“Sama je layanan untuk kelima-lima anak saya. (Sorry 6 campur Danish Edry). Cuma rajin masuk gambar Daiyan dan Dayana kerana kedua-duanya selalu ada depan mata. Abang dan kakaknya tinggal di asrama, kakak baby sekolah. Jadi inilah barang mainan saya.
“Saya kongsikan apa yang saya rasa ok. Jadi tak perlulah persoalkan atau cari salah, tanya itu dan ini,” katanya.
Apa yang melucukan adalah bila Dayana dapat, Daiyan menangis. Ibarat kata Abby Daiyan hati tisu. Paling mengembirakan Abby dan suaminya, tengok mereka membesar sama-sama rasa puas.
Seronok tengok kegembiraan keluarga ini lagi-lagi dikelilingi anak-anak yang sentiasa menyayangi antara satu sama lain.
Sumber: Abby Abadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Biar apa orang nak kata, asalkan sihat dan membesar dengan sempurna.” Ini antara kata-kata sokongan orang ramai buat Mawar Rashid apabila ada beberapa individu yang mengecam wajah anak perempuan Mawar, Raden Seri Rossabella Cinta.
Menerusi perkongsian Mawar, dia berkongsi foto anak perempuannya itu yang kini berusia dua bulan untuk tatapan umum.
Dalam perkongsian itu, ramai yang memuji kecomelan Cinta namun disebabkan ada beberapa komen negatif ramai yang marahkan individu terbabit kerana tak sepatutnya cakap begitu.
“Budak kecil pun nak body shamming. Nanti besar berubahlah”
“Baby semua comel, tak ada yang tak comel”
“Bersyukurlah, jangan condem anak orang lain. Semua anugerah Allah adalah yang terbaik”
Bagaimanapun, ramai yang back up Mawar dan menganggap anak perempuan ikut muka daddy, sejuk rumah tangga.
Yang penting ada mix mommy dan daddy
Untuk info yang jelas, Pa&Ma ingin kongsikan kenapa bayi ketika di awal kelahirannya agak gelap dan selepas beberapa minggu atau bulan lamanya, cerah pula! Adakah ini normal? Jika ya, apakah penjelasannya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui jawapannya!
Sebab warna kulit bayi berubah mengikut umur
Tahukah anda, warna kulit bayi anda bergantung sepenuhnya kepada genetik anda dan suami?
Banyak mitos di luar sana yang sering diuar-uarkan mengenai hubungan pemakanan dan warna kulit bayi. Ingatlah, warna kulit bayi anda hanya berkaitan dengan genetik anda.
Tidak ada satu kajian pun yang menyokong isu pemakanan memainkan peranan penting dalam warna kulit bayi.
Oleh itu, janganlah para ibu mencuba terlampau banyak jenis makanan yang dicadangkan oleh mitos-mitos di luar sana semasa mengandung atau selepas melahirkan bayi.
Berikut merupakan penjelasan mengapa kulit bayi semasa lahir lebih gelap dan kusam berbanding selepas beberapa minggu kelahiran.
Kulit bayi berlainan mengikut jumlah masa kandungan
Tidak semua bayi yang lahir mempunyai kulit yang sama. Keadaan kulit bayi semasa lahir bergantung kepada jumlah minggu kandungan semasa lahir.
Bayi pramatang
Bayi pramatang mempunyai kulit yang berlainan jika dibandingkan dengan bayi cukup bulan.
Kulit bayi pramatang lebih nipis, dan mempunyai lapisan bulu halus dan lembut seluruh badan yang dikenali sebagai lanugo. Lapisan ini mampu membuatkan kulit bayi anda tampak lebih gelap.
Selain itu, bayi pramatang akan diselaputi dengan verniks, sejenis bahan yang berwarna putih, berminyak dan mempunyai konsistensi seperti keju. Verniks melindungi kulit bayi semasa lahir.
Bayi cukup bulan
Berbanding dengan bayi pramatang, bayi cukup bulan mempunyai lanugo dan verniks yang sedikit sahaja. Verniks hanya boleh dilihat di pelipat kulit seperti siku, lutut dan leher.
Bayi lewat bulan
Bayi lewat bulan mempunyai kulit yang lebih berkedut, dan lanugo jarang sekali dilihat pada mereka. Verniks juga amat sedikit dan hanya ada di pelipat-pelipat kulit.
Suhu badan dan persekitaran bayi
Semasa baru lahir, bayi mempunyai kulit yang nipis. Bayi mudah nampak kemerah-merahan kerana saluran darah yang aktif di bawah permukaan kulit mereka.
Selain itu, ia normal jikalau tapak tangan, tapak kaki dan jari-jemari bayi anda nampak kebiruan atau ungu semasa lahir. Hal ini kerana pengaliran darah belum aktif sepenuhnya dalam tubuh mereka.
Selalunya, kebiruan ini akan hilang sendirinya selepas beberapa hari. Namun, harus diingatkan bahawa kebiruan di tempat lain tubuh bayi ialah tidak normal dan memerlukan rawatan segera.
Bayi anda juga berupaya menjadi pucat kebiruan atau ungu ketika mereka kuat menangis. Selalunya, warna kulit akan kembali normal sebaik sahaja tangisan reda.
Jika warna kebiruan tidak reda, ini bermaksud bayi anda mempunyai masalah pernafasan atau peredaran darah. Sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan lebih lanjut.
Dehidrasi mampu menyebabkan bayi anda gelap?
Ya, tepat sekali. Semasa lahir, bayi anda akan kelihatan lebih gelap dan kusam kerana banyak kehilangan air dan berat badan. Meskipun begitu, ibu ayah usah risau ya!
Warna kulit bayi anda akan berubah dan mempunyai tona yang lebih sekata setelah dia mula menyusu. Rutin penyusuan yang sekata memastikan bayi anda mendapat susu dan kandungan nutrien yang secukupnya.
Kulit bayi anda akan nampak lebih anjal, sihat dan tona sekata selepas beberapa hari menyusu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ingin tahu cara untuk tingkatkan daya imuniti bayi bagi mengelak sebarang jangkitan penyakit? Semua ibu bapa mahukan kesihatan optimum untuk anak-anak mereka, namun pada masa yang sama, ramai yang tidak mengetahui system pertahanan badan (imuniti) yang kuat mampu melawan sebarang jangkitan penyakit. Bayi mempunyai pertahanan imunologi sejak lahir, namun ia belum cukup matang dan akan terus diperkuat sehingga usia empat atau lima tahun.
Jom kita ketahui 5 info untuk meningkatkan daya imuniti anak anda.
1.Imunisasi
Imunisasi berkesan untuk melindungi badan si manja sebelum diserang penyakit yang boleh membawa maut. Pemvaksinan boleh dilakukan ketika si manja sihat mengikut ‘Jadual Imunisasi Disyorkan untuk Kanak-kanak’ oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Melalui vaksin, ia bertindak dengan merangsang tindak balas imun secara tiruan terhadap antigen tertentu dalam badan anak anda. Seterusnya mengeluarkan antibodi untuk menentang virus untuk melawan jangkitan penyakit.
2.Susu ibu
Ia adalah ‘cecair emas’. Ini boleh menguatkan system imun si manja. Susu pertama bayi iaitu kolostrum, kaya dengan antioksida dalam bentuk vitamin E dan beta karotena yang melindungi bayi daripada serangan kuman. Juga ia mengandungi pelbagai faktor perlindungan yang mengurangkan risiko antaranya cirit-birit, jangkitan telinga, dan jangkitan salur pernafasan akut yang lain. Pemberian susu ibu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama adalah yang terbaik dan hendaklah diteruskan sehingga dua tahun.
3.Persekitaran sihat dan ceria
Elakkan membawa bayi dibawah usia enam bulan di kawasan yang sesak dengan orang ramai dan mereka yang tidak sihat. Namun pastikan persekitaran selamat sebelum membawa bayi ke taman permainan untuk melakukan aktiviti fizikal seperti senaman, berjoging atau berenang yang boleh membantu meningkatkan kecekapan fungsi imun. Paling penting, jangan dedahkan anak-anak kepada asap rokok kerana ia mengandungi toksin yang boleh melemahkan sistem imun dan merosakkan sel-sel imun anak anda yang masih belum matang.
4.Emosi positif
Bayi yang menghadapi tekanan mampu mengurangkan keupayaan sistem imun untuk menentang jangkitan yang menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. Oleh itu, wujudkan emosi yang positif supaya anak gembira. Lakukan aktiviti bersama seperti membaca, mewarna, melukis dan bermain bersama anak-anak anda. Suasana seperti ini boleh membantu menguatkan sistem imun kerana ia membantu mengurangkan hormon tekanan dan menambah sel imun.
5.Pemakanan yang seimbang.
Apa yang anak anda makan boleh mempengaruhi sistem imunnya. Jadi hidanglah makanan yang berzat untuknya membesar dengan system pertahanan badan yang kuat. Hasil kajian menunjukkan risiko penyakit berjangkit adalah lebih tinggi di kalangan kanak-kanak terutamanya bayi yang kekurangan zat makanan. Jadi sediakan diet yang lengkap dan seimbang untuk anak anda. Rujuk kepada Piramid Panduan Makanan yang dapat membantu menjamin sistem imun si manja berfungsi dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak masih belum boleh berjalan tapi gigi dah tumbuh banyak, Ainan Tasneem positif & nikmati momen sebagai ibu. Percaya setiap kanak-kanak mempunyai perkembangannya.
Penyanyi ini kini merupakan ibu kepada anak perempuan bernama Ainan Salsabila, 1 tahun. Sebagai ibu, Ainan sentiasa mengambil tahu perkembangan anaknya.
Menerusi posting Instagram, Ainan berkongsi yang anaknya itu merangkak pada usia 10 bulan. Ainan memberitahu dirinya sendiri juga mula berjalan pada usia 1 tahun 4 bulan. Kemungkinan Salsabila mengikut jejak langkahnya. Salsabila bagaimana pun pada usia 10 bulan sudah pun memiliki 5 batang gigi!
Ramai mommies risau, anak lambat kuasai perkembangan. Please jangan stress.
Setiap kanak-kanak adalah unik dan belajar ikut fasa perkembangan diri masing-masing. Trust your instinct, bawa berjumpa doktor jika ada perkara merisaukan.
Be positive, jangan terlalu membandingkan. Setiap orang lain perkembangannya.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.