Semua Kami Sayang! Abby Kongsikan Tiada Istilah Pilih Kasih Untuk Daiyan & Dayana

Share

Di mana ada Daiyan di situlah ada Dayana. Demikian kata-kata Abby Abadi baru-baru ini setelah ada yang mengatakan Abby dan suami seperti pilih kasih.

Bagi Abby isu ini tak perlulah ditimbulkan sama ada dia lebihkan Daiyan ke, Dayana ke. Kedua-duanya sayang sama rata dan tiada istilah pilih kasih.

“Sama je layanan untuk kelima-lima anak saya. (Sorry 6 campur Danish Edry). Cuma rajin masuk gambar Daiyan dan Dayana kerana kedua-duanya selalu ada depan mata. Abang dan kakaknya tinggal di asrama, kakak baby sekolah. Jadi inilah barang mainan saya.

“Saya kongsikan apa yang saya rasa ok. Jadi tak perlulah persoalkan atau cari salah, tanya itu dan ini,” katanya.

Sementara itu, Abby juga turut berkongsi mengenai gelagat Daiyan dan Dayana yang kini dah pandai main sama-sama dan ada ketikanya akan berebut.

Biasalah budak-budak tengah membesar. Malah menurut Abby, bila aksi berebut Daiyan akhirnya mengalah dan Dayana menang.

Apa yang melucukan adalah bila Dayana dapat, Daiyan menangis. Ibarat kata Abby Daiyan hati tisu. Paling mengembirakan Abby dan suaminya, tengok mereka membesar sama-sama rasa puas.

Seronok tengok kegembiraan keluarga ini lagi-lagi dikelilingi anak-anak yang sentiasa menyayangi antara satu sama lain.

Sumber: Abby Abadi

Published by
Wan Amy