudah mula pandai berenang.
Terdahulu, Betty dan suaminya Ardy Damis berkahwin pada 4 Februari 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang anak, Ardy Wira yang kini berusia empat tahun.
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Kalau sudah namanya penyanyi dengan vokal yang hebat, anak pasti akan turut serta mengikut langkah.
Itulah yang diperkatakan oleh wargamaya bila mana penyanyi Syamel memuat naik videonya bersama anaknya, Nur Khawla Soleha di Instagram.
Mana tidaknya, aksi Syamel yang mengajar Khawla bertepuk tangan dengan mengikut tempo buat ramai yang terhibur.
“Amaran! Jangan sesekali pressure anak kita buat benda yang kita suka?,” katanya berseloroh.
Apa yang menarik perhatian pastinya gelagat Khawla yang begitu pandai mengikut tempo ayahnya biarpun sesekali terbabas dan lari dari tempo.
Malah Khawla yang kini berusia 1 tahun lima bulan itu semakin lincah bertepuk tangan dengan ayahnya sambil menggoyangkan badannya. Memang comel.
Meninjau diruangan komen, wargamaya meninggalkan pelbagai reaksi malah terhibur dengan Syamel yang berjaya membuat Khawla bertepuk tangan dengan tempo yang betul.
Terdahulu, Nur Khawla Soleha dilahirkan pada 22 Februari 2022. Khawla kini sudah pun berusia satu tahun lima bulan.
Pencarian Bayi Pa&Ma 2014 mengikut zon di seluruh Semenanjung Malaysia sudah berakhir! Baru-baru ini, telah diadakan Pencarian Bayi Pa&Ma 2014 bagi zon tengah yang berlangsung di Little One, Baby & Mum, Kiddy Expo yang bertempat di Viva Expo Hall, Cheras, Kuala Lumpur.
Pencarian yang diadakan selama dua hari ini merupakan zon terakhir iaitu zon keempat termasuk tiga zon lain yang melibatkan zon selatan, utara dan timur. Sebagaimana pencarian sebelum ini, syarat-syaratnya tetap serupa iaitu memberi peluang kepada bayi-bayi yang berumur di bawah dua tahun untuk sama-sama menyertai pencarian ini.
Apa yang menarik, walaupun pencarian ini diadakan di waktu Ramadan, ia tetap mendapat sambutan hebat daripada pembaca setia majalah ini. Kesungguhan ibu bapa jelas terpancar apabila ada yang membawa persalinan pakaian dan aksesori hiasan bagi memastikan anak masing-masing tampil menarik semasa sesi penggambaran. Malah gelagat ibu bapa mengagah anak, memang mencuit hati.
Hampir 120 orang peserta telah menyertai sesi test shot ini yang melibatkan dua photo booth dengan para peserta diberi nombor mengikut giliran masing-masing.
Bagaimanapun hanya tiga orang daripada 15 peserta bagi setiap kategori iaitu kategori A (bawah satu tahun) dan kategori B ( bawah dua tahun) dari zon tengah ini akan dipilih untuk ke peringkat seterusnya.
Sokongan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh ibu bapa amat dihargai oleh Pa&Ma. Tidak dilupakan, setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Lanceford Exhibitions (M) Sdn Bhd kerana menaja lokasi Pencarian Bayi Pa&Ma 2014 (Zon Tengah) di Viva Expo Hall, Cheras, Kuala Lumpur. Juga kepada semua pihak yang terlibat yang sentiasa menyokong Pa&Ma bagi merealisasikan pencarian ini sejak dari awal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MBO Cinemas dan Me Books Asia telah melancar buku cerita bertemakan Adiwira yang bertajuk “Unleash The Superhero In You”. Buku ini mengisarkan tentang watak Alison dan bagaimana sesuatu perkara itu tidak mencerminkan keadaan yang sebenar. Sepanjang kehidupannya, dia cuba melakukan perubahan besar dengan membantu orang di sekelilingnya.
Sebagaimana yang kadang-kadang terjadi dalam kalangan ahli keluarga dan teman-teman, ianya lebih mudah untuk melihat dan mengkritik sahaja, tidak membabitkan diri dan tidak peduli terhadap nasib orang lain. Tidak sekadar mengharapkan sesuatu keajaiban, kita perlu membenarkan orang seperti Alison untuk menjadi sumber inspirasi bagi menyerlahkan adiwira di dalam diri kita demi membina dunia yang lebih baik. Kisah ini ditulis dengan niat untuk memberi inspirasi dan memupuk nilai murni dalam kalangan kanak-kanak.
Kerjasama yang pertama seumpamanya ini membawakan penceritaan istimewa untuk kanak-kanak. Kolaborasi antara MBO Cinemas dan Me Books Asia untuk menerbitkan siri buku cerita tersebut turut berupaya mengeratkan lagi hubungan keluarga dan menggalakkan masa berkualiti antara ibu bapa dan anak-anak mereka.
MBO Cinemas dan Me Books Asia berganding tenaga bagi menyampaikan mesej bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan, kehandalannya yang tersendiri dan mereka juga memiliki sifat-sifat seorang adiwira. Pada masa sama, ia turut memberi penekanan terhadap keajaiban sesuatu penceritaan yang tidak hanya terhad kepada lembaran buku melalui penyediaan kemudahan mesra kanak-kanak di Kecil Halls MBO Cinemas.
Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran MBO Cinemas, Jamie Tiong berkata, “Menjadi pawagam pertama di Malaysia yang mempunyai panggung khas mesra kanak-kanak yang dilengkapi dengan kawasan permainan dan tempat duduk berbaring untuk keluarga yang selesa, sememangnya amat bermakna bagi kami. Kami menyasarkan untuk terus menginovasikan perkhidmatan kami dan peluang kerjasama dengan Me Books Asia ini membolehkan kami melangkaui konsep pawagam konvensional. Kecil Halls telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan saya gembira untuk membawakan pengalaman unik ini kepada lebih ramai keluarga di seluruh negara.”
“Bersama-sama dengan MBO Cinemas, kami berusaha untuk menggalakkan keluarga di Malaysia agar memupuk nilai kekeluargaan yang murni. Buku cerita ini dikarang khusus untuk kanak-kanak dan dilengkapi dengan audio dalam aplikasi Me Books Plus. Ia disampaikan oleh artis suara latar profesional dengan memberi penekanan terhadap sebutan dan intonasi terbaik bagi merangsang daya imaginasi dan pertuturan kanak-kanak. Menerusi kerjasama ini, kami berharap untuk memberikan buku ini secara percuma kepada semua ahli MBO STARCLUB pada masa akan datang. Kami gembira kerana dapat berganding bahu dengan MBO Cinemas dalam usaha memupuk generasi pencerita akan datang.” – Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Me Books Asia, Hao Jin.
Buku cerita ini akan dijual dengan harga RM50 senaskah semasa Kempen Derma Darah tahunan MBO Cinemas pada 24 dan 25 Ogos di Starling Mall. Untuk menjadikan pengalaman penceritaan lebih menarik, buku audio interaktif juga boleh didapati dalam aplikasi Me Books Plus.
Hasil daripada jualan buku cerita pertama berjudul, “Unleash The Superhero In You” akan disumbangkan kepada Yayasan Pendidikan Little Yellow Flower yang akan memberikan manfaat kepada kanak-kanak kurang bernasib baik yang tidak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.
Kerjasama ini juga akan menyumbangkan lebih 1,000 naskah buku cerita berkenaan kepada perpustakaan di lima buah negeri sempena kempen #MalaysiaMembaca yang dilancarkan oleh kerajaan menerusi rancangan Dekad Membaca Kebangsaan. Perpustakaan yang terlibat ialah Perpustakaan Negara Malaysia serta empat lagi perpustakaan di Selangor, Perak, Johor dan Sarawak.
Buku cerita berkenaan boleh didapati di lokasi-lokasi seperti MBO Cinemas Starling Mall pada 24 dan 25 Ogos 2019 & Me Books Nooks berlokasi di Sunway Citrine Hub Johor, CzipLee Bangsar Kuala Lumpur, CzipLee Mid Valley SouthKey Johor. Bagi anda yang gemar membeli secara atas talian anda boleh layari Me Books Store:https://www.store.mebooks.asia/ dan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku cerita tersebut, sila kunjungi: https://www.mebooks.asia/ .
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.