Memilih nama anak merupakan detik indah bagi setiap pasangan yang dikurniakan cahaya mata. Menjadi trend kini apabila ibu bapa meletakkan nama anak dengan nama yang sangat panjang. Namun, lain pula ceritanya apabila seorang bapa berkongsi nama anaknya yang akhirnya tular di media sosial.
Mohamad Arif Mohamed Kasim sengaja meletakkan nama ‘Airis Aurora’ kepada anak sulungnya agar dia terpaksa duduk di meja hadapan setiap kali peperiksaan utama di zaman persekolahannya kelak.
Menurut laporan MStar, Arif berkata, “Saya pilih nama mula huruf A agar urusan dia akan lebih mudah di sekolah nanti.”
“Kebiasaannya pengawas peperiksaan akan ramai di depan. Dari situ dia akan jujur dan apa yang diusahakan masa belajar di kelas itulah yang dibawa semasa masuk ke dewan peperiksaan nanti,” tambahnya lagi yang juga merupakan peminat tegar permainan Mobile Legend.
“Airis bermaksud bunga manakala Aurora pula diambil sempena nama hero Mobile Legend,” jelas bapa berusia 25 tahun itu.
“Setiap kali keputusan peperiksaan ditampal di papan kenyataan, nama yang bermula huruf A akan berada di atas sekali. Jadi saya tak perlu tengok satu-satu nama yang ada sebab nama anak saya akan berada di atas sekali. Saya hanya perlu pandang arah atas sahaja,” jelasnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI