Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia. Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no ??♀️??♀️??♀️
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha ?
Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” ?
Ads
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Ads
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN
•TEGURAN
•BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Ads
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala.
Melayari kehidupan berumah tangga selama 7 tahun, kemesraan Siti Sarah dan Shuib sentiasa menjadi perhatian peminatnya di Instagram dan ada juga menjadikan mereka pasangan contoh.
Sempena ulang tahun kelahiran Sarah, Shuib memberi ucapan yang cukup bermakna buat cinta hatinya.
Selamat Hari Lahir kesayangan dunia akhirat Insyaallah. Semoga Allah kurniakan ibu segala rahmat dan kebaikan dunia dan akhirat.
Semoga Allah merahmati kita hingga ke Jannah…Istiqamah dalam cinta, kasih dan sayang. Love U
Malah menerusi status Sarah tiga hari lalu, dia juga turut berdoa agar Allah mengizinkan cinta mereka kekal selamanya sehingga ke syurga selain mengucapkan selamat hari jadi kepada Shuib.
“Moga Allah mengizinkan cinta kita hingga ke syurga. Happy brithday suami,” tulisnya.
Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Menerusi status sama, Sarah juga turut berdoa agar Shuib diberi umur yang panjang dan rezeki yang murah agar dapat memberi lebih manfaat dan berbakti kepada orang lain.
Penyanyi yang popular dengan lagu Semakin itu turut berdoa agar rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu itu sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan.
“Moga diampuni segala dosa suami ku dipanjangkan umurnya supaya lebih banyak manfaat hidupnya untuk sekalian alam, dimurahkan rezekinya supaya lebih banyak amal yang dapat dilakukan.
“Lebih berjaya, aman rumah tangga, moga suami ku diberkahi dan dipermudahkan segala urusan akhirat dan dunia… Amin amin amin ya robbal alamin.
Sarah juga turut mengucapkan penghargaan kepada ibu mertuanya, Salamiah Jalani kerana telah melahirkan Shuib dan menjadi teman hidupnya.
“Terima kasih Allah mencipta suami ku… Terima kasih @amy_salmi melahirkan suami ku… Terima kasih @shuibsepahtu menjadi suami ku.
Sumber: ig Siti Sarah & Shuib
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. Malah untuk mengembalikan semula berat badan ideal terasa menjadi satu kepayahan. Bukan hanya mak-mak, bahkan selebriti popular tanah air, Fazura turut berdepan hal yang sama selepas melahirkan Fatima.
Menurut kata ibu kepada Nur Fatima Aisya ini lagi, berat badannya pernah mencecah sehingga 76kg ketika mengandungkan anaknya.
Namun perlahan-lahan dia cuba memperoleh kembali berat badan idealnya kini. Pun begitu kata Fazura ia tidak mudah. Tambahan pula ketika mengandungkan Fatima, dia makan apa sahaja tanpa mengehadkan dirinya. Semuanya demi kandungannya ketika itu.
Jelasnya lagi, dia sebelum ini menerima banyak pandangan mengenai soal pemakanan demi anak yang dikandungnya ketika itu.
“Pada sebelah pagi, saya biasanya minum air kosong dan lemon bersama oat. Kemudian tengahari pula saya ambil hidangan berat macam nasi dan sebagainya. Malam pula kalau saya lapar, saya makan buah saja.
“Ketika hamil saya dengar nasihat orang luar yang minta saya makan apa saja demi mendapatkan bayi comel dan gebu. Jangan tak tahu, saya juga minum Milo Ais Tabur, boleh dikatakan hampir setiap hari.
“Kata mereka makan saja, nanti lepas bersalin mesti cepat kurus. Ketika hamil berat saya 76kg. Bila bersalin berat badan turun ke 65kg dan sekarang 54kg. Wanita bila bersalin, perubahan berat badan tu berbeza-beza,” kongsinya lagi.
Usaha turunkan berat badan
Biarpun payah untuk mencapai berat idealnya kini iaitu 54kg, namun kata Fazura dia berusaha mengamalkan rutin sihat demi memiliki tubuh badan yang sihat dan ideal.
“Saya berusaha untuk menguruskan badan. Antara lain mungkin sebab sibuk dan kadang terlupa untuk makan. Ada ketikanya saya bersenam cuma tidaklah macam dulu.
“Kalau dulu dalam seminggu boleh bersenam tiga kali. Sekarang satu dua minggu dapat sekali sahaja. Cuma bila dapat peluang workout sejam dua tu saya betul-betul fokus. Selebihnya saya elakkan ambil menu berat selepas jam 6 petang,” katanya berkongsi tip.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sayang anak ketat-ketat bukan bermaksud ibu bapa mengikut segala kehendak anak-anak tanpa pernah berkata tidak.
Sekiranya kita beranggapan cara keibubapaan sedemikian sebagai bukti kasih sayang terhadap ia sebenarnya salah.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose, Pakar Motivasi, Family & Love Guru yang berpengalaman luas dalam bidang keibubapaan sejak 28 tahun lalu menjelaskan apa sebenar maksud sayang anak ketat-ketat.
Dalam mendidik anak-anak, kasih sayang ibu bapa terhadap mereka memang tanpa syarat tetapi bukan bermakna kita menuruti segala kehendak mereka tanpa ketegasan atau halangan.
“Bahaya kalau ibu bapa ikut semua kehendak anak. Ibu bapa memimpin sebab anak belum ada kematangan. Dalam sayang ada tough love.
Sayang anak ketat-ketat maksudnya memberikan kasih sayang dan membina anak-anak,” demikian jelas beliau ketika sesi FB Live Borak Pa&Ma.
Sayang Anak Ketat-Ketat: Parenting Pengasih & Tegas
Ibu Rose mengingatkan ibu bapa agar menggunapakai cara keibubapaan pengasih dan tegas semasa mendidik anak-anak. Keduanya perlu datang seiring.
Ibu bapa kena membimbing supaya anak tak tersalah hala tuju.
“Sayang anak ketat-ketat adalah sayang tanpa syarat tapi bukan maksudnya takde apa-apa halangan pun.
“Sekiranya anak buat silap bukan ibu bapa membenci anak tu. Kalau anak silap atau tak mencapai dalam perkembangannya, kita bantu dia sampai dia capai.
“Setiap teguran, kita perlu beritahu pada anak apa sebabnya dan itu sebagai tanda ibu bapa sayang kepada anak.
“Contoh jika seorang ibu tegur anak kecil supaya tidak memegang objek bahaya, kena beritahu sebab benda tu bahaya dan sebab ibu sayang kepada anak. Baru anak faham dan tak keliru akan ketegasan ibu terhadap situasi tersebut.”
Webinar Keibubapaan Sayang Anak Ketat-Ketat PERCUMA
Justeru itu ibu bapa perlu mencari ilmu keibubapaan daripada mereka yang berilmu dan mahir bab keibubapaan supaya kita tahu cara betul mendidik anak-anak.
Menurut Ibu Rose, usia 0-3 tahun anak membentuk identiti diri dan jadi imej dirinya sampai besar. Bila dah besar kita akan membawa imej diri yang tertanam sejak kecil. Jadi pastikan imej diri yang terbina dalam diri anak adalah imej yang positif.
Ada banyak lagi tips dan ilmu yang akan dikongsi oleh Ibu Rose dalam Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat yang akan berlangsung pada 20 Mac 2022 (Ahad) secara online pada pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
Selain Ibu Rose, ada ramai lagi speaker lain yang berkaliber termasuk Prof Dr Nik Salida, Puan Maryam Jamadi, Dr Ahmad Rostam, Puan Azlina Roszy dan selebriti Irma Hasmie.
Antara topik menarik yang akan dikupas oleh speaker termasuk Sayang Anak Ketat-Ketat, Strategi Didik Anak Ikut Perspektif Islam, Rangsang Perkembangan Anak Tanpa Stress, Sistem Ganjaran Bukti Sayang Anak, Benarkah?, Tolong, Saya Burnout! dan Didik Anak Jadi ‘Orang’, Perlu Ke Mak Garang?
Rugi kalau tak rebut peluang menimba ilmu yang sangat bermanfaat ini demi mendidik anak-anak di zaman sangat mencabar.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi peserta Webinar Keibubapaan PERCUMA. Selain dapat ilmu, peserta turut berpeluang menang pelbagai hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.