Bila bergelar ibu bapa, kita selalu mahukan arahan yang diberi kepada anak mesti dipatuhi. Tetapi pernah tak kita semak cara kita memberi arahan itu betul dan sesuai mengikut tahap usia mereka?
Biasanya ibu ayah akan terus label anak “susah nak dengar cakap” sebab anak tidak mematuhi arahan yang diberi. Sebenarnya nak beri arahan kepada anak kecil pun kena ada cara yang betul dan mesti diajar secara berperingkat, barulah mereka senang dan dengar arahan.
Puan Liyana Raya, Terapis Cara Kerja berkongsi kaedah bul yang mesti dipraktiskan oleh semua ibu bapa untuk memastikan anak mengikut arahan. Jangan tahu marah je sebelum kita sendiri ajar dan tunjukkan cara yang betul pada mereka.
SENANG KE SUSAH ANAK KITA NAK DENGAR ARAHAN???
Memastikan anak mengikut arahan.
Ads
Ada beberapa kaedah untuk memastikan anak mengikut arahan kita:
1. Simplify task
⭐Apa sahaja yang kita mahu anak kita buat,pastikan task yang kita berikan itu adalah semudah yang mungkin.Kanak-kanak seawal usia 10 bulan sudah boleh mengikut cakap kita seperti “nak” dan “nah”(apabila kita memberi).Semakin meningkat usia (terutama 14 bulan),kita sudah boleh menambah perkataan + perbuatan “nak tisu” “nak pampers” “nak baju” ; dan ini bergantung kepada apa yang anak pegang pada masa itu. Masalah ibu bapa sekarang ni adalah mereka expect anak perlu buat dan habiskan satu task secara sempurna. Mereka hanya budak-budak. Penerimaan arahan mereka tidak akan sama dengan kita yang sudah dewasa. Mulakan sedikit dan secara berperingkat la ye..
2.Expect less,accept mistakes
Ads
⭐Maka kita kena letakkan expectation kita sedikit yang boleh kepada tugas yang kita berikan kepada mereka.Dan dalam pada yang sama mereka akan buat salah,maka terima juga la ye.Contoh: Adik,ambil baju. Sekiranya si adik ni ambil seluar,jangan marah. Sebaliknya katakan,Eh,ni bukan baju la…ni seluar…ok,jom mama ajar adik ambil baju!
3.Physical prompting dan ajar,ajar,ajar!
⭐Ye,bila anak dah buat salah tu…betulkan la..jangan membebel. Berikan physical prompting (bantuan fizikal) sebanyak yang mungkin. Contohnya seperti kes di atas. Si adik mengambil seluar instead of baju.Maka,bawa tangannya untuk ambil baju yang anda ingin dia ambil.Kemudian,ajarkan. Ini baju,ini seluar…tunjukkan.Again,dia mungkin akan lupa (sama je mcm kita)….jadi,keep on mengajar la ye.Jangan putus asa. Tu la peranan kita sebagai ibu dan ayah.
4.Pilih waktu yang sesuai
Ads
⭐Kalau anak-anak tengah syok main, atau sedang duduk leka berehat, kita harus respect keinginan mereka sama seperti kita ingin mereka respect kita ketika kita buat kerja dan berehat. Masa yang sesuai untuk mengajar mereka mendengar kata adalah ketika mereka ‘mengganggu’ kerja kita. Again,ketika ini,beri simple task yang biasa contohnya kalau kita tengah masak,ajarkan saja dia membuang sayur yang tak elok ke dalam tong sampah. Caranya: Berikan arahan, “Adik,buang sayur ni!” Tapi si adik tadi buang kat lantai atau tempat salah. Maka,betulkan. “Eh,bukan buang kat lantai..dalam tong sampah ..”sambil bantu tangannya,bawa ke tong sampah,”Haa…buang sayur ni dalam tong sampah”. Jadinya,anda telah berjaya memanjangkan arahan anda dengan memberikan physical prompting + memilih waktu yang sesuai untuk mengajarnya.
Jadi,lama-lama nanti,anda sudah boleh buat ayat panjang “Adik,tolong mama buang pampers ni dalam tong sampah”. Dia sudah faham,sebab anda apply semua cara ni secara berperingkat dan dengan memberi tunjuk ajar yang betul. Oh ya, jangan lupa puji anak-anak ye. Puji sehabis mungkin,sayang..peluk cium..tapi jangan manjakan dengan mainan selalu.
Kebanyakan ibu bapa dan guru yang selalu mengeluh kerana anak-anak kecil sukar untuk memberi fokus kepada apa yang sedang dilakukan. Daya fokus kanak kanak sebenarnya adalah agak singkat iaitu antara 10 hingga 15 minit sahaja.
Jadi sebagai ibubapa atau pendidik, jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi pada anak anak kecil untuk memberi fokus atau perhatian pada sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan. Bagaimanapun daya fokus ini boleh dirangsang atau dipupuk supaya ia berlaku lebih lama dari biasa.
Menurut pakar psikologi klinikal, Dr Jamie Howard memberi tumpuan atau fokus seumpama otot yang memerlukan senaman untuk menguatkannya. Berikut adalah Antara perkara perkara yang boleh dilakukan oleh ibubapa atau pendidik bagi merangsang atau meningkatkan daya fokus kanak-kanak yang dikongsi oleh Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali.
Kebanyakan kanak-kanak boleh fokus pada aktiviti yang seronok dan gembira. Apabila tiba aktiviti yang membosankan, kanak-kanak berasa kurang berminat dan mereka akan hilang fokus. Sebagai ibubapa dan guru pastikan aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti yang menyeronokkan dan menarik minat kanak kanak.
Bagi memastikan aktiviti tersebut adalah menyeronokkan, ibubapa dan pendidik boleh berbincang dengan kanak-kanak apakah jenis aktiviti yang akan dilakukan. Minta pendapat kanak kanak juga dalam menyediakan bahan dan perancangan aktiviti.
-Pastikan aktiviti tersebut dilakukan dalam suasana yang kondusif atau selesa serta wujud perasaan selamat pada kanak-kanak.
– Pastikan ruang tempat melakukan aktiviti adalah bersih selesa dan pada suhu yang bersesuaian. Ruang yang panas akan menyebakan kanak-kanak cepat hilang fokus.
-Berikan arahan dengan menggunakan ayat-ayat yang mesra dan bukan berbentuk ugutan. Selain dari itu sentiasa memberi masa kepada kanak kanak untuk menyiapkan sesuatu aktiviti.
Kanak-kanak belajar melalui sensori atau pancaindera. Dalam merangcang sesuatu aktiviti pembelajaran, pastikan aktiviti tersebut melibatkan penggunaan pancaindera kanak-kanak seperti mata, telinga, deria sentuh dan juga rasa. Penggunaan deria mampu meningkatkan daya fokus atau tumpuan kanak-kanak.
Ibu bapa dan guru juga boleh membantu kanak-kanak memberikan fokus dengan menyebut ganjaran yang bakal diperolehi apabila mereka menyiapkan sesuatu kerja atau aktiviti. Berikan pelbagai bentuk ganjaran seperti pujian, dapat menonton video kegemaran, dapat membaca buku cerita yang disukai, dapat melukis dan sebagainya. Pemberi ganjaran dapat membantu merangsang kanak kanak memberikan tumpuan kepada aktiviti yang sedang dilakukannya.
Selain dari itu pastikan tahap kesihatan kanak-kanak adalah baik sebelum memulakan sesuatu aktiviti. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan biasa akan lesu dan hilang fokus. Pastikan juga kanak-kanak bebas dari tekanan dan sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai tanda-tanda mengalami tekanan, pastikan masalah tekanan tersebut di atasi terlebih dahulu sebelum mengajak dia melakukan aktiviti pembelajaran.
Kanak-kanak juga akan cepat hilang fokus jika berada dalam keadaan lapar atau dahaga. Pastikan kanak-kanak berada dalam keadaan selesa fizikal, sosial, emosi dan kognitif sebelum memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran.
Apabila melakukan aktiviti dengan kanak-kanak, pasti jarak antara ibu bapa atau pendidik dengan kanak-kanak tidak terlalu jauh. Jarak yang agak jauh menyebabkan kanak kanak mudah hilang fokus. Sebaliknya jarak yang dekat akan membuatkan anak merasakan dirinya diperhatikan atau diambil peduli dan menyebabkan dia terangsang untuk lebih memberikan perhatian atau fokus.
Sentiasa menyebut nama kanak kanak dan sentiasa menarik perhatiannya dengan bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan aktiviti yang sedang dijalankan juga dapat membantu meningkatkan daya fokus kanak-kanak. Melalui cara ini kanak-kanak akan merasakan dirinya sentiasa diberi perhatian dan di sayangi dan secara tidak langsung memotivasikan dirinya untuk lebih memberikan tumpuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak pada usia 3-4 tahun bertanya sehingga 288 soalan dalam sehari. Selain buat tak tahu atau jawab ala kadar, ada banyak perkara yang anda perlu beri perhatian dalam memahami psikologi di sebalik setiap pertanyaan mereka.
Menurut Dr Rozanizam Zakaria, bila anak bertanya soalan demi soalan jangan rasa rimas kerana waktu ini adalah masa sel-sel otak anak berhubung dan mereka mahu tahu semua perkara melalui pemerhatian dan persekitaran.
Tip untuk ibu bapa bersedia hadapi persoalan anak
Setiap persoalan ‘kenapa ayah, kenapa ibu?’ bukan bertujuan menjengkelkan atau mengacau ibu bapa. Namun ia adalah petanda bahawa sel-sel otak mereka berhubung selari dengan perkembangan kognitif mereka pada usia 3 hingga 5 tahun. roses ini dipanggil ‘intuitive thoughts development’ pada fasa pre-operational (3-7 tahun).
Persoalan bertujuan ‘connecting the dots’ – kanak-kanak hanya belajar tentang kehidupan melalui apa yang mereka lihat, dengar dan rasa. Setiap persoalan bertujuan menghubungkan apa yang deria mereka alami dengan konsep cara kehidupan berjalan. Ini merupakan asas kepada fasa perkembangan kognitif seterusnya dalam hidup mereka – concrete operational stage
Jawab setiap persoalan anak anda berdasarkan usia mereka. Bukan berdasarkan keperluan soalan. Kalau mereka tanya ‘dari mana baby datang?’ – jawapan anak berusia 3 tahun tidak sama dengan anak 13 tahun. Gunakan setiap persoalan sebagai ‘chapter’ baru dalam ‘buku perkembangan’ mereka.
Jangan hanya menjawab, tetapi ransang kreativiti mereka dengan sesekali bertanya mereka kembali untuk menggalakkan mereka berfikir.
“ayah kenapa atas ambulans ada lampu lip-lap?” “adik rasa kenapa ya? Babah pun nak tahu la..”
sekiranya soalan mereka tidak wajar atau tidak kena caranya, jangan marah atau tempelak mereka. Tetapi berikan alternatif atau jadikan persoalan tersebut sebagai point untuk mereka berfikir.
“kenapa orang tu gemuk abi? “kalau orang kata macam tu kat ayah atau ibu, macam mana adik nak jawab?” “mesti adik kena kata, tak baik cakap pasal rupa orang, Allah tak suka..”
Jangan takut untuk katakan tidak tahu. Jujur lebih baik dari anak anda mengetahui hakikat sebenar dari orang lain dan menganggap anda tidak jujur.
“abi pun tak tahu, apa kata nanti kita cari jawapannya sama-sama”
Terus terang dengan perkara yang perlukan terus terang. Ada kalanya mereka akan ambil masa untuk memahami. Tetapi kejujuran anda menjadi titik tolak untuk mereka mula belajar. Terutama dalam keadaan yang berkait dengan kematian, perceraian dan ahli keluarga yang ditimpa penyakit.
Galakkan anak anda untuk bertanya pada orang yang lebih tahu. Ia akan meransang mereka menjadi berani, pandai berkomunikasi dan lebih mengujakan. Contohnya anak anda bertanya pada anda di pasar,“ayah, kenapa ayam kat sini semua dah tak ada bulu?”
“apa kata adik tanya pakcik kedai ayam ni, dia mesti tahu rahsia kenapa ayam ni tak ada bulu”.
Kalau masa dan ketika persoalan mereka tidak kena, terus terang pada mereka. Sentuh mereka, pandang pada mata mereka dan nyatakan kenapa.
“umi tahu kakak ada banyak nak tanya, tapi sekarang umi tengah cakap dengan auntie, apa kata kakak main dulu, bila umi dah habis umi cakap semula dengan kakak, boleh?” Pastikan anda tepati janji.
Kalau anak anda bukan jenis yang suka bertanya, cipta situasi yang meransang naluri ingin tahu mereka. Contohnya bila anda bercerita atau bacakan buku cerita, berhenti pada pertengahan cerita dan minta mereka teka apa sambungan/kesudahan cerita. Sekiranya mereka bermain, minta mereka cerita kembali apa mereka main dan tanyakan persoalan untuk mereka ‘expand’ imaginasi mereka.
Contohnya bila nampak mereka bermain jual-jual, tanyakan apa nama kedai mereka, pukul berapa buka, apa warna kedai ini, siapa yang selalu datang dan sebagainya. Ia juga mampu meransang sisi kreativiti mereka.
Nama saintifiknya ada Reptilian Brain. Iaitu bahagian paling bawah dalam tiga lapisan otak, Triune Brain.
Bahagian ini menjaga KESELAMATAN kita. Maka jika kita rasa terancam, degupan jantung akan menjadi cepat dan kita akan FIGHT atau FLIGHT atau FREEZE.
Anak-anak yang sering dimarah akan banyak beroperasi dari sini. Sayang akan lihat, ada sesetengahnya akan FIGHT…maka jadilah dia PEMBULI…anak yang dibuli di rumah akan membuli di luar. Ianya adalah pesona yang diambil demi untuk coping ketakutan besar di dalam dirinya. Seorang anak yang membuli, bila kita kaunsel, memang nyata dia mempunyai takut yang besar dan disorok melalui pesona kononnya hebat – membuli.
Jika dia FLIGHT, maka dia akan menjauhkan diri. Akan tiada keyakinan diri. Takut bergaul dan selalu ragu dengan apa yang dia mahu lakukan.
Jika dia FREEZE, maka anda akan nampak dia sering takut dan gelabah bila perlu melakukan perkara yang baru. Atau bila berada di dalam keadaan yang baru dan berbeza.
Jangan pandang remeh JARUM SYAITAN marah berlebihan ini. Ia memang digunakan untuk menghancurkan manusia.
Ibu ingin berpesan dan maafkan Ibu jika pesan Ibu ini tajam sedikit bunyinya.
“Bagi mereka yang bangga sangat memarahi anak-anak kecil yang kudus itu berlebih-lebihan, ingatlah bahawa itu bukan cara Rasulullah s.a.w dalam mendidik anak-anak. Ia bukan sesuatu yang patut dibanggakan.
Jika melakukannya tanpa sengaja kerana belum boleh mengawal diri, maka itu tidaklah mengapa. Asalkan terus berusaha memperbaiki diri.”
Ibu mendoakan agar kita terjauh dari sikap marah-marah yang berlebihan ini dan berusaha memperbaiki diri.
Sekarang ni harga emas makin naik, ramai yang berkira-kira nak beli. Tapi lain pula cerita dengan pelakon jelita, Datin Atikah Suhaime, memang selalu mencuri...