Sesungguhnya kehidupan suami isteri ada ujiannya tersendiri. Susah atau senang kehidupan berumah tangga, ia tetap satu dugaan yang menguji keimanan serta tahap kesabaran kita.
Isteri ini berkongsi bagaimana dia dan suaminya mengharungi kepayahan dalam rumah tangga mereka sehingga ada masanya ada juga bergaduh antara mereka.
Hi admin. Tolong siarkan kisah saya ni, tapi hide profile saya ya. Saya nak share tentang kisah saya dan suami semasa kami diuji dengan kesusahan hidup dan semua orang menghina kami kerana miskin.
Saya dan suami (Malik) sudah berkahwin lima tahun. Betullah orang kata, lima tahun pertama perkahwinan tu satu jangka masa kita perlu bersabar dengan pasangan kita. Tak dinafikan, saya dan Malik sama-sama cepat panas. Mungkin kerana kesusahan hidup kami, jadi masing-masing selalu tertekan.
Pengakuan Lain: [“Khatam Al Quran Setiap Hari.” Wanita Kongsi Rahsia Jarang ‘Masam Muka’ Dengan Suami]
Kami masih tidak dikurniakan zuriat, itu yang buat saya lebih stres. Orang keliling ada yang menuduh saya mandul. Tak mampu beranak, maka tak guna. Kalau rupa cantik sekalipun, tak sempurna seorang perempuan kalau tak mampu mengandung. Perit rasanya!
Kehidupan saya dan Malik ni ala kadar. Kami tak sesenang adik-beradik yang lain. Mereka kerja bagus-bagus sedangkan saya dan Malik, kami berniaga sendiri. Mungkin ada yang kata, berniaga tu untungnya banyak. Tapi bukan untuk kami sebab kami buat untuk hidup saja.
Biasalah, wanita ni banyak nafsunya. Melihat orang lain hidup mewah dan berpakaian cantik. Gelang emas penuh satu tangan, dah tentu terselit rasa cemburu. Saya pun nak merasa semua tu, tapi Malik tak mampu. Itu juga salah satu sebab kenapa saya dan suami selalu bertengkar.
Saya tahu, sebagai isteri saya pun bukanlah sempurna. Mungkin sebab stres dan bosan dengan kehidupan susah ni, saya selalu juga mengungkit kepayahan hidup dengan Malik. Pernah terlintas, rasa menyesal menikahi lelaki itu. Sedangkan, saya sendiri yang mmilih dia dahulu. Ya Allah, berdosanya saya!
Malik memang seorang suami yang bertanggung jawab. Biarpun kami selalu bertikam lidah, tapi tak pernah dia naikkan suara. apatah lagi nak pukul saya. Teruk mana pun saya kutuk-kutuk dia, dia hanya bersabar. Saya tahu dia tercabar, tapi dia lebih suka berdiam dari mengeruhkan keadaan.
Mungkin berkat kesungguhan Malik dan doa yang tak putus-putus, perniagaan dia nampak semakin baik. Selepas dia berjumpa dengan Abang Din (kawan dia semasa di kampung) ajarkan tentang ilmu bisnes, nampak ada perubahan pada perniagaan suami saya tu.
Biarpun saya selalu bergaduh dengan Malik, saya tetap sayangkan dia. Setiap keperluan untuk dia berniaga, saya akan sediakan jika mampu. Untuk pengetahuan kalian, kami berniaga makanan. Bila Abang Din bantu, dari gerai kecil tepi jalan, dia dapatkan kami tapak untuk warung. Memandangkan Abang Din ni ada ruangan tapak untuk food court, dia berikan kami sebuah untuk berniaga.
Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan Malik kami berjaya majukan perniagaan kami. Nasi ayam yang kami jual, jadi kegemaran masyarakat setempat di situ. Kami dah mula rasa senang sedikit, tapi Malik pesan pada saya untuk berjimat-cermat.
Orang-orang yang dulu mengata suami saya pun, dah mula tunjuk sikit respek. Tak ada dah nak mengutuk dia. Kalau dulu, ada je keluarga kami yang mengutuk kami susah. Sebab itulah Allah SWT tak beri anak sebab nanti kasihan budak tu. Emak ayah dia pun makan pakai tak berapa ada, kalau ada anak tak terbela nasibnya nanti. Lebih menyakitkan sebab yang cakap macam tu, adik-beradik sendiri.
Disebabkan kehidupan yang agak susah dahulu, saya selalu membelakangkan Malik. Bergaduh dengan dia. Suka melawan cakap dia. Saya akui salah saya. Mungkin sebab itu saya diuji dengan tidak hamil sepanjang perkahwinan kami. Tapi Malik tak pernah guna point tu untuk merendahkan martabat saya sebagai isterinya. Terima kasih Sayang..
Tahun ini dah masuk lapan tahun usia perkahwinan kami. Masih tak ada rezeki untuk ada anak sendiri. Kami berdua ada berjumpa dengan pakar kesuburan, sedang menjalani rawatan. Diharapkan ada harapan untuk kami menimang cahaya mata sendiri selepas ini.
Dalam tempoh tiga tahun kami berniaga, Malik berjaya membuka dua buah restoran. Dapatlah merasa keuntungan dan Malik dah mampu tukarkan kereta buruk kami yang selalu rosak tu kepada yang lebih elok. Beli yang second hand juga, sebab tak mahu berhutang. Alhamdulillah, itu pun dah cukup baik untuk aku.
Pengakuan Lain: [“Kita Lupa, Mereka Ada Perasaan.” Ibu Ini Kongsi Kadang-Kadang Kita Abai Emosi Anak Sulung]
Dulu saya selalu mengeluh, suami tak mampu nak belikan saya gelang emas. Tapi bulan lepas, waktu birthday saya, dia hadiahkan seutas gelang emas yang sangat cantik. Rupanya dah lama dia beli dan simpan untuk beri waktu birthday saya.
“Ya Allah, terima kasih Tuhan. Engkau pinjamkan suami yang cukup baik untuk aku.”
Semua ini mengajar saya untuk reflect diri sendiri. Ya, betul pasangan kita tak perfect. Kita pun sama. Sebab itulah kena saling melengkapi, barulah cantik rumah tangga kita. Bagi para isteri, bersabarlah jika diuji. Jangan ikutkan kata hati. Hormatilah suami, mudah-mudahan hidup kita diberkati.
Sekiranya anda ada cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan, sila klik KONGSI CERITA