Sesekali layan scone bersama anak-anak memang seronok. Tak perlu beli, apa kata kali ini kita hasilkan sendiri scone untuk sekeluarga.
Paling menarik pastinya cukup mudah, hanya gunakan tiga bahan saja. Memang simple dan sedap. Jom cuba resipi perkongsian Mell Abd Rahman ini.
Tak payah pergi Cameron Highlands dah, orang Aloq Pongsu (kampung saya) pun boleh makan dah aih. Hebat tak sangga la makan scone oi.
Kalau beli seketoi RM4. Buat sendiri bahan tak sampai RM10. Saya nak share scones cuma menggunakan 3 bahan yang sangat-sangat senang dan mudah.
(Tapi ini versi tawar sebab kita akan makan dengan strawberry jam yang dah manis. So saya tak pakai gula. Lagipun saya sendiri dah manis.
OPTIONAL:
Boleh pakai sedikit essen vanilla, sedikit gula castor dan sedikit garam (tapi untuk yang kali ini saya tak pakai)
Bahan-bahan seperti yang tertera:
Jangan tiru jenama tu ye mak, sebab saya di Australia. Jenuh pulak nak pusing tesco nanti.
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu segar
130g (lebih kurang 1/2 cawan) butter
Saya ayak sikit tepung tu biar dapat tekstur gebu gebas dan kenalkan dengan butter. Gaul-gaulkan biar sampai jadi seperti serbuk roti. Seroi kata orang utara.
Lepas tu kita basahkan dengan secawan susu segar. Gaul chill-chill je tak payah uli ye.
(masa ni kalau yang suka manis tambah gula sedikit, essen vanilla dan garam. Ini optional saja ya)
Lepas tu ulilah sekejap sampai jadi doh. Rehatkan doh sekejap, dalam 10 minit.
Lapik baking paper atas dulang pembakar supaya tidak melekat. Kalau tak ada, sapu saja pakai butter sikit.
Kita leperkan sikit (tak perlu pakai roller) dan tekup bulat-bulat. Saya pakai acuan kecil konon-konon nak nampak comel.
Susunlah cantik-cantik atas dulang pembakar.
Ini juga optional. Saya suka permukaan scone nampak garing. So saya guna telur dan sedikir susu. Kacau sebati dan sapu atas scone.
Begini hasilnya (ini nak masuk 2nd bake, sebab tu paper tu dah ada kesan. Yang 1st tadi lupa nak snap).
Depend pada oven mak-mak ya. Kalau saya panas spa tu 250 degrees dan 15 minutes. (sebab saya suka garing. kalau taknak, kurangkan sikit suhu atau masa). Agak panas tapi cepat masak.
Sejukkan sekejap, lepas tu potong tengah-tengah biar terbelah dua. Wow gebusnya kejadian.
Beginilah hasilnya. Sapu dengan strawberry jam boleh, dengan whipped cream boleh. Kalau nak letak tuna pun why not. Sebab ini scones versi plain.
Selamat mencuba guys!
Menarik: Ingat Senaman Biasa, Rupanya Aktiviti Lompat Bintang Bantu Otak Anak Hebat, Power Sungguh!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)