Sudah menjadi satu kebiasaan, apa sahaja yang dipegangnya, anak akan memasukkan ke dalam mulut. Bahaya pada bayi kita namun banyak yang dipelajari oleh anak kecil.

Ketika memegang dan memasukkan ke dalam mulut inilah, anak-anak belajar mengenai bentuk, rasa dan tekstur yang pelbagai. Namun jika tidak dipantau, ia berbahaya kerana bimbang anak memasukkan benda kecil ke dalam mulut. Begitu yang dikongsikan oleh Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Ayesha Shaari.

Semua Benda Nak Masuk Dalam Mulut, Fasa ‘Mouthing’ Buat Anak Kenal Bentuk, Pantaulah!


Namun apa jua aktiviti anak, lebih-lebih melibatkan benda yang kecil atau aktviti ‘assesmble dissemble’, dibuka dan ditutup semula memerlukan pemantauan ibu bapa. Bukan hanya lebih selamat bahkan bonding dengan anak-anak pun makin erat.

Anak saya sangat berminat dengan jengkaut, jentolak dan seangkatan dengannya. Ini semua pengaruh Didi and Friends. Atau mungkin sebab dia budak lelaki.

Untuk meraikan minat dia, saya dan suami tercari-cari mainan yang berupa jengkaut dan jentolak. Kebanyakan yang kami jumpa hanyalah jengkaut dan jentolok versi yang boleh tolak pakai tangan.

Semua Benda Nak Masuk Dalam Mulut, Fasa ‘Mouthing’ Buat Anak Kenal Bentuk, Pantaulah!

Yang lebih maju dan lebih mahal berupa control car. Ada juga yang berupa push car versi jengkaut. Boleh control pergerakan jengkaut untuk mengaut barang.

IKLAN

Tiba-tiba saya jumpa dengan jengkaut, jentolak yang boleh dibuka dan dipasang semula. Set ini beserta dengan screw driver budak. Set mainan jentera berat ini dapat dibuka dan dipasang semula.

Anak saya baru pandai buka skru. Kalau nak pasang semula kena tunggu orang dewasa sebab dia masih belum mahir. Kemahiran motor halus perlu diasah lagi dengan berikan peluang yang lebih banyak. Semasa aktiviti ‘assesmble dissemble’ ini, kehadiran orang dewasa sangat penting.

Semua Benda Nak Masuk Dalam Mulut, Fasa ‘Mouthing’ Buat Anak Kenal Bentuk, Pantaulah!

Dengan adanya orang dewasa, anak akan dapat membina hubungan mesra, tunjuk ajar dan diberi sokongan dengan kata-kata positif. Mereka akan lebih bersemangat untuk mencuba. Orang dewasa juga dapat memantau dan pastikan keselamatan anak. Skru kecil tersebut dapat menyebabkan anak tercekik sekiranya dimasukkan ke dalam mulut.

Dalam lingkungan umur bawah 2 tahun, kanak-kanak selalunya cenderung untuk masukkan barang dalam mulut. Fasa ini dikenali sebagai fasa ‘mouthing’. Fasa ini adalah sesuatu yang normal untuk kanak-kanak.

IKLAN

Fasa ‘mouthing’ membenarkan anak untuk belajar mengenai bentuk, rasa dan tekstur yang pelbagai. Mereka sedang belajar mengenal dunia. Dalam kita membenarkan mereka untuk melakukan eksplorasi, ia adalah tanggungjawab kita untuk pastikan keselamatan anak kecil ini.

Cara yang boleh digunakan ialah dengan memastikan sebarang mainan atau item yang berada dalam capaian mereka lebih besar dari lubang tisu tandas. Bayangkan mereka boleh buka mulut seluas itu. Sekiranya mainan boleh boleh masuk ke dalam lubang tersebut, ia tidak selamat untuk anak kecil.

Semua Benda Nak Masuk Dalam Mulut, Fasa ‘Mouthing’ Buat Anak Kenal Bentuk, Pantaulah!

Pastikan juga permukaan mainan tidak kasar dan tajam kerana ia boleh mendatangkan kecederaan. Sedangkan nyamuk gigit anak pun kita tak sampai hati, inikan pula badan mereka bercalar.

Sesungguhnya, semasa memilih permainan untuk anak, pastikan anda tahu fungsi permainan beserta risiko yang datang sekali. Ada permainan kita boleh biarkan anak bermain sendiri, ada yang kita perlu duduk sekali dalam memastikan keselamatan anak kita terjamin.

IKLAN

Semua Benda Nak Masuk Dalam Mulut, Fasa ‘Mouthing’ Buat Anak Kenal Bentuk, Pantaulah!

Ada gaya jadi mekanik tak?

Artikel berkaitan: Mengutip Masuk Benda Dalam Mulut, Bagus Jangan Cepat Tarik Tangan Anak, Cuma Pantau

Semua Benda Anak Nak Buat Sendiri, Layankan Saja Fasa Individuating, Baru Anak Berdikari

Semua Benda Nak Masuk Dalam Mulut, Fasa ‘Mouthing’ Buat Anak Kenal Bentuk, Pantaulah!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI