Senang Je Nak Buat Kuih Bakar, Kisar Semua Bahan & Bakar. Wangi Satu Rumah!

Share

Kuih bakar antara makanan tradisi yang sangat popular dan digemari ramai. Rasanya yang sedikit hangit di atas dan lembut di dalam memang sangat sedap. Cara buat kuih bakar ni pun sangat mudah! Berbaloi cuba dan dijadikan sajian hidangan pada waktu petang.

Selamat mencuba. Ikuti resipi di bawah.

Wajib Baca: Sayang Anak Jagalah Kesihatan Kulitnya. Ini Yang Ibu Bapa Patut Buat

Kuih kegemaran. Senang je nak buat..kisar semua bahan dan bakar. Wangii satu rumah.

RESIPI KUIH BAKAR

Bahan-bahan;
2cwn tepung gandum
2cwn pati santan
1cwn air pandan
3\4 cwn gula @ klu suka manis 1 cwn
1 sudu teh garam
4biji telur
2 sudu makan butter
sedikit bijan
sedikit pewarna

Cara penyediaan
Blend semua bahan diatas kecuali bijan,tapis..oleskan loyang dengan butter,tuang adunan kemudian tabur bijan. Bakar pada suhu 170 api atas bawah selama 1jam arau hingga masak..selamat mencuba.

Kredit resepi:Noor Baini Bakar
Kredit Gambar:Eniza M Salim

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa