Keseronokan bergelar ibu semakin bertambah setiap hari apabila dapat melihat perkembangan yang ditunjukkan oleh anak.
Sama seperti ibu-ibu lain, penyanyi popular Ernie Zakri tidak terkecuali sedang melalui fasa bahagia tersebut.
Isteri kepada penyanyi Syamel ini bersyukur kerana puteri sulung mereka, Nur Khawla Soleha yang sudah masuk usia tiga bulan semakin banyak menunjukkan perkembangan selari dengan usianya.
FOTO: IG Ernie Zakri
“Genap tiga bulan usia Khawla dan banyak perubahan yang kami nampak, lebih-lebih lagi dia sudah mula berinteraksi. Kadang sekecil-kecil tindak balas yang dilakukan pun sudah buat kami gembira.
“Selain aktif dengan kerjaya seni, saya juga sibuk menguruskan anak. Semuanya masih baru dan banyak perkara yang saya masih ‘blur’.
Pengalaman baru
Selain melalui fasa bahagia dengan kehadiran anak, adakalanya ibu baharu juga perlu melalui fasa risau dan ‘blur’. Dengan kata lain seorang ibu itu perlu belajar setiap hari untuk memahami tingkah laku bayinya.
Berkongsi maklumat dengan ibu yang sudah berpengalaman selain melaluinya sendiri menjadi salah satu cara seorang ibu belajar memahami bayinya.
Ads
Adakalanya tidak dinafikan apabila semua keperluan bayi sudah dipenuhi tetapi dia masih menangis, ibu akan menjadi buntu dan bimbang memikirkan keselamatan bayinya.
“Pernah sekali bila anak menangis saya terdiam sebab tak tahu nak buat apa walhal sudah memberikan dia susu dan menukar lampinnya. Jadi banyak lagi yang perlu saya belajar untuk menjadi ibu,” katanya.
Seimbangkan kerjaya dan keluarga
Menurut Ernie, dia kini perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga memandangkan dia dan Syamel bekerja dalam bidang yang sama.
“Tidak dinafikan saya dan Syamel kerap dapat tawaran persembahan bersama. Namun Alhamdulillah ada seseorang yang menjaga Khawla di rumah kalau kami keluar bekerja.
Ads
FOTO: IG Syamel
“Saya mengupah penjaga yang dikhaskan untuk jaga Khawla saja. Jadi sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerisauan saya apabila keluar bekerja,” katanya.
Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 22 Februari lalu.
Bila bercakap tentang pemakanan, ramai ibu-ibu yang mengadu “anak saya tak suka makan, bila makan sikit je” atau “anak saya langsung tak nak makan cuma nak susu”. Fasa ni tentu akan dilalui oleh setiap ibu.
Kadang-kadang ibu pun buntu sebab dah macam-macam cara cuba. Mungkin juga ibu boleh baca perkongsian daripada bapa ini En. Khairul Abdullah.
Bagi anak bongsu aku ni, makanan juga adalah sejenis permainan okeh. Kadang-kadang nak marah, yelah habis bersepah siap dengan pakej lumur kepala lagi. Tapi kan aku baca, anak-anak yang bermain dengan makanan ni dia jenis lebih mudah makan.
Dia tak jadi “picky eater” atau terlalu memilih makan.
Anak-anak yang dibiarkan bermain dengan makanan ni didapati belajar menggunakan kesemua deria atau sensori dia untuk melihat, mengenal dan merasa makanan tersebut dari segi rupa, warna, tekstur dan juga rasanya.
Bila dia pegang, meramas dan bermain dengan letak di mata, kepala rambut dan sebagainya dia dapat betul-betul merasa tekstur makanan tersebut. Jadi dia boleh expect bagaimana tekstur yang akan dia rasa bila dimasukkan ke dalam mulut.
Dia macam belajar Maths lah. Kalau setakat dok mengira atas kertas jer dia jadi lambat dan tak jelas. Namun bila bagi objek dia pegang untuk dia tambah, tolak dan sebagainya maka kefahaman dia lebih jelas.
Bermain adalah elemen penting dalam tumbesaran anak-anak dan sangat penting untuk perkembangan otak mereka. Depa belajar dengan banyak melalui semua deria terutama sentuhan.
Anak jadi lebih kreatif. Dia pegang spaghetti sambil buat gaya seolah memancing ikan bila dia dapat spaghetti yang panjang. Ada yang dia pegang dia buat bunyi ular dan sebagainya.
Bermain ni juga membantu anak untuk tidak memilih makanan. Kajian pakar mendapati anak-anak yang dibiarkan bermain dengan makanan dapat makan apa sahaja yang diberikan dan tidak terlalu memilih.
Selain itu ia juga menggalakkan anak untuk lebih curious dan explore. Anak-anak tak suka dipaksa makan. Kita biasa bagi pilihan supaya dia duduk dan habiskan makanan, kalau tak habis dia tak boleh bangun atau tak boleh sambung tengok tv.
Namun selalunya depa akan pilih untuk duduk sahaja berbanding habiskan makanan. Tak bangun pun tak apa, depa sanggup.
So biarlah depa main, cuma elakkan jangan sampai membazir.
Aku realize yang anak bongsu aku ni adventure gila bab makan.
Waktu umur sekarang ni dia memang main dengan makanan dia. Asal ada bentuk jer dia mula buat kereta lah, buat kapal terbang lah, lumur di kepala lah, masuk dalam baju lah dan macam-macam.
Namun dia makan apa sahaja dan sanggup merasa apa sahaja makanan baru yang aku bagi. Durian dia makan, budu pun aku bagi dia rasa, sambal pedas pun dia rasa. Ada yang dia suka dan ada yang dia tak suka. Tapi dia sangat mudah makan.
Anak aku yang kedua memang jenis tak main-main dengan makanan. So memang picky eater. Nak rasa makanan pun tak mau. Jenuh cuba bagi makan macam-macam tapi tak mau jugak. Tukar setting tukar itu tukar ini semua tak mau. Dia nak makan ituuuu jer.
Anak yang sulung tu pun dulu umur 2-3 tahun main dengan makanan dia. Sekarang dia juga mudah makan.
So aku rasa ada betulnya lah.
Tapi tulah kan, kita ni asal nampak anak main-main jer kita dah mula marah. Kita sanggup suap anak makan sebab taknak bersepah-sepah, taknak dia lumur spaghetti tu kat kepala.
Lagi satu sebenarnya kita taknak membazir, dan tak elok bermain dengan makanan kan? Rezeki kot, mana boleh dibuat main kan?
Ke macamana?
#SuperDaddy
Mungkin ramai yang tertanya-tanya betul ke kalau anak makan sendiri dia akan belajar daripada situasi tersebut? Atau hanya bersepah sahaja yang mama dapat. Sebenarnya ada manfaat setiap aktiviti yang anak lakukan sendiri. Senang kata ada pro and cons. Ini penjelasan Dietitian tentang perkara ini.
SELAMAT KE BAGI BABY MAKAN SENDIRI?
Traditional led weaning vs Baby led weaning. Mana method yang lagi baik waktu perkenalkan makanan pelengkap kepada baby mommies?
Traditional led weaning
Mommies sediakan makanan, mommies yang akan suap makanan ke anak dan akan berdasarkan clue dari anak samada anak kenyang, anak minat makanan tersebut atau anak tak suka
Baby led weaning
Mommies sediakan makanan tetapi hidang makanan tersebut anak yang makan sendiri, anak yang berhenti dari makan sendiri, anak main dengan makanan.
Maka yang mana cara yang sesuai??
Kalau saya dua-dua cara boleh. Samada TLW atau BLW kedua cara boleh diguna untuk memulakan makanan pelengkap kepada anak.
👶👶Baby led weaning (BLW)👶👶
Pros BLW
– Anak belajar skill baru (focus,angkat makanan dan menyuap ke mulut)
– Anak makin minat waktu makan..sebab eating time is play time
– Senang untuk mengenal pasti makanan apa yang anak anda suka
Cons
– Lebih banyak lantai yang makan dari anak yang makan (antara umur 6-12bulan)
– Jika fully BLW adalah lebih tinggi keberangkalian anak mendapat kurang dari keperluan sebab focus adalah main bukan makan
– risiko cekik (choking) adalah tinggi jika tidak memantau dengan baik
🍽🍽Traditional led weaning🍼🍼
Pros
– Lebih banyak anak yang makan dari lantai
– Mommies boleh identify bila nak transition tekstur makanan
– Risiko cekik (choking) rendah
– Boleh kawal kuantiti makanan yang diambil oleh baby
Cons TLW
– Anak boleh kurang minat kepada makanan sebab focus main adalah kepada lain..lebih lebih lagi jika waktu makan diiringi oleh gadget
– Kurang peluang anak untuk mengembangkan motor skills
– Sukar untuk mommies identify apakah makanan yang anak suka..perlu masak, beri dan trial and error baru boleh mengenalpasti makanan kesukaan
Kedua dua cara adalah berkesan untuk beri anak makan yang penting;
1. Mommies perlu mengawasi anak setiap kali waktu makan
2. Sediakan makanan yang lengkap dengan 3 komponen utama (carbohydrate, protein dan serat) walaupun amalkan TLW / BLW
3. Wujudkan kepelbagaian setiap hari (Kalau setiap hari bubur aje..walaupun BLW anak tetap akan bosan)
Mommies kenal anak anda bagaimana…ada waktu TLW boleh ada waktu BLW boleh..ikut keadaan dan ikut kepada anak mommies ye..your the boss..hehehe
Harap membantu
Sekian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di kawasan kediaman One Tebrau, Jalan Setanggi, Taman Seri Setanggi di sini pada 1 Oktober lalu.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, bayi perempuan yang masih mempunyai kesan darah dipercayai baru dilahirkan itu ditemui seorang pengawal keselamatan di kawasan kediaman tersebut.
“JKM menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 petang pada hari berkenaan berkaitan penemuan bayi berkenaan dalam tong sampah ‘Roll On Roll Off’ (RORO)
“Pengawal keselamatan itu curiga apabila mengesan objek yang bergerak dalam tong sampah dan mendapati itu adalah bayi.
“Pemeriksaan mendapati bayi itu adalah perempuan, masih bertali pusat dan tidak memiliki uri dipercayai dipotong sendiri oleh ibu kandungnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, tubuh bayi tersebut kemerahan dan awalnya disangka kesan gigitan semut namun apabila diteliti itu kesan baharu dilahirkan.
Beliau berkata, pihaknya tidak menemukan sebarang dokumen berkaitan bayi mahupun ibunya di lokasi berkenaan.
Katanya, bayi berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi mendapatkan rawatan sesuai.
Adnan berkata, bayi berkenaan dibenarkan keluar dari HSA pada Rabu dan kini ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-kanak Johor menerusi subseksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.
“Bayi berkenaan dinamakan sebagai Lilyan Aleena dan kini berusia 12 hari. JKM ingin meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris bayi berkenaan yang kini dalam keadaan sihat,” katanya.
JKM katanya, berharap keluarga bayi berkenaan tampil bagi membincangkan masa depannya dengan secepat mungkin.
Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian Pelindung kanak-kanak JKM, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606, 07-2232607 atau 0111-7535394.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
“18 Januari genap umur Aamina enam bulan tapi tidak sangka dia pergi secepat ini meninggalkan kami sekeluarga,” kata Siti Madihah Muhammad, 33, ibu kepada Tengku Aamina Tengku Mohd Ikhwan yang disahkan maut di sebuah taska di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Bukit Jalil, pada Khamis lepas.
Menceritakan semula detik hitam itu, Siti Madihah berkata, anak keduanya itu dihantar ke taska yang terletak di bawah rumahnya dalam keadaan sihat dan ceria jam 6.45 pagi.
Menurutnya, pada jam 4.45 petang dia menerima panggilan telefon dari klinik swasta tidak jauh dari taska berkenaan yang memaklumkan supaya segera ke pusat perubatan berkenaan untuk melihat keadaan anaknya.
“Saya yang baru tiba di rumah cemas selepas mendapat perkhabaran itu sebelum bergegas ke klinik berkenaan untuk melihat keadaan Aamina.
“Tidak lama selepas itu, baru pemilik taska menghubungi dan memaklumkan Aamina sudah tiada (meninggal dunia). Saya terus menghubungi suami memaklumkan kejadian,” katanya kepada Metro.
Ditemui dalam keadaan terlangkup masa tidur
Siti Madihah berkata, berdasarkan maklumat yang diberikan pemilik taska, arwah anaknya itu tidur jam 2.30 petang namun ditemui dalam keadaan terlangkup dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke klinik.
Katanya, doktor memaklumkan Aamina sudah meninggal dunia ketika sampai untuk menerima rawatan kecemasan di klinik berkenaan dan dalam keadaan pucat.
“Saya terkilan kejadian ini berlaku kerana sepatutnya pengasuh perlu memantau bayi di bawah jagaan mereka kerana Aamina sudah pandai meniarap.
“Saya dan suami reda dengan kejadian ini namun masih berharap keadilan untuk Aamina selain membiarkan siasatan lanjut dilakukan polis,” katanya.
Jenazah Aamina dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya jam 4 petang semalam selepas selesai bedah siasat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Malam sebelum kejadian enggan tidur, bangun main
Sementara itu, menurut laporan Astro Awani pula, beliau kesal kejadian menimpa bayinya itu meskipun baru seminggu menghantar dua anaknya termasuk mangsa di taska berkenaan.
Jelasnya Siti Madihah, malam sebelum kejadian Aamina dikatakan enggan tidur selepas menyusu.
“Malam sebelum kejadian, dia (Aamina) tidak tidur selalunya dia menyusu dan akan tidur.
“Malam itu dia tidak tidur, dia hendak main, dia masih bangun meniarap hendak main dengan saya. Saya tidak fikir apa-apa, saya ingat mungkin dah tidur lama sebelum itu.
“Rupanya, itu petanda dia hendak main dengan Mama dia sebab esok dia dah tiada, saya redha Aamina pergi,” ujarnya lagi.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, dalam kenyataannya mengesahkan pihaknya menerima laporan terbabit dan polis sedang menyiasat punca sebenar kematian.