Pengalaman menghasilkan biskut raya sendiri tidak semuanya indah. Ada juga biskut yang dihasilkan tidak menjadi, hangus dan tidak kurang juga kurang enak. Jika anda tergolong dalam amatur dalam membuat biskut, apa kata anda cuba biskut Almond Cluster ini kerana ia cukup mudah disediakan. Hanya gunakan dua bahan sahaja dan dua langkah, biskut sudah tersedia dijamah. Superb!
Resipi biskut sedap yang dikongsikan oleh Sabariah Sareh ini memamg awesome. Cukup enak dan rangup malah rasanya juga premium. Teramatlah sedap. Anak-anak confirm berebut.
Resipi wajib cuba: Tak Yakin Nak Cuba Ini Step By Step Buat Kuih Lopes Paling Mudah Wangi & Sedap
Hari ni nak share resepi biskut raya paling top tahun lepas. Paling senang dan bila kunyah eah dah habis. Tahun lepas kami juai biskut ni tak sampai seminggu je kot dapat order lebih 50 balang. Konsep dia mudah jangan kedekut badam dan coklat je bagi nisbah 1:0.5.
Coklat bila cair dia jadi banyak so amik mudah. 500gram coklat dan 1kg badam tersalut sama banyak. Jom kita tengok cara buat.
Almond Cluster
Bahan-bahan:
1kg badam cincang
500gm coklat coin Beryls (coklat susu)
(Anggaran dapat 5-6 balang)
Bakar badam bagi rangup. Bakar ni ikut oven masing-masing la. Pastikan badam tu kekuningan dan rangup je bukan hangit. Masa bakar pastikan semua badam kena haba oven tu. Nak sangai pun boleh ikut tahap rajin masing-masing.
Cairkan coklat guna teknik double boil senang je.
Bila dah cair sejukkan jap je. Lepas tu gaul dengan badam tapi bagi salut semua.
Sudukan ikut saiz bebas suka hati korang la nak besar mana. Dah gaul sudukan camni memang dia cluster gini.
Ni bila dah mengeras. Sejukkan seketika.
Kemudian sejukkan dalam peti air chiller untuk cepatkan coklat tu mengeras.
Ni yang customer order.
Selamat mencuba.
Resipi wajib cuba: Resipi Cookies Ala Famous Amos Krup Krap Rangup Makan Sebalang Tak Perasan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI