Tak dinafikan ada diantara kita yang mempunyai masalah keputihan melampau tanpa dijangka. Sebenarnya untuk merawat masalah keputihan ini tidaklah sukar, hanya dengan pengambilan makanan tertentu, keputihan akan jadi semakin baik.
Jangan dibiarkan berlarutan. Salah satu caranya adalah dengan pengambilan bahan semulajadi. Makanan apa? Senarai jenis makanan ini boleh anda cuba.
1.Buah Delima
Akar, buah, kulit dan bunga delima mengandungi saponin dan flavonoid. Akar delima juga mengandungi polifenol, dan kulit, bunga dan buah juga mengandungi tanin. Inilah sebabnya mengapa buah delima digunakan secara meluas untuk mengurangkan keputihan secara semulajadi kerana bahannya berkesan sebagai pembunuh bakteria.
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Rebus 30 gram kulit delima dengan 1 liter air hingga tinggal separuh air. Minum ketika air masih suam. Lakukan dua kali sehari.
2.Yogurt
Yogurt biasa tanpa perisa mengandungi kepekatan bakteria lactobacillus yang tinggi. Oleh itu, pengambilan yogurt boleh membantu mengekalkan pH yang seimbang di kawasan intim wanita. Selain itu, bakteria baik ini boleh memulihkan kawasan yang dijangkiti kulat atau bakteria yang menyebabkan keputihan, dan menjadikan persekitaran faraj “tidak mesra” kepada patogen.
Ads
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Cuba pilih yogurt tanpa gula, terutamanya yogurt Greek. Ambil secara teratur setiap pagi.
3. Bawang putih
Bukan sahaja menjadi penambah aroma makanan, bawang putih juga boleh digunakan sebagai bahan untuk mengurangkan keputihan secara semulajadi. Menurut kajian, kapsul suplemen bawang putih boleh digunakan sebagai pilihan untuk merawat keputihan yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Ambil suplemen bawang putih atau makan hidangan dengan perasa bawang putih setiap hari.
Ads
4.Kunyit
Kunyit juga mengandungi minyak pati, protein, karbohidrat dan kanji. Inilah sebabnya mengapa kunyit dipercayai berkesan sebagai cara semula jadi untuk merawat keputihan, haid tidak teratur, dan sakit perut semasa haid. Terdapat beberapa kajian yang mengatakan bahawa kunyit boleh mencegah jangkitan kuman dan digunakan apabila ada keputihan disebabkan oleh bakteria.
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Untuk merawat vaginosis bakteria (BV) serta kekeringan faraj, campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit (5 gram) dengan segelas susu suam. Minum semasa suam dan lakukan sekali sehari untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
5. Cuka epal
Apabila mengalami keputihan, sangat penting untuk mengimbangi pH faraj. Jadi, pengambilan cuka cider epal boleh menjadi pilihan kerana ia mengandungi antiseptik dan asid yang cukup. Cuak epal boleh mengurangkan atau menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, serta meningkatkan kualiti asid dalam faraj.
Bagaimana untuk menggunakannya:
Ads
-Campurkan cuka epal dengan air di dalam tab. Kemudian, anda boleh berendam dalam larutan cuka selama lebih kurang 20 minit.
Anda boleh lihat keputihan semakin berkurangan apabila mengamalkan bahan-bahan ini secara konsisten!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi. Maka sebab itulah amat penting untuk memilih tukang urut yang tepat selepas bersalin.
Waktu berpantang sememangnya saat paling penting kepada wanita. Ibu perlu memikirkan cara paling sesuai dan memberikan keselesaan kepada diri serta bayinya dengan mengambil kira semua aspek berkaitan. Perkara ini bukan suatu yang boleh dipandang remeh kerana ia memberikan kesan jangka panjang kepada si ibu.
Tip Pilih Tukang Urut Untuk Ibu Lepas Bersalin
Dr Rusyaine Ramli berkongsi 10 tip mengenai pemilihan tukang urut dalam tempoh berpantang supaya tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.
Boleh Ikut Saranan Doktor Ini
1.Nama dia tak boleh mula dengan Bidan sekian sekian. TAK BOLEH. Bidan adalah jururawat terlatih yang dah lulus kursus posbasik Perbidanan selama 1 tahun ATAU jururawat masyarakat. Mereka ni berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia. Bidan kampung dah tak ada ya. Generasi mereka sama ada dah terlalu tua atau dah meninggal.
Bila tukang urut kata dia bidan, tu tandanya dia memang tak tahu pun apa maksud bidan, sebab dia tak pernah terlibat dalam menjaga mak mengandung dan apatah lagi membantu dalam proses kelahiran. Maka, dia bukan bidan.
2.Asas sains biologi bab anatomi dan fisiologi manusia dia tak bertentangan dengan doktor. Dia tak boleh menggunakan frasa yang mengelirukan. Contoh, meroyan, bentan, angin, urat yang dia punya definisi sendiri dan ia sangat berlawanan dengan istilah perubatan.
3.Dia tak buat urutan yang pelik, contoh sengkak rahim. Ia adalah prosedur yang tidak perlu langsung pun. Dia kena sedar, urutan dan bertungku tu hanya untuk rileks kan otot. Dan untuk mak manjakan diri. Tak lebih dari tu. Ia tak wajib pun.
4.Dia tak takutkan atau momokkan kalian dengan ayat, kalau tak buat ni, nanti tombong la bagai. Untuk elakkan tombong, dia sepatutnya tunjuk ajar pada kalian macam mana nak buat senaman Kegel.
Dia tahu bengkung itu hanya untuk menyokong abdomen yang menggelebeh dan bukannya untuk bagi tak buncit.
5.Dia tak suruh kalian makan jamu, minum air rebusan, pakai pilis semua. Dia tahu yang semua tu tak terbukti pun efektif. Malah ada jamu yang boleh jadi mudarat. Sebab jamu yang berdaftar dengan KKM pun tak pernah dibuat kajian tentang keberkesanannya atau kesan sampingannya. Jadi nak buat apa ambil jamu.
6.Dia tak merapu bab makan minum dalam pantang. Dia ikut saranan KKM, suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah dalam 1 pinggan hidangan. Dia tak kata buah atau sayur jenis ini angin la, jenis itu sejuk la. Dia nak kalian pelbagaikan jenis makanan untuk dapatkan khasiat sepatutnya.
Dia tak catu air yang kalian minum. Dia suruh minum air dalam 2 ke 3 liter sehari. Nak minum air sejuk pun tak adalah jadi macam dosa besar dibuatnya.
Ada tukang urut tak bagi kalian mandi. Negara kita kan panas dan lembap. Takkan nak biar berkuap busuk tak basuh rambut. Atau kena dok dalam panas berpeluh, pakai stoking masa cuaca panas, tak boleh buka kipas atau pendingin hawa.
7.Dia bantu dengan bagi sokongan emosi dalam kalian melalui proses adaptasi dengan bayi yang baru lahir dan segala perubahan fizikal yang dilalui. Memang ramai mak dalam pantang senang rasa stres, jadi dengan adanya dia, tu kan dapat meringankan tekanan
8.Dia tak pandai-pandai sendiri dengan buat diagnosis entah apa-apa sedangkan dia bukan doktor atau misi. Dia tahu, kalau mak tu demam, terus kena pergi jumpa doktor. Kalau dia tahu, darah nifas tu banyak dari biasa, cepat-cepat ke klinik atau hospital. Dia tak pandai-pandai sendiri. Dia tak payah pun tunjuk dia hebat sebab dia ada fungsi dia sendiri dan dia tak nak pun jadikan doktor atau misi sebagai saingan pun. Dia tak tergedik buat video yang niatnya nak burukkan doktor dan misi semata-mata nak jual diri dia.
Hujungnya, matlamat dia, dia nak kalian dapat penjagaan post partum yang baik dari semua pihak yang terlibat.
9.Dia bukan penjual produk yang tak berdaftar atau pun produk yang ada tuntutan melampau. Setakat minyak panas yang ada notifikasi dengan KKM tu ok la. Ni segala mak bapak jus la, jamu la, dan apa-apa lagi yang merapu.
10.Yang paling penting, caj yang dikenakan berpatutan dengan servis yang diberikan pada kalian. Dan kalian berpuas hati dengan perkhidmatan tukang urut pilihan kalian.
Part yang paling digeruni oleh wanita lepas melahirkan anak adalah berat badan susah nak turun. Sampai satu tahap sangup berhabis duit beli macam-macam produk kurus semata-mata nak dapatkan kembali berat asal.
Ada juga yang dalam dilema kerana disebabkan menyusukan anak, asyik rasa lapar dan nak makan sepanjang masa. Sampaikan satu tahap keluar soalan bila nak kurus? Ini yang buat ibu-ibu makin stress kan. Ingat bagi ibu yang menyusukan jangan terlalu fikir nak kurus dulu. Dahulukan keperluan anak dan selepas itu barulah perlahan-lahan dapatkan berat ideal. Biasanya ibu menyusu boleh capai berat ideal jika ikut flownya.
Lagi satu bagi wanita yang dah ada anak dua atau tiga orang tapi belum capai berat ideal, boleh amalkan perkongsian ibu anak tiga, Sophia Safian yang dulunya berat mencecah 90 kilogram kini dah capai berat 52 kilogram dalam tempoh 8 bulan.
Siapa di sini yang badan jenis rangka besar dan tinggi (163cm) macam hakak ce ngaku. Tak pe babe, jangan susah hati kalau dah beranak lebih dari 3 orang kalau berat badan cecah 90kilo ke atas pun,
“KALAU NIAT & SEMANGAT NAK KURUS RAYA TAHUN 2018, BUAT SUNGGUH-SUNGGUH !TAK NAK JANGAN BUAT TERUS”
DALAM TEMPOH 8 BULAN NI hakak dah berjaya loose dari waist 34 to 27 inch, dari 90 kilo to 52 kilo, next TARGET WEIGHT 50 kilo sebelum Raya Haji 2018!
Meh hakak share sikit camne korang boleh start diet bulan JULAI 2018 sampai dekat nak raya haji nanti.
Wajib Ada Geng Kurus
1st step, WAJIB ADA “GENG KURUS” (Cara mudah ajak BFF kurus bersama)
2nd step, (sila baca penerangan di bawah)
Diet Pisang
DIET PISANG 12 HARI PERTAMA (2:2:1) atau (2:1:2)
Jenis pisang: Cavendish
Percaya tak dalam tempoh 12 hari jer hakak boleh reduce 5 kilo secara mendadak bila amalkan diet pisang ni? Percaya jer laaa memang menjadi pun. Syaratnya,
BANGUN PAGI
Minum 200ml air masak suam (fungsi untuk detox dan tidak lah mengejut buah pinggang awak tiba2 nak kena proses air manis dulu)
Makan 2 biji pisang dan minum secawan air masak suam (nanti korang akan rase macam kembang je dalam perut tu sbb pisang kaya dengan fiber)
Sarapan pagi boleh apply diet atkins jika perlu. Hakak pulak selang seli kan makan sosej goreng/omellete/roti wholemeal + salad + mayo
TENGAHARI
Sebelum makan tengahari makan dulu 1 atau 2 biji pisang lagi (supaya awak tak rasa nak makan banyak pun waktu tengahari)
Boleh apply diet atkins jika perlu. (Tapi hakak ni anak dah 3 ada anak kecik lagi umur 3 tahun so kalau tak makan nasi hakak boleh menggigil. Jadi hakak limitkan makan nasi hanya setengah senduk, 1/2 pinggan WAJIB lauk sayur/ulam + 1/4 lagi ayam/ikan bakar)
MAKAN MALAM SEBELUM 6PM
Boleh apply diet atkins jika perlu (hakak pulak petang2 macam ni hakak suka makan biskut Weetameal, so bila perut dah rasa kembang hakak stop makan biskut. Ataupun petang2 hakak suka makan sup sayur/tomyam
sayur, nasi seboleh2nya elakkan).
Then malam sebelum tidur makan lagi sebiji pisang.
Macam tu lah yang hakak amalkan setiap hari sampai lah masuk hari ke-12. Bila timbang berat jer, “Oh my god! Menjadi babe, reduce 5kilo sape nak kasi!”
Masuk hari ke-13 sampai lah ke hari ni hakak cuma diet dengan cara kurangkan makan karbo, lebihkan protein.
TIPS PERUT KEMPIS: Rajin-rajinlah amalkan minum air lemon suam waktu pagi dan bila-bila masa saja (tidak campur gula). In shaa Allah perut korang akan kembali flat walaupun sebelum ni lepas beranak perut menggeleber jer.
Nak lagi bagus campurkan dengan halia boleh buang angin dalam badan, sebab bila kita tengah diet ni tak mustahil angin mudah masuk badan sebab kita kurang makan. Alang-alang nak kurus & cantik tu, tak rugi kalau amalkan penjagaan kesihatan dalaman & luaran. Baru lah lengkap. Seminggu sekali boleh amalkan juga minum air manjakani (tips mengikat hati suami)
Selamat mencuba!
cc: Thanks to my lovely BFF dunia akhirat Anas Ashikin yang menjadi PUNCA UTAMA kenapa hakak boleh diet sampai sekarang. Kalau tak de geng kurus bersama pun tak jalan jugak, betul tak geng? So nak kurus mesti kena ada kawan, baru semangat nak kurus menjadi-jadi
Perasan tak? Selepas seminggu beraya, berat badan naik semula. Mungkin kenaikannya dalam kadar yang sedikit, mungkin juga secara mendadak.
Nora Danish pun mengakui berat badannya pasti naik 2kg semasa raya. Tidak mengapa, pasti Nora ada cara tersendiri untuk pengawal berat badannya daripada terus bertambah.
Kredit IG noradanish
Bagi yang prihatin dengan isu kenaikan ini, bolehlah anda mula melakukan rejim yang mudah dan ringkas ini selain daripada berpuasa enam di bulan Syawal.
Walau bagaimanapun perkara paling penting yang perlu anda tahu dan buat ialah sentiasa konsisten dan menjaga disiplin.
Bersenam ringan di tempat tidur
Lakukan sedikit regangan badan sebaik sahaja bangun daripada tidur. Senaman ringan yang berupa regangan ini akan membantu tubuh anda lebih relaks.
Lakukan regangan yang sederhana dan ringkas. Sebagai contoh, rapatkan kedua-dua lutut ke perut dan dakap untuk beberapa saat.
Minum air kosong
Selepas selesai membuat senaman regangan, minum segelas air kosong. Ia baik untuk melancarkan sistem penghadaman.
Dalam masa yang sana, pastikan anda mendapatkan bekalan air yang secukupnya dalam badan iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Ambil sarapan berkhasiat
Menu yang dipilih untuk bersarapan perlulah mempunyai keseimbangan antara protein dan karbohidrat. Hal Ini penting untuk dititikberatkan supaya tubuh tidak mudah letih dan Cepat mengantuk sewaktu bekerja atau melakukan aktiviti harian.
Makanan yang tinggi protein seperti telur dan mampu menghancurkan lemak dan memperbaiki otot massa. Selain itu, anda digalakkan untuk mengamalkan yogurt kerana ia mengandungi probiotik yang sangat baik untuk sistem penghadaman.
Makan waktu tengah hari
Menu yang diambil perlulah mempunyai komunikasi nutrien yang lengkap. Contohnya nasi, ayam/ daging, tauhu/ tempe dan sayur-sayuran.
Dalam masa yang sama, kurangkan makanan berminyak, berlemak dan bersantan kerana ia mempunyai kolesterol yang tinggi.
Jangan lupa kudapan
Untuk kekal cergas sepanjang hari, ambil kudapan berkhasiat seperti kekacang dan/atau buah-buahan potong yang segar.
Menikmati smoothie buah-buahan juga bagus untuk membantu anda menurunkan berat badan. Apa yang penting, elakkan makan makanan yang bergoreng.
Ambil makan malam
Anda digalakkan makan malam sebelum pukul 7 malam. Dalam pada itu, menu yang disarankan adalah nasi, ikan rebus dan sayur.
Malah, hindari diri daripada makan terlalu banyak pada waktu makan malam dan elakkan makanan yang berkolesterol tinggi.
Minum air sebelum tidur
Segelas air kosong perlu diminum dan dijadikan amalan sebelum tidur. Ia akan merangsang sistem penghadaman agar terus bekerja sepanjang malam dan membersihkan sisa-sisa makanan dalam tubuh pada pagi keesokan harinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.