Kehamilan

Semua Dah Kembang! Berat Pun Cecah 67kg. Hanez Suraya Hanya Tunggu Hari Saja

Share

Pelakon Hanez Suraya akui badannya sudah mula mengembang apabila dia kini sedang menunggu hari untuk bersalin bila-bila masa saja dari sekarang.

Malah sehingga kandungannya yang sudah memasuki 39 minggu ini, beratnya sudah mencecah 67 kilogram (kg).

“39 weeks – 67kg= semuanya dah kembang,” tulisnya.

Hanez berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Hanez memuat naik fotonya kini yang tengah sarat hamil.

Rata-rata menjangkakan Hanez bakal bersalin tidak lama lagi. Malah ramai juga turut memuji wajahnya hang tetap berseri meskipun hamil.

Sebelum ini menerusi perkongsiannya dalam Berita Harian, Hanez mengakui, kehamilan keduanya agak mencabar, terutama pada trimester pertama disebabkan alahan yang teruk.

Hanez juga berdepan risiko tekanan darah rendah kerana tidak mengambil daging merah dan ayam.

Pelakon yang popular menerusi drama Love You Mr Arrogant sebelum ini, pernah berdepan masalah kerisauan melampau selepas melahirkan anak sulungnya.

“Badan saya jadi lemah kerana alahan teruk ketika trimester pertama hamil sehingga doktor menasihatkannya menjaga pemakanan, termasuk mengambil daging merah dan ayam, selain makanan tambahan.

Disebabkan terlalu risau dengan kesihatan, Hanez akui lebih suka menikmati hidangan yang dimasak sendiri.

“Saya lebih suka memasak sendiri kerana lebih mudah untuk mengawal bahan yang digunakan. Bukan bermaksud saya tidak menikmati makanan di luar, cuma saya pastikan hidangan yang disajikan tidak menggunakan perasa tambahan berlebihan,” katanya.

Hanez mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Rais pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan anak perempuan, Puteri Aleesya.

Sumber: ig Hanez Suraya & Berita Harian

 

Published by
Wan Amy