Bagi ibu bapa yang ada anak dalam lingkungan usia 2 hingga 7 tahun pasti dah nampak  minat anak masing-masing. Jika anak lelaki, biasanya mereka akan minat robot, dinosaur, kereta, main bola atau sebagainya. Manakala untuk anak perempuan, mereka lebih cenderung kepada anak patung atau mainan masak-masak.

Bagaimanapun, menurut Kelli Chen, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak di John Hopkins University, kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu objek akan memiliki kebijaksanaan lebih dari tahap biasa.

Semua Hon, Ingat Tayar Bocor. Rupanya ‘Cik Dino’ Anak Terkepit Pintu & Kena Seret

Dengan fakta ini mesti ibu bapa akan tersenyum dan tak jadi nak marah anak. Maklumlah anak-anak kita ni bila dah suka pada sesuatu mainan itu, walaupun di rumah dah ada pelbagai koleksi mainan yang sama, tetap juga nak beli. Jadi sementara anak-anak kecil, layanlah selagi boleh dan ikut kemampuan. Jika tak mampu, kita boleh cakap elok-elok.

ARTIKEL BERKAITAN [Tengok Apa Favourite Toy Anak. Itu Cermin Perwatakan & Kebijaksanaannya Yang Sebenar]

Semua Hon, Ingat Tayar Bocor. Rupanya ‘Cik Dino’ Anak Terkepit Pintu & Kena Seret

Cuma kali ini, yang lucunya, kisah seorang ibu, Puan Melati Berahim berkongsi mengenai minat anak lelakinya berusia 6 tahun yang suka sangat dengan dinosaur  sehingga mendapat perhatian pengguna jalan raya gara-gara ‘cik dino’.

Semua pakat hon bagi isyarat

Ads

Cerita pagi tadi nak hantar abang Ziyad pergi sekolah, patutlah sepanjang jalan orang hon-hon, lepas tu apabila berhenti di lampu isyarat, ada seorang Uncle Cina tu buka tingkap.

Semua Hon, Ingat Tayar Bocor. Rupanya ‘Cik Dino’ Anak Terkepit Pintu & Kena Seret

Masa tu dah rasa takut dan terfikir macam-macam. Maklumlah sebelum itu dah ada beberapa kereta yang membunyikan hon.

Ingatkan tayar kereta bocor

Dalam kepala saya, hanya terfikir mungkin tayar kereta bocor. Tapi tak rasa apa-apa semasa memandu.

Ads

Apabila uncle tu bagi isyarat tunjuk-tunjuk di bawah pintu kereta sambil beritahu “tu..tu bawah tu ada patung dinosaur” Ziyad terus jengah luar tingkap.

Semua Hon, Ingat Tayar Bocor. Rupanya ‘Cik Dino’ Anak Terkepit Pintu & Kena Seret

“Ibuu dinosaur Ziyad kat bawah, kenapa ibu bawa kereta laju sangat. Kasihan dinosaur  Ziyad.”

Bila dapat tahu tu, tergelak tak tahu nak cakap macam mana. Terfikir juga macam mana boleh terkepit ekor dinosaur di pintu kereta.

Ads

Semua Hon, Ingat Tayar Bocor. Rupanya ‘Cik Dino’ Anak Terkepit Pintu & Kena Seret

Menurut Melati lagi, ramai yang tanya tak perasan ke dinosaur tu terkepit di pintu? Saya akui memang tak perasan langsung kerana patung dinosaur tu terkepit di sebelah pintu penumpang bahagian hadapan.

Semua Hon, Ingat Tayar Bocor. Rupanya ‘Cik Dino’ Anak Terkepit Pintu & Kena Seret

Lagipun bila ada anak kecil, kereta memang penuh dengan mainan anak-anak. Semua mainan ada. Jadi saya langsung tak syak apa-apa pun. Kasihan juga pada Ziyad. Dinosaur tu baru je di beli semasa pergi IKEA. Nampaknya ibu terpaksa beli yang baru untuk gantikannya.

Alahai anak..nasib ibu tak gelabah sepanjang jalan. Masih lagi mampu bertenang walaupun dalam hati tertanya-tanya kenapalah semua orang hon, sedangkan tak rasa apa-apa pun masa bawa kereta tu. Harap lepas ni tak jadi lagi.

Kredit: Melati Berahim

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI