Semua Jari Digomolnya Masuk Dalam Mulut. Hanis Kongsi Tip Anak Gatal Gusi

Share

Sejak melahirkan anak keduanya, Alisa Aisyah Mei lalu, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha tidak lokek berkongsi pelbagai tip mengenai penjagaan bayi dan anak kecil. Terbaru dia ada memberitahu bagaimana nak bantu bayi yang mula gatal gusi dan asyik merengek tak selesa agar hari-hari yang dilalui sentiasa ceria.

Menurut Hanis ada beberapa petanda yang ditunjuk oleh anak keduanya, Alisa Aisyah.

“Alisa mula dah start gatal gusi. Macam mana nak tau anak dah start gatal gusi (fasa teething) ada beberapa petanda.

“Yang first sekali Mummynis perasan adalah dia start minum susu meleleh tepi.

“Pastu dah start masuk jari dia yang gemuk tu dalam mulut dan gigit-gigit.

“Dan sekarang dia asyik gosok-gosok pipi dan hidung sendiri. Pastu sebelum tidur malam mesti merengek-rengek.

“Kalau lagi teruk, tidur malam dia pun boleh terganggu (so far yang ni belum lagi),” tulisnya.

Perkongsian ini dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) Alisa.

Isteri kepada aktor Hairul Azreen ini turut berkongsi cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Jadi bila dah ada tanda-tanda gatal gusi ni sabar ya makpak. Anak memang akan cranky tak selesa.

“Boleh belikan dia teether (mainan gigit), letak dalam peti sejuk dan bagi dia gigit.

“Atau ambil tuala bersih, balut jari kita dan bagi dia gigit.

“Stay calm mommies and daddies. Lupa nak tambah, start gatal gusi awal tak semestinya tumbuh gigi awal,” kongsinya lagi.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 serta dikurniakan dua orang cahaya mata Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Sumber: ig thealisaaisyah & hanis zalikha

Published by
Wan Amy