Dalam tempoh PKP ni walaupun anak tak dapat pergi sekolah dan hanya belajar melalui aplikasi e-pembelajaran atas inisiatif setiap guru, ibu ayah pun kena juga main peranan penting.
Dalam tempoh inilah ibu ayah dapat lebih masa mengajar beberapa nilai dan kepandaian kepada anak.
Seperti yang dikongsikan oleh Penulis Buku Keibubapaan, Dr Taufiq Razif ada bermacam jenis NILAI & KEPANDAIAN yang mak ayah boleh ajar anak walaupun anak tak boleh pergi sekolah.
Pertama kita kena tahu di sekolah tu kebanyakannya yang diasah cuma Intelligence Quotient (IQ) sedangkan nak jadikan anak kita berjaya dalam hidup dia bukan cuma perlu asah IQ semata, anak kita juga perlu hebat Spiritual Quotient (SQ) dan Emotional Quotient (EQ).
Haaa..di rumah lah tempat kita boleh asah EQ dan SQ tu. Memang EQ dan SQ tu luas dan susah nak diukur sebab tu ramai mak ayah ambil ringan benda ni padahal 90% faktor kejayaan anak dalam hidupnya bergantung pada benda ni.
Ada beberapa perkara yang sekolah sendiri pun tak mampu nak ‘measure’ dan nilai. Ini beberapa perkara mak ayah WAJIB ajar dan ambil berat pada anak walaupun ianya tak boleh nak diukur oleh sistem yang ada di sekolah anak anak :
+ Resilience – Ajar anak kita untuk ada daya tahan ketika menghadapi ujian hidup
+ Faith – Ajar anak kita untuk mempunyai Belief system yang kuat dan betul
+ Kindness – Ajar anak kita buat kebaikan setiap hari
+ Diligence – Ajar anak kita ketekunan dalam setiap perkara di dalam hidupnya
+ Grit – Ajar anak kita untuk memiliki daya juang yang tinggi untuk bertahan dalam hidupnya
+ Compassion – Ajar anak kita untuk mempunyai belas kasihan kepada diri sendiri dan orang lain di sekelilingnya
+ Sense of humor – Tunjukkan kepada anak kita kebolehan melihat sesuatu daripada sudut yang menyeronokkan
+ Manners – Ajar anak kita untuk beradab dan tahu untuk ‘behave’ di depan orang lain terutamanya orang yang lebih tua
+ Fortitude – Ajar anak kita untuk tabah dan kuat semangat bila berhadapan dengan ujian berat dalam hidupnya
Kepada mak ayah semua. Jangan bersedih ya walau anak-anak belum boleh bersekolah.
Mungkin inilah masanya Allah nak kita ambil kembali tanggungjawab mendidik anak kita kerana mungkin didikan kita di rumah lah sumber dan rahsia kejayaan anak kita suatu hari nanti di dalam hidupnya.
p/s : Nak tahu lebih banyak ilmu mendidik anak boleh klik link telegram 👉 t.me/NotaTaufiqRazif
Sumber: Dr Taufiq Razif