Bagi yang merindui roti boy yang dijual di kedai, apa kata anda cuba hasilkan sendiri Mexican Bun ini. Aromanya terlebih wangi malah toppingnya rangup sama seperti yang dijual di kedai. Paling menarik kerana nak menyediakannya tidaklah sesukar mana.
Resipi yang dikongsikan oleh Puteri Rupawan ini nampak cukup mudah. Tak hairanlah resipi yang satu ini mendapat perkongsian yang tinggi di facebook. Jom cuba!
Resipi wajib cuba: Senangnya Buat Biskut Almond Cluster Ni, 2 Bahan Saja, Rasa Paling Tip Top!
Bahan-bahan (roti):
1 biji kuning telur
30g gula kastor
Secubit garam
250 tepung roti/tepung gandum
1sb susu tepung
1sk yis
150 ml air (agak agak)
30g marjerin
Bahan-bahan (topping) :
50g butter (lembut)
40g gula perang
1 biji telur A
1sk esen vanilla
1 sb nescafe + 1sb air panas (campur dan kacau)
60g tepung gandum
10g tepung jagung
Inti roti :
Butter + gula + garam (kacau sebati, bekukan potong kiub)
Masukkan semua bahan dalam mixer/bm uli sampai elastik. Lebih kurang 1 jam. Siap uli rehatkan selama 15 minit.
Bahan topping campur semua, kacau sebati masukkan dalam piping bag.
Ambil doh 40g, letak inti dan bulatkan semula.
Tray sapu marjerin dahulu, biarkan doh selama 30 minit. Letak topping atas.
Bakar pada suhu 170 selama 20 minit. Ikut oven masing-masing. (Panaskan oven dahulu)
Fresh from oven.
Its done!
Sedapnya.
Selamat mencuba!
Resipi wajib cuba: Puding Laici Berkuah Untuk Berbuka Simple Tapi Super Sedap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI