Semua Ibu Nak Menyusukan Anaknya. Andai Tak Ada Rezeki, Jangan Sesekali Kita Sindir

Share

Tak semua ibu sekuat kita yang memilih untuk melengkapkan penyusuan susu ibu. Ada ibu yang PJJ dengan suami. Seorang diri dia besarkan anaknya. Dengan kerja di pejabat, sambung kerja di rumah. Penatnya bukan kepalang. Belum lagi dengan sunyi hati tiada pengisi.

Ada ibu yang tinggal dengan ibu bapa yang tak boleh dengar anak menangis. Di fikirnya anak itu lapar. Maka gagalah usaha ibu nak menyusu tadi.

Ada ibu yang menjadi isteri kepada frontliner. Anak ada beberapa yang perlu di pantau dan dijaga. Suami sedang sibuk menjaga keselamatan negara.

Ada ibu yang majikannya memang tak sokong langsung untuk mengepam di tempat kerja. Solat pun kena curi-curi.

Jika kita ibu menyusu dan ibu yang satu lagi tidak memilih untuk menyusu berhentilah sinis dan sindir “rugi ada anak, ada breast tapi tak menyusu”

Kita tak tahu sengsara hati dan jiwa dia bagaimana. Jika kita berjaya menyelesaikan penyusuan susu ibu tenang dan ok-ok sahaja, sanggup bersusah dan berpayah, cubalah tahan tulisan atau komen pada ibu yang di pandangan kita tadi “tak mahu susah”.

Ada ibu yang dah terbiasa anak yang di beri susu rumusan kerana dia pun begitu. Maka dia fikir apa yang dia buat betul. Kita sebagai penonton boleh bantu tanya macam mana nak bantu. Sama ada bantu untuk kasi semangat dari sepenuhnya susu rumusan ke mix feeding pun sudah ok sangat.

Ibu-ibu..Saya terkesan ada yang PM beritahu bila dia rasa dia ibu tak guna kerana kawan-kawan kerap kata “kamu takpelah hidup dalam tin, habis pergi beli”

Hanya kerana berbeza pilihan jenis “makanan” terhadap anak, jadi perli dan sindiran. Tiada ibu yang tak mahukan yang terbaik untuk anaknya.

Bersyukur mana yang berjaya menyusukan. Yang tak berjaya, maka kita berdoa dan usaha sama. Doa untuk mereka yang sedang berusaha juga. Semoga ibu tadi sama kuat seperti kita.

Sama-sama kita jaga kita.

Kredit: Dr Nurhaya Yacob
Guru penyusuan anda.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy