Bakar sudah, goreng pun sudah, apa kata kali ini kita cuba roti kukus pula untuk sajian sekeluarga. Roti yang dikukus dengan cheese dan sosej ini buat anak makan bertambah. Lagi lembut dan sedap.

Jom cuba resipi perkongsian Asmawaty N Sofian ini. Sedap!

Senangnya Buat Roti Stim Hotdog Cheese Ni, Bahan Simple Tapi Sedap!


Menu ringkas, lazat mengenyangkan kesukaan anak kaktom, patrick. Menu yang kaktom reka sendiri sebab dah jemu dok buat yang goreng try buat stim pulak. Alhamdulilah lagi best. Roti lembut dan sihat sikit la sebab tak pakai minyak. Hnya rebus dan kukus je.

Saja kongsi dengan kawan-kawan semua kot ada yang nak buat sebab bahan sikit dan cara buat mudah saja.
Cuba la mesti anak-anak suka.

Bahan-bahan:
Roti Hotdog -tak kisah jenama apa
Ramly Frankfurter Lembu / Sosej -nak pakai ayam pun boleh ikut citarasa
Cheesedale
Mayones -kalau suka sos boleh la pakai

Senangnya Buat Roti Stim Hotdog Cheese Ni, Bahan Simple Tapi Sedap!

Rebus sosej dan toskan.

Ambil roti, belah tengah dan sapukan mayones di dalam. Kalau suka sos boleh sapu sekali time ni atau nak letak masa lepas masak pun boleh.

Senangnya Buat Roti Stim Hotdog Cheese Ni, Bahan Simple Tapi Sedap!

Sumbatkan sosej pada roti.

Ads

Senangnya Buat Roti Stim Hotdog Cheese Ni, Bahan Simple Tapi Sedap!

 

Kerat kepingan cheese jadi beberapa bahagian. Anggaran besar ikut suka hati. Kalau suka cheese banyak potong 2.

Senangnya Buat Roti Stim Hotdog Cheese Ni, Bahan Simple Tapi Sedap!

Lapiskan kepingan cheese di atas sosej tadi.

Senangnya Buat Roti Stim Hotdog Cheese Ni, Bahan Simple Tapi Sedap!

Panaskan air periuk kukus sampai menggelegak dan susun roti-roti tadi dalam periuk. Make sure air betul-betul menggelegak dan periuk berwap. Kalau takut roti melekat di periuk boleh letak atas pinggan sebagai alas.

Ads

Tutup tudung periuk dan kecilkan api. Kukus selama 2 minit paling maksima atau sampai cheese cair dan roti panas serta lembut.

Senangnya Buat Roti Stim Hotdog Cheese Ni, Bahan Simple Tapi Sedap!

Hasilnya, Roti Hotdog Steam Berkeju.

* Kalau suka boleh letak sos cili / tomato / blackpepper di atas dan terus ngap!

Senangnya Buat Roti Stim Hotdog Cheese Ni, Bahan Simple Tapi Sedap!

Hidangan yg mudah, ringkas, cepat, lazat dan kenyang!

Ads

Selamat mencuba!

Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!

Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.

Senangnya Buat Roti Stim Hotdog Cheese Ni, Bahan Simple Tapi Sedap!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI