Benarlah anak-anak itu punca rezeki. Setiap kelahiran anak pasti diiringi dengan rezeki yang tidak pernah kita bayangkan. Mungkin rezeki kewangan atau mungkin rezeki tubuh badan diberi kesihatan yang baik. Setiap anak itu ada rezekinya masing-masing, maka hargailah kurniaan Allha SWT yang tidak ternilai ini.

Artikel Menarik: [Sukar ‘Meneran’, Bayi Cenderung Sembelit Jika Minum Susu Ibu Dan Susu Formula]

Seperti yang dikongsikan oleh pelakon cantik, Syatilla Melvin, dia amat bersyukur dikurniakan anak-anak. Pun begitu katanya, dia berharap agar tidak hamil dalam masa terdekat kerana dia mahu mencari lebih banyak kesenangan demi masa depan dua oran anaknya.

Semua Ibu Berkongsi Rasa Yang Sama, Risau Anak Ditinggalkan Kalau Perlu Keluar Bekerja

Turut berkongsi kerisauan jika perlu meninggalkan anak-anak ketika keluar bekerja, kata Syatilla dia sukar untuk percayakan orang lain untuk menjaga anaknya. Kata ibu ini lagi, tidak semua orang ikhlas mahu jaga anak kita seperti mana kita sendiri yang menjaganya.

Ads

Artikel Menarik: [Masa Menyusu Emak Letak Tepi Handphone. Jangan Anggap Anak Hisap Lama Itu Mengempeng!]

Dia turut mengatakan dia seronok melihat perkembangan anak-anak di depan mata kerana menurutnya tempoh itu sangat singkat. Tahu-tahu anak sudah besar. Dalam perkongsiannya itu lagi, Syatilla turut mengatakan rasa kagumnya terhadap Hanis Zalikha yang berupaya menguruskan anak-anak serta bisnesnya dalam masa yang sama.

Ads

Semua Ibu Berkongsi Rasa Yang Sama, Risau Anak Ditinggalkan Kalau Perlu Keluar Bekerja

Aku harap dalam masa tedekat ni aku tak pregnant lagi?bagi mak2 keluaq kerja cari duit kaw2 dulu?tpi tulah,lagi ramai anak2 lagi melimpah ruah rezeki allah bgi.anak2 punca rezeki yg tak putus!anak tu sendiri rezeki yg tak ternilai!?tapi tulah jugak,bila ada anak kecik,nk tinggai p kerja tak sampai hati?org lain jaga anak kita belum tentu IKHLAS mcm kita jaga..aku xpercaya org lain jaga anak aku selain diri sendiri! Tpi moment anak2 membesaq depan mata ni sat ja?

Ads

once depa dh besaq kita mesti nak depa jdi kecik balik?tapi bila kecik, ya ampunnnn aku darah tinggi??

kalau diberi pilihan antara nak HIDUP MISKIN atau ANAK2 SIHAT SELAMAT,aku pilih utk HIDUP MISKIN.. sebenarnya nk ckp TAHNIAH JA KT @haniszalikha ATAS KEJAYAAN DIA DALAM SETIAP BUSSINESS DIA♥️AKU DOAKAN KAU TERUS BERJAYA DAN MURAH REZEKI KEKNIS!♥️♥️♥️ #masing2dukunglakimasing2

View this post on Instagram

Aku harap dalam masa tedekat ni aku tak pregnant lagi?bagi mak2 keluaq kerja cari duit kaw2 dulu?tpi tulah,lagi ramai anak2 lagi melimpah ruah rezeki allah bgi.anak2 punca rezeki yg tak putus!anak tu sendiri rezeki yg tak ternilai!?tapi tulah jugak,bila ada anak kecik,nk tinggai p kerja tak sampai hati?org lain jaga anak kita belum tentu IKHLAS mcm kita jaga..aku xpercaya org lain jaga anak aku selain diri sendiri! Tpi moment anak2 membesaq depan mata ni sat ja?once depa dh besaq kita mesti nak depa jdi kecik balik?tapi bila kecik, ya ampunnnn aku darah tinggi??kalau diberi pilihan antara nak HIDUP MISKIN atau ANAK2 SIHAT SELAMAT,aku pilih utk HIDUP MISKIN.. sebenarnya nk ckp TAHNIAH JA KT @haniszalikha ATAS KEJAYAAN DIA DALAM SETIAP BUSSINESS DIA♥️AKU DOAKAN KAU TERUS BERJAYA DAN MURAH REZEKI KEKNIS!♥️♥️♥️ #masing2dukunglakimasing2

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Pa&Ma bersetuju dengan kenyataan Syatilla ini. Memang berat rasanya kalau ibu perlu keluar bekerja dan tinggalkan anak-anak. Kalau rezeki dapat pengasuh atas taska yang baik, bersyukurlah. Semoga anak-anak kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT sepanjang kita keluar mencari rezeki buat anak-anak tersayang.

Sumber: Syatilla Melvin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI